kemahiran generik atau kemahiran insaniah

Upload: nur-azizah

Post on 17-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Kemahiran Generik Atau Kemahiran Insaniah

    1/2

    KEMAHIRAN GENERIK ATAU KEMAHIRAN INSANIAH

    Kemahiran generik atau sekarang ini lebih popular dikenali dengan nama kemahiran

    insaniah telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan penyelidik

    di serata dunia. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada

    seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu

    melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki.

    Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran,

    kematangan dan penuaan.

    Kemahiran generik ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama ada di

    peringkat rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Menurut Lukman

    (2!", #$%& yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan

    sahaja dalam bidang akademuik tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain

    termasuk kepimpinan, kemahiran komuniksi , nilai murni dan sebagainya.

    Menurut 'harifah apsah (2!", jaminan kualiti di #$% adalah untuk memastikan

    graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional,

    kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran

    pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat. )abatan $endidikan

    %inggi (2*" pula meletak standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi

    di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik

    yang meliputi

    + kemahiran berkir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat

    keputusan

    + kemahiran interpersonal dan berkomunikasi

    + kemahiran #%, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat

    + kemahiran kepimpinan,

    + lemahiran keusahawanan

    Kemahiran generik yang disebutkan juga termasuklah kepada bakal para guru yang

    akan menjadi agen sosialisasi dalam masyarakat. uru seharusnya mempunyai

    segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini

    di samping ilmu pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar. Menurut Mok

    'oog 'ang (2*", penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan

    dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan

    kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran/kemahiran yang lain seperti

    kemahiran berkir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran

    menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran

    teknologi maklumat dan komunikasi.

  • 7/23/2019 Kemahiran Generik Atau Kemahiran Insaniah

    2/2

    &hmad (2!" dalam perutusan sempena ari uru 2! menyatakan,

    perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru

    menguasai pelbagai kemahiran generik, seperti, kemahiran berkir, kemahiran

    mengguna dan mengintegrasikan #% dalam pengajaran dan pembelajaran,kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

    0ni1ersiti %eknologi Malaysia (2", juga telah mengariskan beberapa kemahiran

    asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya termasuklah

    pelajar-pelajar 3akulti $endidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian

    mereka. &ntara kemahiran tersebut adalah4

    - Kemahiran 5erkomunikasi

    - $emikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masala

    - Kemahiran Kerja 5erpasukan

    - $embelajaran 5erterusan dan $engurusan Maklumat

    - 6tika dan Moral $rofesional

    - Kemahiran Kepimpinan

    Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru menjadikan mereka guru yang

    berkualiti. uru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan

    untuk menjadi negara maju menjelang tahun 22 tercapai. $enegasan ini dapat

    dilihat dalam $elan #nduk $endidikan 27-28 (27" yang menyatakan peranan

    pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang

    mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,

    berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju

    22. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berkir secara kritis

    dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta

    peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan

    dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.