brahmini dan marten

Upload: vellashene-vella

Post on 07-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Brahmini Dan Marten

    1/4

    CERITA KANAK-KANAK NAMA :VELLASHENE A/P SUBRAMANIAM  UNIT : BMAMBILAN JAN 2014  SEM : 5

    Brahmini dan Marten

    Dev Sharma adalah seorang Brahmin yang tinggal bersama isterinya di

    sebuah bandar .Pada suatu hari, isteri Brahmin melahirkan seorang anak. Brahmin

    berasa sangat gembira. Pada hari yang sama juga, Marten iaitu haiwan peliharaan

    Brahmin melahirkan seekor anak Marten di rumahnya. Malang memang tidak

    berbau, ibu marten itu meninggal dunia tidak lama selepas kelahirannya. Brahmin

    berasa kasihan dengan marten tersebut. Mulai hari itu, isteri Brahmin mula menjaga

    marten itu sebagai anak sendiri.

     Anaknya dan Marten sangat suka antara satu sama lain. Mereka

    menghabiskan masa bersama-sama. alaubagaimanapun, Brahmini itu sentiasa

    memerhatikan tindakan marten. Brahmini itu sedar bahawa Marten adalah seekor

    binatang dan tidak lama lagi naluri binatang yang marten diwarisi daripada

    spesiesnya mungkin akan terkeluar juga. !al ini, boleh membahayakan anaknya dan

    dia membuat keputusan untuk

    menjaga anaknya dengan baik.

  • 8/18/2019 Brahmini Dan Marten

    2/4

    CERITA KANAK-KANAK NAMA :VELLASHENE A/P SUBRAMANIAM  UNIT : BMAMBILAN JAN 2014  SEM : 5

    Pada suatu hari, Brahmini terpaksa ke sungai untuk mengambil air. "adi, dia

    pun menidurkan anaknya, dan keluar untuk mengambil air. Dia meminta suaminya

    untuk menjaga anakanya tetapi Brahmin itu lupa pesan isterinya. #anpa

    memberitahu isterinya, dia keluar daripda rumahnya untuk mengumpul kayu dan

    meninggalkan Marten dan anak mereka bersendirian. Pada masa itu, seekor ular

    tedung masuk ke dalam rumah dan mula menghampiri anak Brahmin itu.

     Apabila Marten yang melihat kejadian itu, dia menyerang ular tedung itu untuk

    menyelamatkan anak Brahmin itu, yang sudah dianggap seperti saudara

    kepadanya. alaupun marten itu ke$il, Marten tetap berjuang untuk mengalahkan

    ular tedung itu. Akhirnya, marten berjaya membunuh ular tedung itu. Mulut dan kukumarten telah berlumuran dengan darah ular tedung itu. Marten berasa bangga

    kerana dapat menyelamatkan bayi itu. Marten menunggu di luar rumah sehingga

    isteri Brahmin itu pulang. Dia tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada ibunya

    bagaimana berani dia

    membunuh ular tedung itu.

  • 8/18/2019 Brahmini Dan Marten

    3/4

    CERITA KANAK-KANAK NAMA :VELLASHENE A/P SUBRAMANIAM  UNIT : BMAMBILAN JAN 2014  SEM : 5

    %steri Brahmin itu mengenali sikap suaminya yang selalu $uai. %steri Brahmin

    kembali terburu-buru ke rumahnya. Apabila dia melihat Marten ke$il datang ke

    arahnya dengan berlumuran darah, tanpa ber&ikir, isteri Brahmin itu membuat

    kesimpulan bahawa Marten

    sudah menyerang anaknya.

    %steri Brahmin marah dan ke$ewa

    dengan marten. Dia melemparkan

    belanga yang penuh dengan air ke

    arah marten. Marten pun mati di

    tempat kejadian.

    Selepas membunuh marten, isteri Brahmin pun berlari ke dalam rumah untuk

    melihat keadaan anaknya. Dia berasa lega apabila melihat anaknya dengan selamat

    tidur di dalam buaian. 'emudian, dia melihat seekor ular tedung dekat dengan

    buaian anaknya yang telah mati. Seketika itu, dia menyedari apa yang telah

  • 8/18/2019 Brahmini Dan Marten

    4/4

    CERITA KANAK-KANAK NAMA :VELLASHENE A/P SUBRAMANIAM  UNIT : BMAMBILAN JAN 2014  SEM : 5

    berlaku. Dia berasa sangat ke$ewa atas perbuatannya yang sanggup membunuh

    marten yang dianggap sebagai anaknya selama ini.

    PENGAJARAN : Fikir sebelum membuat sesuatu tindakan ataupun keputusan.