belajar melalui bermain

Upload: ateynasuha

Post on 10-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BELAJAR MELALUI BERMAIN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

TRANSCRIPT

Belajar Melalui Bermain

Belajar Melalui BermainBelajar melalui bermainadalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian.Pendekatan ini penting kerana..Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanakKanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan memperolehi pengalaman tanpa disedariDapat memberi peluang kanak-kanak melahirkan perasaan dan pemikiran

Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budayaKanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapanMembantu perkembangan mereka secara menyeluruh serta memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif.

JENIS MAINMain Sosial (Social Play)Main Kognitif (Cognitive Play)Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)1. Main SosialMain sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama kumpulan atau berada dalam lingkungan kawasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila kanak-kanak bermain secara bersendirian atau berinteraksi dengan bahan.Jenis Main SosialUnoccupied Play- Parallel PlayOnlooker Play- Associative PlaySoliditary Play- Cooperative Play

1.1 Main Sosial (Unoccupied Play)Murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau sesiapa dalam kumpulan tetapi berada dalam kawasan permainan

Contoh :Siti duduk bersama rakan-rakan yang sedang bermain lego tetapi Siti tidak bermain bersama mereka.1.2 Main Sosial (Onlooker Play)Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minimum dan mereka lebih banyak memerhati rakan yang lain bermain. Mereka mungkin kelihatan pasif tetapi peka terhadap permainan tersebutContoh :Nik bermain puzzle bersama rakan-rakannya namun kurang aktif bermain. Sesekali Nik akan menyusun puzzle yang dia yakin betul.1.3 Main Sosial (Solitary Play)Murid tersebut bermain sendirian tanpa menghiraukan rakan dan sekelilingnya

Contoh :Rakan-rakan sekelas sedang bermain kejar-kejar di taman permainan manakala Ani sendiri bermain buaian tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain.1.4 Main Sosial (Parallel Play)Murid tersebut bermain bersendirian dengan menggunakan alatan dan cara yang sama dengan rakannya

Contoh :Rakan-rakan sekelas sedang bermain menyusun bongkah bersama-sama manakala Jefri duduk sendirian bermain bongkah1.5 Main Sosial (Associative Play)Murid bermain secara berkumpulan menggunakan peralatan yang sama tetapi tiada matlamat dan peranan ditentukan

Contoh :Sekumpulan murid bermain lego bersama-sama1.6 Main Sosial (Cooperative Play)Murid bermain dalam kumpulan dan bekerjasama capai satu matlamat

Contoh :Sekumpulan murid bermain pasir bersama-sama untuk membina istana pasir2. Main KognitifDalam main kognitif, murid menggunakan bahan konkrit untuk memperolehi pengetahuan dan meningkatkan perkembangan kognitif, sosioemosi, psikomotor dan kreativiti.Jenis Main SosialFunctional PlayMain Games And RulesMain SimbolikMain Konstruktif

2.1 Main Kognitif (Functional Play)Permainan ini berkait rapat dengan peringkat perkembangan sensori motor kanak-kanak dan melibatkan pengulangan pergerakan

Contoh :Sekumpulan murid sedang bermain permainan kutip bola dalam acara sukaneka2.2 Main Kognitif (Games and rules Play)Kanak-Kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah mengikut had dan peraturan permainan tersebut

Contoh :Sekumpulan kanak-kanak bermain permainan polis sentri2.3 Main Kognitif (main simbolik)Permainan ini melibatkan penggunaan imaginasi dan main peranan. Kanak-kanak menggunakan sesuatu objek lain untuk mewakili objek sebenar.

Contoh :Ali bermain sendirian dengan membayangkan pensil sebagai kapal terbang2.4 Main Kognitif (Main Konstruktif)Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mereka seperti istana pasir, bangunan dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.

Contoh :Kanak-kanak membina model kenderaan menggunakan kotak3.Main SosiodramaPermainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut.

Jenis Main Sosiodramamelibatkan peristiwa harian yang benar dan realistikContoh : kanak-kanak bermain pondok-pondokfantasi dan imaginasi kanak-kanak Contoh : kanak-kanak bermain perang-perang

Projek KelasSUKANRIA 2012Anda dikehendaki merancang dan menganjurkan satu acara sukaneka untuk kanak-kanak prasekolah.Lantik AJK seperti di bawah:PengerusiNaib PengerusiSetiausahaBendahariAhli Jawatankuasa

Sediakan kertas kerja program mengikut garis panduan dibawahPendahuluanObjektifSasaranTarikh dan TempatAnggaran PerbelanjaanTentatif Harapan dan Penutup