seminar feqh 7 - jilid 1- cetakan d. syakir

Upload: ain-nur-abu-bakar

Post on 20-Feb-2018

383 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    1/67

    1 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Dengan nama Allah,

    Yang Maha Pemurah,

    lagi Maha Mengasihani.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    2/67

    2 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Kata-kata Aluan Rektor

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., dengan limpah dan izin-Nya jua Kolej

    Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah berjaya mengadakan seminar Fiqh

    Sabah pada hari ini.

    Ini adalah seminar kedua telah diadakan oleh KUIZM yang melibatkan khalayak luar

    setelah kali pertamanya berjaya menganjurkan seminar Interaksi Non Muslim pada

    bulan Mei 2013 yang lalu. Jutaan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada HEA

    yang mengadakan inisiatif merancang dan melaksanakan seminar ini, khasnya kepada

    pengarahnya Ustaz Azhar Yahya dan jawatankuasanya.

    Adalah menjadi harapan saya supaya KUIZM ini sentiasa menganjurkan aktiviti-aktiviti

    yang melibatkan masyarakat luar sama ada warga akademik dari institut pengajian

    tinggi atau masyarakat umum, kerana penubuhan KUIZM ini adalah lanjutan dari

    Markaz Tarbiyah yang menjadi tumpuan anggota masyarakat mendapat tarbiyah dan

    telah banyak berjasa dalam mendidik masyarakat sejak beberapa dekad lalu.

    KUIZM sebagai sebuah IPT yang masih baru dengan tenaga pengajar muda yang

    kurang pengalaman perlu selalu mengadakan program seperti ini bagi mendedah

    mereka kepada aktiviti ilmiah yang menjadi budaya dalam dunia akademik.

    Kekurangan yang ada pada KUIZM tidaklah bermakna kita tidak boleh mengadakan

    program besar seperti ini. Usaha dibuat yang melibatkan kepakaran tenaga dari IPT lain

    amat digalakkan bagi memeriahkan wacana akademik.

    Seminar Fiqh Sabah yang diadakan pada hari ini merupakan satu usaha yang baik bagi

    mendedahkan banyak perkara berhubungkait dengan permasalahan hidup seharian

    yang semakin berkembang. Tujuh bidang fiqh yang dibincangkan pada hari, iaitu;

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    3/67

    3 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    1. Fiqh al-Nusus wa Taklif al-Sharc

    2. Fiqh ikhtilaf

    3. Fiqh Waqi4. Feqhut Taghyir

    5. Fiqh al-Maqasid

    6. Fiqh Ad-Dakwah

    7. Fiqh Aulawiyyat

    Semuanya ini semacam suatu perkara baru bagi kebanyakan kita kerana istilah ini

    jarang dilontar dalam masyarakat. Maka dengan pendedahan dan perbincangan dalam

    seminar ini akan memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa hukum Islam itu

    sudah sedia ada dalam setiap bidang kehidupan kita. Ini bermakna bahawa melalui

    pengamalan Islam sepenuhnya akan dapat menyelesaikan apa sahaja masalah

    kehidupan manusia baik masa lalu atau masa depan. Yakinlah kita bahawa dengan

    Islam, kita sebenarnya tidak perlu lagi kepada hukum dan peraturan lain yang dicipta

    oleh manusia.

    Harapan saya bahawa seminar ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada peserta

    seminar yang berada di dalam dewan ini, bahkan kertas kerja dan perbincangannya

    perlu disebarkan dalam media baru dan juga bentuk penerbitan buku melalui KUIZM

    Publication untuk dimanfaatkan oleh masyarakat umum.

    Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembentang kertas kerja dan juga

    pengulas dari pelbagai IPT dan organisasi yang telah sudi berkongsi kepakaran mereka

    untuk dicurahkan ke dalam seminar ini. Tanpa kerjasama bakti mereka semua sudah

    tentulah seminar yang penting ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Kami sentiasa

    mengalu-alukan sebarang sumbangan seterusnya dalam apa juga bidang kepakaran

    untuk memajukan KUIZM dan juga dunia akademik.

    Akhirnya, diucapkan setinggi-tinggi terima kasih serta penghargaan kepada Al-Fadhil

    Ustaz Muhd Juzaili Juhan, Penolong Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik yang

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    4/67

    4 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    mengepalai usaha seminar ini. Begitu juga kepada Ustaz Azhar Yahya, Ketua Jabatan

    Muamalat dan Kewangan Islam sebagai pengarah seminar ini. Tidak lupa kepada

    semua pensyarah, staf dan para pelajar KUIZM yang sentiasa memberi kerjasama dalam

    menjayakan seminar ini.

    Semoga atas segala usaha kita ini Allah s.w.t. kurniakan kepada kita semua kebahagiaan

    dunia dan akhirat.

    DR. SHAHBUDIN BIN NGAH

    Rektor,

    Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    5/67

    5 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Isikandungan

    Kata-kata Aluan Rektor Dr. Shahbudin Bin Ngah

    KERTAS KERJA PERTAMA - Mukasurat 09

    Fiqh al-Nusus wa Taklif al-Sharc(Pemahaman Nas dan Taklif Syarak)

    1.0 Pendahuluan

    2.0 Rujukan Utama adalah Nas Syarak

    3.0 Asas Pemahaman nas

    4.0 Antara Memahami Zahir Nas dengan Memahami Maqasid Syarak

    5.0 Antara Ilmu Syarak dan Ilmu Akli

    6.0 Taklif Hanya Sabit dengan Ilmu Syarak

    7.0 Sanggahan Terhadap Akal Menentukan Taklif

    8.0 Penutup

    Rujukan:

    KERTAS KERJA KEDUA - Mukasurat 25

    FEQH IKHTILAF

    1.0 PENDAHULUAN

    2.0 PENGERTIAN KHILAF & IKHTILAF

    3.0 SENARIO IKHTILAF DI KALANGAN MANUSIA

    4.0 PEMBAHAGIAN KHILAF

    4.1 Khilaf Tanawwu: furu ( )

    4.2 Khilaf Tudadh: usul( ):

    5.0 PRIORITI

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    6/67

    6 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    6.0 ANTARA MADUDAN ADUW

    7.0 KELIRU ANTARA MASALAH DAN QADHIYYAH

    8.0 ELEMEN MANUSIA

    9.0 ISLAM MEMBENTUK MASYARAKAT9.1 Penjelasan

    9.2 Teliti Kelayakan Pendengar

    10.0 JAUHI KONTROVERSI

    11.0 PENUTUP

    KERTAS KERJA KETIGA - Mukasurat 49

    Feqhu Waqi : Perkara Asas dalam memahami Pelaksanaan ADDIN dalam konteks waktu

    semasa dan Tempat.

    1.0 Muqaddimah

    2.0 Fiqh ().

    3.0 Pra Syarat Dalam Memahami Fiqh Al Waqi

    4.0 Petanda ISLAM sudah Memenuhi Waqi.

    5.0 Sumber Sumber Dalam Memahami Fiqh Al Waqi.

    6.0 Kewaspadaan dalam berinteraksi Dengan Fiqh Al Waqi

    7.0 ISU Semasa: Fiqh Al Waqi Vs Fiqh Tawaqqu

    KERTAS KERJA KEEMPAT - Mukasurat 56

    FEQH TRANSFORMASI -Feqhut Taghyir-

    1.0 PENDAHULUAN

    2.0 MENGAPAKAH PERUBAHAN ISLAM ?

    3.0 TRANSFORMASI ZAMAN NABI SAW

    3.1 Mencetak Insan Mukmin

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    7/67

    7 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    3.2 Transformasi Pegangan (Akidah) dan Kefahaman

    4.0 KAEDAH ASAS FIQH TRANSFORMASI

    5.0 Berikut beberapa panduan Ulamak dalam membuat sesuatu perubahan.

    5.1 Memelihara Mudharat (Kerosakan)5.2 Mengambil mudharat yang lebih kecil

    5.3 Memelihara sunnah berperingkat

    6.0 Rujukan :

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    8/67

    8 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Fiqh al-Nusus

    wa

    Taklif al-Sharc

    (Pemahaman Nas

    dan Taklif Syarak)

    Muhammad Atiullah Bin Othman

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    9/67

    9 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Fiqh al-Nusus wa Taklif al-Sharc

    (Pemahaman Nas dan Taklif Syarak)Penulis: Muhammad Atiullah Bin Othman

    1.0 Pendahuluan

    Ada keperluan membicarakan semula Pemahaman Nas dan Taklif Syarak.

    Tambahan pula perbincangan kedua-duanya sangat rapat bagi menggempur kecelaruan

    pemikiran gerakan Islam dewasa ini. Ada penggerak gerakan Islam hampir tidak

    mengenali kepentingan nas dan tidak mengenal kewajiban asas yang perlu diambil dari

    sumber nas ini.

    Perkataan nas yang dimaksudkan dalam kertas ini adalah bermaksud nas

    syarak yang merupakan al-Quran dan al-Sunnah. Penjelasan mengenai nas syarak

    disebut oleh Imam Hasan al-Banna dalam usul kedua dari rukun kefahaman:

    "

    "

    Maksudnya:Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim

    dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa

    Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    10/67

    10 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah

    (Wikipedia T.th).

    2.0 Rujukan Utama adalah Nas Syarak

    Al-Quran dan al-Sunnah merupakan rujukan utama bersandarkan dalil qatciiaitu:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu

    kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

    Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah

    kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu

    benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan

    lebih elok pula kesudahannya.(Al-Quran 4: 59).

    Maksudnya: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka

    terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah

    laranganNya. (Al-Quran 59: 7).

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    11/67

    11 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama

    Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang

    mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.(Al-Quran 17: 9).

    Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan

    menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-

    orang Islam. (Al-Quran 16: 89).

    3.0 Asas Pemahaman nas

    Asas pemahaman nas hendaklah berdiri kukuh kepada method kenabian iaitu merujuk

    kepada al-Quran dan hadis. Berkata al-Shatibi (1992: 111) rahimahullahmengenai perkara

    ini:

    Maksudnya: Perhatilah amalan kamu sama ada berijtihad dan berobjektif, hendaklah atas

    method para nabi dan sunah mereka.

    Berkata al-Thaalabi (1995: 7) pula:

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    12/67

    12 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    ...

    Maksudnya: Penghalang antara ummah dan nas-nas syarak adalah bertambah sedikit demi

    sedikit melupakan sunah dan terjadi menjauhkan dari al-Kitab. Lalu jadilah syariat adalah nas-

    nas fuqahak dan kata-kata mereka bukan sabda-sabda nabi yang diutuskan kepada mereka.

    Hendaklah kefahaman nas terikat dengan pemahaman para sahabat dan imam-

    imam sunah selaras dengan ilmu usul dan bahasa Arab. Begitu juga, asas pada

    pemahaman nas adalah memahami maksud zahir selaras dengan bahasa Arab selagi

    tiada halangan untuk memberi makna asal. Oleh demikian, Muhammad (2012: 14-15)

    menyebut bahawa method memahami nas adalah:

    1. Memahami bahasa al-Quran yang digunakan dan hendaklah disertakan

    penjelasan al-Quran bagi memahami nas.

    2. Memahami al-Quran hendaklah disertakan dengan hadis. Kedudukan hadis di

    sisi al-Quran adalah penerang, penjelas dan mendatangkan hukum yang tidak

    kedapatan dalam al-Quran.

    3. Penjelasan mengenai makna al-Quran perlu kepada penjelasan para sahabat

    Nabi s.a.w. yang mengerti situasi dan keadaan diturunkan al-Quran dan

    penjelasan hadis.

    4. Penjelasan akal yang waras dapat memahami nas syarak. Namun, perlu

    diingatkan bahawa bukan semua nas al-Quran dapat dijelaskan dengan akal.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    13/67

    13 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    5. Hendaklah mengutamakan penyandaran pemahaman nas kepada ayat-ayat

    Muhkam dahulu kerana ia merupakan asas yang paling selamat bagi disiplin

    hukum-hakam syarak. Begitu juga hendaklah berpegang kepada nas yang qatibukan zanni. Walaupun dakwaan zanni dilalah lebih banyak dari qati dilalah, ia

    merupakan perkara penting untuk dihadamkan dan dijadikan asas pemahaman

    hukum.

    Ibnu Qayyim (2010: 266) mengingatkan menghukum berdasarkan nas terbahagi

    kepada tiga iaitu al-Hukm al-Munazzal, al-Hukm al-Muawwal dan al-Hukm al-Mubaddal.

    Maksud hukum-hakam ini adalah:

    a) al-Hukm al-Munazzal adalah sesuatu yang Allah turunkannya kepada rasul-Nya,

    hukum dengannya antara hamba-Nya dan ia merupakan hukum (dari)Nya

    bukan selain-Nya.

    b) al-Hukm al-Muawwal adalah kata-kata Mujtahid yang tidak wajib mengikutnya,

    tidak kufur dan tidak fasik bagi sesiapa yang bercanggahnya. Maka pemilik-

    pemiliknya (kata-kata Mujtahid) tidak mengatakan ini adalah hukum Allah dan

    Rasul-Nya. Bahkan mereka berkata: kami berijtihad dengan ijtihad kami,

    barangsiapa menghendaki dia (boleh) menerimanya.

    c) al-Hukm al-Mubaddal adalah hukum berlainan sesuatu yang Allah turunkan,

    maka tidak halal melaksanakannya dan beramal dengannya. Tidak patut

    mengikutinya dan pemiliknya sama ada kufur, fasik dan zalim.

    Beberapa peringatan Dr Yusof al-Qardhawi dalam karyanya al-Marjaciyyah al-

    cUlya fi al-Islam li al-Quran wa al-Sunnah yang sangat wajar diketengahkan bagi

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    14/67

    14 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    memahami nas. Al-Qardawi (1992: 155-274) meletakkan beberapa disiplin memahami

    nas:

    1. Tajarrudbagi mencari kebenaran.

    2. Methodologi yang benar meneliti nas syarak.3. Beriman dengan kesempurnaan syariat tanpa menyanggahinya.

    4. Menolak mutashabihat kepada muhkamat.

    5. Memahami nas-nasjuzi di bawah maqasid kulli.

    6. Berpegang teguh dengan nas yang qatci.

    7. Berpegang teguh dengan ijmak umat.

    Al-Qardawi (1992: 16-17) turut menyebut enam bentuk tafsiran yang tertolak

    iaitu:

    1. Cara mengambil sebahagian al-Quran tanpa meneliti sebahagian yang lain.

    2. Cara mengambil al-Quran semata-mata yang terpisah dari al-Sunnah.

    3. Cara mengambil sebahagian al-Sunnah tanpa sebahagian yang lain.

    4. Cara menafsirkan al-Quran dan al-Sunnah mengikut hawa nafsu tanpa terikat

    dengan ayat usul atau kaedah umum.

    5. Cara menolak merujuk kepada sumber asal dan hanya cukup bertaqlid pada

    setiap masalah.

    6. Cara mengambil Islam dari fahaman-fahaman tokoh-tokoh manusia yang

    mempunyai mungkin salah dan mungkin benar.

    Akhirnya, al-Qardawi (1992: 275-360) mengingatkan kesilapan pemahaman nas

    iaitu:

    1. Meletakkan nas bukan pada tempatnya.

    2. Kalimah yang benar berobjektifkan kebatilan.

    3. Mengubah kalimah dari tempatnya.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    15/67

    15 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    4. Pentawilan buruk terhadap nas.

    5. Mendahului akal atas syarak.

    6. Menolak nas dengan dakwaan maslahah.

    4.0 Antara Memahami Zahir Nas dengan Memahami Maqasid Syarak

    Asas pemahaman maqasid syarak berdasarkan kepada peristiwa sembahyang Asar di

    penempatan Bani Qurayzah. Walaupun Maqasid syarak merupakan method usuli yang

    umum, ia tetap merupakan kaedah penting pada zaman modern kerana ia bertujuan

    menggunakannya pada pemahaman nas syarak. Ia juga dapat memberi sokongan

    terhadap pilihan pemahaman nas yang dilalah zanni.

    Namun demikian, memahami nas tanpa memahami maksud sebenar dan illat

    nasakan memperlihatkan kejumudan dan menghalang ruh syarak kerana ketika ini nas

    tidak dilihat berguna untuk setiap masa dan tempat. Sebaliknya, memahami nas dengan

    maqasid-maqasid tertentu akan dilihat memalingkan nas dari makna sebenar kepada

    makna yang bukan disebut nas, bentuknya seakan-akan penyimpangan dari syarak dan

    bercanggah dari nas-nas yang lain. Kedua-duanya adalah buruk.

    Sebaiknya, nas syarak masih difahami dengan maksud asalnya dan menjadi

    pegangan dan disamping itu beramal dengan maqasid syarak. Malah sepatutnya,

    maqasid adalah terbatal jikalau jelas bercanggah dengan kejelasan nas. Justeru, al-

    Qardawi mengingatkan ada golongan yang mendakwa mengambil peduli mengenai

    maqasid ash-sharciyyah dan roh agama tetapi melupakan nas-nas al-Quran dan Sunnah

    yang sahih dengan mendakwa agama adalah jawhar (inti) bukan bentuk, dan hakikat

    bukan rupa. Jikalau menghalakan kepada mereka nas-nas yang jelas, mereka mengelak

    dan berdalih, menafsirkan yang melampau lampau, mengubah perkataan terkeluar dari

    sepatutnya, berpegang kepada ayat yang mutashabihat(yang tidak jelas) serta berpaling

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    16/67

    16 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    dari ayat yang muhkamat (yang jelas). Mereka adalah penyeru kepada tajdid

    (pembaharuan) sedangkan pada hakikatnya adalah penyeru (fahaman) Barat dan

    autokrasi (al-Qaradawi 1998: 228).

    5.0 Antara Ilmu Syarak dan Ilmu Akli

    Menurut Abu Macali al-Juwayni (1997: 35) yang mengatakan ilmu syarak adalah sesuatu

    pengetahuan dari hukum-hakam taklif yang menyebut nas al-Quran, sunnah mutawatir

    atau ijmak seperti kewajipan sembahyang-sembahyang dan seperti mendahulukan

    khabar seorang periwayat hadis atas qiyas apabila ia merupakan nas (

    ). Manakala akli pula adalah sesuatu yang mengerti dengan akal sama ada tidak

    mengerti melainkan dengannya seperti wujud Pencipta, ketauhidannya dan keadaanya

    yang berkata-kata ( ).

    Metodologi pemikiran bagi menggabung jalin penghujahan akal ini menjadi

    percanggahan antara pemikir-pemikir Islam. Ibnu Taymiyyah (1418H/1997(b), 2: 233)

    secara jelas menyokong methodologi pemikiran al-Juwayni (1997: 29) yang

    membahagikan tiga kategori iaitu sesuatu yang syarak sahaja dapat menentukannya,

    sesuatu yang akal sahaja dapat menentukannya, dan syarak dan akal bersama-sama

    dapat menentukannya. Pandangan ini turut disepakati oleh al-Ghazali (2004: 9-10, 1975:

    57-59) yang turut menyokong methodologi pemikiran gurunya iaitu al-Juwayni.

    Perbincangan Ibnu Taymiyyah ini bersekitar mengenai polemik penggunaan

    hujah akal dan nas serta digelar caqliyyahdan samciyyah atau ilmu syarak dan ilmu akli.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    17/67

    17 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Punca polemik ini adalah kerana ketegaran golongan Muktazilah berhujah dengan akal

    menyebabkan al-Ashcari (1993) menolak pemikiran Muktazilah dengan mengemukakan

    banyak hujah nas dalam karyanya al-Ibanah. Namun, al-Ashcari (1955) menggunakan

    banyak hujah akal dalam karyanya al-Lumac

    . Hasan Al-Shafic

    i (1998: 124) mengatakanbahawa penggunaan dua hujah ini adalah sebati dalam pemikiran Islam sejak awal lagi.

    Golongan al-Ashacirah seperti al-Baqilani (1997: 17), Ibn cAsakir (1347H/1928: 99-101), al-

    Juwayni (1969 :119-120) dan al-Ghazali (1975 :57-58, t.th., 4: 57-58, 2004: 115-116) dan

    Salafiah seperti Ibnu Taymiyyah (1995(b), 5: 246), Ibnu al-Qayyim (1998, 2 :8-9) dan Ibn

    al-Wazir (1349H/1930: 47) masing-masing menggunakan hujah nas dan akal bagi

    penghujahan dalam pemikiran. Bahkan, Muktazilah seperti Ahmad (t.th.(a), 11: 507)

    turut berhujah kepada nas disamping akal. Begitu juga golongan sufi sebagaimana

    diperkatakan oleh al-Ghazali (1999: 29-35), Ibnu Rushd (1998: 100) dan Ibnu Taymiyyah

    (1995(b), 19: 230-231).

    6.0 Taklif Hanya Sabit dengan Ilmu Syarak

    Perbincangan mengenai penyabitan taklif dengan ilmu syarak adalah merupakan

    perbincangan segala hukuman adalah bagi Allah (al-Hakimiyyah li Allah). Tiada

    percanggahan para ulama bahawa sumber hukum-hakam taklif adalah Allah s.w.t.

    sama ada melalui nas iaitu al-Quran dan al-Sunnah, atau perantaraan ahli ijtihad yang

    memahami nas. Mereka mengatakan bahawa tiada hukum melainkan Allah

    berdasarkan ayat al-Quran:

    Maksudnya: Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum. (al-Quran 6: 57)

    Pada masalah ini, Muktazilah turut bersepakat bersama ahli Sunnah (al-Zukhayli 1998,

    1: 115, al-Amidi 2003: 111, Ibn Nizam al-Din 2002, 1: 23, al-Basri (1964: 377-379).

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    18/67

    18 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Justeru, Ibnu Taymiyyah (1903, 5: 130-132) mengatakan barangsiapa yang

    beriktikad keharusan bercanggah hukum Allah dan tidak berhukum dengan al-Quran

    dan al-Sunnah, maka dia seorang kafir. Ibnu Taymiyyah bersandarkan dalil al-Quran:

    (al-Quran 4: 65)

    Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman

    sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara

    mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah

    engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

    Ibnu Taymiyyah (1903, 5: 130-131) menjelaskan ayat ini dengan mengatakan

    bahawa barangsiapa tidak bepegang hukum Allah dan Rasul-Nya pada sesuatu

    percanggahan antaranya dan selainnya, maka Allah bersumpah dengan diri-Nya

    bahawa dia tidak beriman. Adapun barangsiapa bepegang bagi hukum Allah dan

    Rasul-Nya secara zahir dan batin tetapi melakukan maksiat dan mengikuti hawa nafsu,

    maka dia adalah berkedudukan serupa golongan ahli maksiat.

    Majoriti ulama bersetuju bahawa taklif dengan arahan dan tegahan adalah sabit

    pada syarak. Ini merupakan pendapat majoriti dari pengikut-pengikut al-Hanabilah

    seperti Ibn Quddamah (2002, 1: 131) serta al-Ashacirah seperti al-Juwayni (1997, 1: 8-9),

    al-Ghazali (1993: 45-46, 1998: 64) dan al-Amidi (2003: 111) yang mengatakan bahawa

    ganjaran dan hukuman adalah diketahui dengan pendengaran wahyu.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    19/67

    19 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    7.0 Sanggahan Terhadap Akal Menentukan Taklif

    Ramai dari fuqahak menafikan dakwaan bahawa Muktazilah mengatakan akal dapat

    menentukan taklif seperti seperti Ibn Burhan (1983, 1: 58), Ibn al-Subki (1981, 1: 34) danIbn Nizam al-Din (2002, 1: 23). Al-cAttar (t.th., 1: 79) pula mendakwa bahawa

    Muktazilah mengatakan bahawa akal dapat menentukan taklif secara umum dan

    kadang-kadang secara terperinci sama ada dengan darurat akal atau analisis. Ini juga

    diperkatakan Ahmad. Namun, al-Duwayhi (2000: 183) menyebut, secara praktikal

    pemikiran Muktazilah bukan sekadar mengatakan akal dapat menentukan taklif tetapi

    menyanggah syarak dengan akal, menjadikan akal bagi menilai nas-nas syarak, menolak

    hadis-hadis sahih dengan mempertikaikannya, takwil dan dakwaan nasakh. Mereka

    melakukan sedemikian bukanlah berpandukan hujah tetapi sangkaan nas-nas ini adalah

    bercanggah dengan akal seperti polemik mengingkari sifat Allah, mengingkari

    penyaksian Allah di akhirat, syafaat dan azab kubur yang merupakan perkara-perkara

    yang sabit dengan nas-nas yang sahih dan jelas.

    Al-Duwayhi (2000: 184) mengemukakan dakwaannya terhadap Muktazilah

    dengan menunjukkan pandangan Ahmad (1988: 770) yang menyebut, Jikalau cara dari

    sesuatu berkaitan kepercayaan-kepercayaan, hendaklah difikirkan. Jikalau bersepakat

    bagi hujah-hujah akal, diterima dan dipercayaai kewajibannya bukan kerana

    kedudukannya bahkan kerana hujah akal. Jikalau tidak bersepakat baginya, maka

    kewajiban ini hendakalh ditolah dan dihukumkan bahawa nabi tidak mengatakannya.

    Jikalau baginda mengatakanya, maka dia mengatakan atas cara berhikayat mengenai

    orang lain. Ini jikalau ia tidak membawa takwil melainkan kecemasan. Jikalau

    membawanya, maka wajiblah mentakwilnya.

    Menurut Ibnu Taymiyyah (1418H/1997(b), 1: 105), para ulama tiada khilaf

    bahawa sabit taklif adalah melalui syarak. Manakala sabit taklif mengenai akal pula

    para ulama bercanggah pendapat. Bagi Ibnu Taymiyyah (1987, 6: 348), akal tidak

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    20/67

    20 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    mewajibkan sesuatu walaupun mengetahuinya. Adapun orang yang berkata bahawa

    kewajiban dapat diketahui dengan akal, maka dia berkata pada sesuatu yang diketahui

    kewajiban dengan kepastian akal atau pemikirannya. Pandangan ini menurut Ibnu

    Taymiyyah (1991, 9: 61-62) dipelopori oleh kebanyakan dari al-Hanafiyyah dan ahlikalam khususnya Muktazilah dan selain mereka mengatakan dengan akal dapat

    mengetahui baik dan buruknya. Mereka mengatakan wajib beriman dengan akal yang

    diriwayatkan dari Abu Hanifah. Dan telah al-Hakim al-Shahid dalam al-Muntaqa dari

    Abu Yusuf dari Abu Hanifah bahawa ia tiada keuzuran bagi seseorang dengan kejahilan

    dengan penciptanya kerana sesuatu yang dia lihat dari penciptaan langit dan bumi serta

    penciptaan dirinya dan segala ciptaan Tuhannya. Mereka mengatakan: diriwayat

    darinya bahawa dia berkata, kalaulah tidak Allah membangkitkan para rasul, pasti

    wajib atas makhluk mengenalnya dengan akal-akal mereka. Mereka berakata: Atas

    inilah, para shaykh kami dari ahli Sunnah dan Jamaah sehingga berkata Abu Mansur al-

    Maturidi pada budak yang berakal, dia diwajibkan atasnya mengenal Allah walaupun

    tidak sampai seruan. Mereka berkata: Ia adalah pendapat kebanyakan syeikh- syeikh

    Iraq.

    Penjelasan Ibnu Taymiyyah di atas mengaitkan al-Hanafiyyah dan al-Maturidi

    dengan pemikiran Muktazilah. Ibn Nizam al-Din (2002, 1: 23) menafikan al-Hanafiyyah

    terlibat mengatakan akal penentu taklif sebagaimana diperkata Muktazilah:

    Tiada hukum melainkan dari Allah s.w.t. dengan ijmak ummat ini. Bukan

    sebagaimana (terdapat) dalam sebahagian buku-buku sheikh-sheikh bahawa ini

    di sisi kami (al-Hanafiyyah) dan di sisi Muktazilah, Penghukum adalah akal.

    Ini merupakan sesuatu yang tiada seorangpun yang mendakwa keislaman

    berani atas (mengatakan)nya. Bahkan mereka berkata, Sesungguhnya akal

    memberitahu bagi sebahagian hukum-hakam ketuhanan sama ada syarak

    membawakannya atau tidak.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    21/67

    21 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Begitu juga kajian terkini mengenai Abu Hanifah pula, Muhammad (1999: 92, 93,

    206) meletakkan akal sebagai sumber bagi taklif tetapi dengan syarat tiada bercanggah

    dengan nas. Bahkan, Abu Hanifah berpandangan tiada ijtihad pada perkara usul dan

    tiada pandangan (akal) bersama nas. Walaupun Abu Hanifah meletak penghargaanyang tinggi terhadap hujah akal, hujah syarak tetap menjadi keutamaan dan hujah akal

    menuruti hujah syarak. Manakala dakwaan terhadap Abu Mansur al-Maturidi pula, al-

    Ghali (1989: 73) menafikan dakwaan al-Maturidi terlibat mengangkat akal dapat

    menentukan taklif. al-Ghali (1989: 73) mengatakan:

    Adapun Abu Mansur al-Maturidi telah memperakui (pandangan) Muktazilah

    bahawa bagi segala sesuatu kebaikan secara zat dan keburukan secara zat, dan

    akal (boleh) bersendirian mengenali kedua-duanya (baik dan buruk).

    Sebagaimana al-Ashcari bersepakat pada menentukan hukum-hakam

    bersendirian dengannya syariat dan taklif tidak akan terjadi melainkan bersama

    risalah.

    8.0 Penutup

    Al-Quran dan al-Sunnah merupakan pegangan asas kepada kehidupan beragama,

    jaminan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tidaklah harus bagi

    seseorang Muslim apabila telah ada ketetapan hukum dan panduan, dia mencari jalan

    selain dari ketetapan ini. Malah, lebih buruk dari itu dia mencari penafsiran yang dapar

    memenuhi hawa nafsunya.

    Sungguh wajar peringatan Hilmi (1991: 189) terhadap tokoh-tokoh pemikir

    moden yang cuba untuk menundukkan syariat agar menurut tuntutan-tuntutan zaman

    moden yang sering berubah-ubah. Begitu juga Qutub (2002: 20) mengingatkan bahawa

    akal manusia tidaklah mutlak kerana akal memiliki sifat kekurangan, hawa nafsu dan

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    22/67

    22 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    kejahilan yang tidak boleh menghukum nas al-Quran dengan ketetapan-ketetapan akal

    semata-mata. Malah, jikalau kita mewajibkan takwil bagi mendapat kata sepakat pada

    nas dan akal-akal yang banyak, maka kita akan berakhir kepada kecelaruan.

    Rujukan:

    Al-Quran.

    Abdullah bin Muhammad Basmeih. 2011. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

    30 Juzuk. Kuala Lumpur: Dar al-Kitab Malaysia.

    Ahmad,cAbd al-Jabbar bin Ahmad. t.th.(a). al-Mughni fi Abwab al-Tawhid wa al-cAdl. Al-Qahirah:

    Al-Muassasat al-Misriyyat al-cAmmat.

    Ahmad, cAbd al-Jabbar bin Ahmad. t.th.(b). al-Muhit bi al-Taklif. Al-Qahirah: Al-Muassasat al-Misriyyat al-cAmmat.

    Ahmad, cAbd al-Jabbar bin Ahmad. 1988. Sharh al-Usul al-Khamsah. Al-Qahirah: Maktabah

    Wahbah.

    Al-Amidi. 2003.Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam. Al-Riyad: Dar al-Samici.

    Al-Ashcari, cAli bin Ismacil. 1950.Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin. Al-Qahirah: Dar al-

    Nahdah al-Misriyyah.

    Al-Ashcari, cAli bin Ismacil. 1955.Kitab al-Lumacfi al-Radd cala Ahl al-Zaygh wa al-Bidc. Al-Qahirah:

    al-Khanaji.

    Al-Ashcari, cAli bin Ismacil. 1993.Al-Ibanat can Usul al-Diyanat. Al-Riyad: Maktabah Dar al-Bayan.

    Al-cAttar, Hasan bin Muhammad bin Mahmud Al-cAttar. t.th. Hashiyah Al-cAttar cala Jamc al-Jawamic. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    Al-Basri, Muhammad bin cAli bin al-Tayyib. 1983. Al-Muctamad fi Usul al-Fiqh. Bayrut: Dar al-

    Kutub al-cIlmiyyah.

    al-Baqilani, Muhammad bin al-Tayyib bin Jacfar bin al-Qasim. 1997. Icjaz al-Quran. Al-Qahirah:

    Dar al-Macarif.

    Al-Duwayhi, cAli bin Sacad bin Salih. 2000. Ara al-Muctazilah al-Usuliyyah Dirasatan wa

    Taqwiman. Al-Riyad: Maktabah al-Rushd.

    al-Ghali, Balqasim bin Hasan al-Ghali. 1989. Abu Mansur al-Maturidi Hayatuhu wa Arauhu al-cAqadiyyah. Tunis: Al-Matabical-Muwahhadah.

    Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. t.th. Iljam al-cAwam cancilm al-Kalam. DlmMajmucah Rasail al-Imam al-Ghazali. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. 1975. Macarij al-Quds fi

    Madarij Macrifah al-Nafs.Bayrut: Dar al-Afaq al-Jadidah.

    Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. 1993.Al-Mustasfa min cIlm

    al-Usul. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. 1999. Al-Maqsid al-Asna

    Sharh Asma Allah al-Husna. Dimashq: Matbacah al-Sabah.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    23/67

    23 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. 2004. Al-Iqtisad fi al-

    Ictiqad. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    al-Hilmi, Mustafa al-Hilmi. 1991. Qawacid al-Minhaj al-Salafi fi al-Fikr al-Islami. Iskandariyyah: Dar

    al-Dacwah.

    Ibn cAsakir, cAli bin Hasan bin Hibbatullah Ibn cAsakir al-Dimashqi. 1347H/1928. Tabyin Kizb al-

    Muftara fi ma Nusiba ila al-Imam Abu al-Hasan al-Ashcari. Dimashq: al-Qudsi.Ibn Burhan, Ahmad bin cAli bin Burhan al-Baghdadi. 1983. Al-Wusul ila al-Usul. Al-Riyad:

    Maktabah al-Macarif.

    Ibn Nizam al-Din, Muhammad bin Nizam al-Din al-Ansari al-Kinawi. 2002. Fawatih al-Rahmut bi

    Sharh Musallam al-Thubut. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    Ibn Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr ibn Qayyim al-Jawziyyah .1998. Miftah Dar al-Sacadah wa

    Manshurat Wilayah al-cIlm wa al-Iradah. Dimashq: Maktabah Dar al-Bayan.

    Ibn Qayyim, Muhammad bin Abi Bakr ibn Qayyim al-Jawziyyah .2010. Hadi al-Arwah ila Bilad al-

    Afrah. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    Ibn Quddamah, Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Quddamah al-Maqdisi. 2002. Rawdah

    al-Nazir wa Jannah al-Manazir fi Usul al-Fiqhc

    ala Mazhab al-Imam Ahmad. Bayrut: Maktabahal-Rayyan.

    Ibn Rushd, Abu al-Walid bin Rushd. t.th. 1998. al-Kashfcan Manahij al-Adillah fi cAqaid al-Millah.

    Bayrut: Markaz Dirasat al-Wihdah al-cArabiyyah.

    Ibn al-Subki, cAli bin cAbd al-Kafi al-Subki. 1981. al-Ibhaj Sharh al-Minhaj cala Minhaj al-Wusul IlacIlm al-Usul.Al-Qahirah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1418H/1997(a). Al-

    Amr bi al-Macruf wa al-Nahycan al-Munkar. Al-Sacudiyyah: Wizarah al-Shuuniyyah al-

    Islamiyyah wa al-Awqaf wa al-Dacwah al-Islamiyyah.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1418H/1997(b). Al-

    Mustadrak cala Majmucal-Fatawa. Al-Riyad: Muhammad bin cAbd al-Rahman bin Qasim.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1987. Al-Fatawa al-

    Kubra li Ibni Taymiyyah. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1903. Manhaj al-

    Sunnah al-Nabawiyyah. Al-Qahirah: Matbacah Bulaq.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1991. Dar Tacarud

    al-cAql wa al-Naql Aw Muwafaqah Sahih al-Manqul li Sarih al-Macqul. Al-Madinah: Jamicah

    al-Imam Muhammad bin Sucud.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1995(a). Bughayyah

    al-Murtad fi al-Radd cala al-Mutafalsifah wa al-Qaramitah wa al-Batiniyyah. Al-Madinah:

    Maktabah al-cUlum wa al-Hukm.

    Ibnu Taymiyyah, Ahmad bin cAbd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abdullah. 1995(b). Majmucal-Fatawa li Ibnu Taymiyyah. Al-Madinah: Majmac al-Malik Fahd li Tibacah al-Mashaf al-

    Sharif.

    Ibn al-Wazir, Muhammad bin Ibrahim al-Wazir. 1349H/1930. Tarjih Asalib al-Quran cala Asalib al-

    Yunani.Al-Qahirah: Dar al-Macahad.

    Al-Juwayni, cAbd al-Malik bin Abdullah bin Yusuf. 1950. Al-Irshad ila Qawatical-Adillah fi Usul

    al-Ictiqad. Al-Qahirah: Maktabah al-Khanaji.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    24/67

    24 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Al-Juwayni, cAbd al-Malik bin Abdullah bin Yusuf. 1969. Al-Shamil fi Usul al-Din. Iskandariyyah:

    Manshaah al-Macarif.

    Al-Juwayni, cAbd al-Malik bin Abdullah bin Yusuf. 1992. Al-cAqidah al-Nizamiyyah fi al-Arkan al-

    Islamiyyah. Al-Qahirah: Maktabah al-Azhariyyah li al-Turath.

    Al-Juwayni, cAbd al-Malik bin Abdullah bin Yusuf. 1997. Al-Burhan fi Usul al-Fiqh. Bayrut:

    Maktabah al-Kutub al-cIlmiyyah.Muhammad, Shams al-Din bin Muhammad bin cAbd al-Latif. 1999. Abu Hanifah al-Nucman wa

    Arauhu al-Kalamiyyah. Iskandariyyah: Jamicah al-Iskandariyyah.

    Muhammad, Jalal al-Din Muhammad Salih. 2012. Fiqh al-Nas al-Shari wa Alaqatuhu Bi al-

    Jarimah. Dlm. Al-Majallah al-Arabiyyah li al-Dirasat al-Amniyyah wa al-Tadrib. Jilid 28

    Bilangan 55. Diambil.

    http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82

    %D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B

    1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87

    %20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequ

    ence=1[9 Oktober 2014].

    Al-Shafici, Hasan 1998.Al-Amidiy wa Arauhu al-Kalamiyyah. Al-Qahirah: Dar al-Salam.

    Al-Shatibi, Abu Ishaq. 1922.Al-Ictisam. Bayrut:Dar Ibnu Affan.

    Al-Thacalabi, Muhammad bin al-Hasan. 1995. Al-Fikr al-Sami fi Tarikh al-Fikr al-Islami. Bayrut: Dar

    al-Kutub al-Ilmiyyah.

    al-Qaradawi, Yusuf. 1992. al-Marjaciyyah al-cUlya fi al-Islam li al-Quran wa al-Sunnah. Kaherah:

    Maktabah Wahbah.

    al-Qaradawi, Yusuf. 1998. Al-Siyasah al-Syarciyyah fi Daw Nusus al-Sharicah wa Maqasidiha. Al-

    Qahirah: Maktabah Wahbah.

    Qutub, Sayyid Qutub. 2002. Khasais al-Tasawwur al-Islami wa Muqawwimatuh. Al-Qahirah: Dar al-

    Shuruq.

    Wikipedia. T.th.Al-Usul al-cIshrun. Diambil:

    http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B5%D9%88%D9%84_%D

    8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B4%D8%B1%D9%88%D9%86 . [16 Febuari 2015].

    al-Zukhayli, Wahbah al-Zukhayli. 1998. Usul al-Fiqh al-Islami. Dimashq: Dar al-Fikr.

    http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B5%D9%88%D9%84_%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B4%D8%B1%D9%88%D9%86http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B5%D9%88%D9%84_%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B4%D8%B1%D9%88%D9%86http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B5%D9%88%D9%84_%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B4%D8%B1%D9%88%D9%86http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B5%D9%88%D9%84_%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B4%D8%B1%D9%88%D9%86http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1http://repository.nauss.edu.sa/bitstream/handle/123456789/56918/%D9%81%D9%82%D9%87%20%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%20%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9%D9%8A%20%D9%88%D8%B9%D9%84%D8%A7%D9%82%D8%AA%D9%87%20%D8%A8%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%85%D8%A9.pdf?sequence=1
  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    25/67

    25 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    FEQH

    IKHTILAFUstaz Abd Muizz Muhammad

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    26/67

    26 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    FEQH IKHTILAF

    Ustaz Abdul Muizz Muhammad

    1.0 PENDAHULUAN

    Feqh Ikhtilaf adalah ilmu yang mengemukakan kaedah-kaedah berinteraksi dengan

    perbezaan pandangan di dalam praktis agama Islam.

    2.0 PENGERTIAN KHILAF & IKHTILAF

    Percanggahan. Iaitu apabila bercanggahan pendapat antara satu sama lain1. Lawan bagi

    persepakatan .

    1. Imam al-Syatibi telah mengklasifikasikan dua kalimah tersebut dengan

    makna yang lebih terperinci. Menurut beliau, khilaf membawa makna yang

    lebih luas, bermaksud umum iaitu percanggahan pendapat. Definisi tersebut

    merangkumi segala percanggahan pendapat walaupun ia bertitik tolak dari

    hawa nafsu tanpa ilmu yang jelas tidak dikehendaki oleh syara. Manakala

    ikhtilaf pula adalah percanggahan pendapat yang berlandaskan garis

    panduan syaramengikut disiplin ilmu Islam2.

    2. Imam al-Raghib al-Asfahani pula menyatakan bahawa ikhtilaf bermaksud

    perbezaan pendapat tanpa disusuli dengan sifat pertembungan dan dendam.

    1Dr Muhammad Ahmad & Syeikh Ali Jumah, Taliq bagi kitab at-Tajrid lil Qadduri, jilid 1, m.s 20

    2 LihatImam as-Syatibi, al-Muwafaqatm.s 853-854

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    27/67

    27 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Sebaliknya istilah khilaf pula terdapat kebarangkalian wujudnya unsur

    pertembungan dan dendam antara pihak yang bersalahan pandangan.

    3. Imam al-Tahanawi berpendapat bahawa ikhtilaf sesuai digunakan apabila

    berlaku perselisihan pendapat yang disandarkan dengan dalil. Manakalakhilaf sesuai digunakan apabila berlaku perselisihan pendapat yang tidak

    disandarkan dalil.3

    4. Imam Abu al-Baqa menyatakan bahawa ikhtilaf berlaku apabila

    perselishan pendapat yang mempunyai maksud yang satu. Kesan ikhtilaf

    adalah rahmat. Manakala khilaf berlaku apabila perselisihan pendapat yang

    mempunyai maksud dan jalan yang berbeza. Khilaf adalah dilarang dan

    kesannya adalah bidah.4

    5. Syeikh Athiyyah Muhammad Salim berpendapat bahawa khilaf berlaku

    pada suasana yang disusuli dengan unsur maksiat. Manakala ikhtilaf

    bermaksud perselisihan pandangan kerana variasi kefahaman terhadap

    suasana setelah diadakan kajian.5

    6. Terdapat sebilangan ulama yang berpendapat kalimah ikhtilaf sesuai

    digunakan apabila berlaku percanggahan pendapat antara dua kelompok

    yang berbeza. Contohnya; Telah berlaku ikhtilaf antara ulama Syafiiyyah

    dan Hanafiyyah. Manakala kalimah khilaf pula sesuai digunakan apabila

    berlaku percanggahan pendapat di dalam satu kelompok yang sama.

    Contohnya; Telah berlaku khilaf antara ulama Hanafiyyah. Tidak tepat jika

    dikatakan; Telah berlaku ikhtilaf di antara ulama Hanafiyyah. Hal ini kerana

    3Dr. Muhammad al-Amin,Muraah al-Khilaf Fi al-Mazhab al-Maliki m.s 87

    4 i b id

    5 i b id

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    28/67

    28 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    mereka terdiri dari kelompok yang sama. Pembahagian istilah tersebut

    merujuk kepada penggunaannya di dalam al-Quran;

    " "D an aku t i dak berk ehendak menya lah i k amu (dengan mengerj akan) apa

    yang aku lar angHud 88

    Allah S.W.T menggunakan kalimah khilaf dalam menceritakan dakwah

    yang dilontarkan oleh Nabi Syuaib kepada kaumnya. Mereka dalam satu

    kelompok yang sama.

    Manakala dalam ayat lain, Allah S.W.T menggunakan kalimah ikhtilaf

    ketika menceritakan percanggahan yang berlaku antara pelbagai kelompok;

    " "

    M aka bersel isih pendapat lah ant ara mereka (iai t u Yahudi dan Nasrani )

    Maryam 37

    Berdasarkan dua dalil yang telah diutarakan, kalimah khilaf lebih merujuk

    kepada percanggahan pendapat antara satu kelompok yang sama. Manakala

    kalimah ikhtilaf pula membawa pengertian percanggahan pendapat antara

    dua atau lebih kelompok yang saling berbeza6.

    6 LihatUstaz Muhammad al-Rukay, Nazariyyah al-Taqid al-Feqhim.s 210-211, Dr. Muhammad al-

    Amin,Muraah al-Khilaf Fi al-Mazhab al-Maliki m.s 85-89.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    29/67

    29 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    3.0 SENARIO IKHTILAF DI KALANGAN MANUSIA

    3.1 Perbezaan pandangan yang terjadi sesama manusia dalam menguruskan urusandunia mereka. Manusia secara umum menghadapi masalah khilaf dalam memilih cara

    yang paling baik untuk urusan kehidupan mereka. Maka Allah S.W.T membekalkan

    buat mereka panduan wahyu untuk menyelesaikan urusan seharian mereka. Perkara ini

    sejajar dengan perkhabaran Allah S.W.T;

    "

    "...M anusia i tu adal ah umat yang satu, maka A ll ah S.W.T mengutus para Nabi, sebagai

    pemberi khabar beri t a gembi ra dan peri ngatan, dan Al l ah S.W.T menurunk an bersama

    mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan diantara menusia tentang

    persel i sihan merekaal-Baqarah 213

    3.2 Perbezaan pandangan yang terjadi di kalangan umat yang telah diberikan syariat

    melalui kitab-kitab yang telah diberikan. Pertembungan seperti ini berlaku di antara

    orang-orang yang beriman dengan orang-orang kafir. Perkara ini berpunca dari

    kedengkian orang-orang kafir terhadap kebenaran yang telah diutuskan. Inilah yang

    dikenali sebagai pertembungan antara kebenaran dan kebatilan.

    ..."

    "...

    Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan

    kepada mereka K it ab, iai t u set elah dat ang kepada mereka keterangan-k et erangan yang

    nya t a, kerana k edengki an sesama sendi rial-Baqarah 213

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    30/67

    30 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    3.3 Perbezaan pandangan yang tercetus antara orang-orang yang beriman. Mereka

    tidak bercanggah pendapat dan berbeza pendirian dalam menerima syariat yang

    terkandung di dalam al-Quran dan kebenaran syariat Rasulullah S.A.W. Sebaliknya

    mereka hanyalah berbeza pandangan dalam memahami nas-nas syara seterusnyamemberi kesan dalam pengistinbatan hukum.

    Mereka keseluruhannya beriman dengan syariat yang datang dari kitab, cuma

    pemahaman sahaja yang berbeza.

    "

    "

    M aka A ll ah S.W.T memberi pet unjuk orang-orang yang beri man k epada kebenaran

    tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya, dan Allah S.W.T

    memberi pet unj uk k epada sesiapa yang di kehendaki nya k ejalan yang lurusal-Baqarah

    213

    Sesungguhnya perbezaan pandangan yang berlaku antara mazhab dan

    kumpulan Islam pada perkara kefahaman cabang furu sahaja. Fenomena sedemikian

    pasti terjadi kerana ia tercetus dari ijtihad, kefahaman dan istinbat (disiplin dalam

    memahami hukum syara) para mujtahidin7.

    Perbezaan pendapat seumpama ini sama sekali jauh dari unsur kedengkian dan

    kekufuran. Ia adalah khilaf yang selari dengan kehendak syara, membawa rahmat

    kepada umat Islam dalam memahami seterusnya melaksanakan ibadat yang telah

    disyariatkan.

    7Sayyid Muhammad al-Syathiri, Wahdah al-Islamiyyah, m.s 14

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    31/67

    31 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    4.0 PEMBAHAGIAN KHILAF

    4.1 Khilaf Tanawwu: furu ( )8:

    Khilaf yang dibenarkan hanya berlegar di sekitar persoalan atau masalah yang

    mempunyai dalil yang zanni (). Dalil zanni adalah dalil yang tidak jelas maknanya

    dan mempunyai pelbagai maksud pemahaman di sisi ulama.

    1- Persoalan aqidah yang bersifat zanni( ). Iaitu perkara yang

    mempunyai kesamaran bagi ulama menerangkan maknanya. Ada perselisihan

    ulama tentang hakikat makna bagi nas tersebut.

    2- Persoalan feqh yang bersifat zanni ( ). Iaitu perkara yang

    mempunyai kesamaran dalam mengistinbatkan hukum feqh. Ini merangkumi

    perselisihan antara mazhab yang membawa aliranMadrasah al-Rayi,Madrasah al-

    Hadith, Madrasah al-Zahiriyah sehinggalah madrasah pertengahan atau

    sederhana9.

    8 Furuadalah perkara cabang. Apabila ada persoalan-persoalan yang timbul keliru dari perkara

    usul, maka itulah furu. Ulama mengumpamakan furu seperti rambut bagi kepala yang

    mewakili usul. Seperti ranting bagi batang pokok. Batang pokok yang lurus merupakan usulyang

    tidak boleh sama sekali diganggu. Sementara ranting, masih diberi peluang untuk berbeza

    percabangan sesama sendiri.

    9Dr Yusuf al-Qaradhawi, Kaifa Nataamalu maa Turath, m.s 144.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    32/67

    32 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    4.2 Khilaf Tudadh: usul10( ):

    Apabila menyebut khilaf yang tidak dibenarkan oleh syara, ia bersifat

    Qathiyyatul Dilalah ( ), bermaksud nas yang tetap. Tiada kesamaran mahupun

    pemahaman yang lain. Ulama bersepakat dalam hal ini, tiada percanggahan.

    Apabila ingkar atau menolak perkara ini dengan sengaja setelah diterangkan,

    boleh membatalkan ke Islaman kita11.Imam Syafii pernah ditanya oleh seseorang, jika

    terdapat dua pendapat ulama dahulu dan kini yang berbeza, apakah yang perlu

    dilakukan?

    Lalu Imam Syafii berkata;

    Ikhtilaf ada dua pembahagian, pertama haram. Iaitu perkara yang telah disepakati. Lelaki

    tersebut bertanya lagi, bagaimana ikhtilaf yang haram? Imam Syafii menjawab Ikhtilaf

    diharamkan adalah setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan kitabNya dan

    melalui lidah Baginda S.A.W Rasulullah S.A.W, ia berbentuk keterangan nas yang jelas, yang

    tiada kesamaran di sisi ulama dalam mengistinbatkan hukumnya. Haram ikhtilaf dalam perkara

    seperti ini12

    1- Persoalan aqidah yang qath i ( ): Iaitu perkara yang menjadi

    pegangan muslimin, tiada percanggahan padanya di sisi ulama. Contohnya

    Allah S.W.T itu maha Esa tidak berbilang. Maka di sini tiada kompromi

    dengan pemahaman lain. Jika ada yang mengatakan Allah S.W.T itu

    berbilang, maka terbatallah imannya. Begitu juga keimanan dengan hari

    10 Usul merupakan perkara pokok yang menjadi prinsip untuk dipertahankan. Ia tiada

    perselisihan pemahaman tentangnya.

    11Syeikh Muhammad Ubaidullah, al-Mujaz fi Usul al-Feqh, m.s 35

    12Imam Syafii, al-Risalah, m.s 259

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    33/67

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    34/67

    34 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Kefahaman yang ditunjukkan oleh Ibnu Umar sedemikian disebut sebagai

    kesedaran terhadap prioriti semasa. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan;

    Menjadi satu bentuk pengkhianatan terhadap umat pada hari ini dengan membawamereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furu feqh atau pinggiran

    aqidah.14

    Peringatan ini perlu dipandang serius oleh kita semua. Beliau menyifatkan

    amalan mengungkit perkara-perkara khilafiyyah () sebagai satu pengkhianatan

    kerana ia membabitkan masa depan umat.

    Persoalan yang timbul, mengapa perkarafurujuga yang dipilih untuk bertegang

    leher? Imam Abi Faraj al-Jauzi menegaskan bahawa antara bentuk mainan iblis adalah;

    Sibuk berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk memperbetulkan hukum serta istinbat

    syara yang halus antara mazhab-mazhab15

    Sepatutnya bagi seorang Islam yang cerdik, tidak perlu terpedaya dengan

    strategi iblis ini yang bertujuan melemahkan kesatuan umat Islam.

    Penulis amat bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Syeikh Mutawalli al-

    Syarawi yang membahaskan bidahyang paling besar buat masa kini.

    Sesungguhnya telah berkembang perkara yang amat buruk iaitu sekular. Pemikiran ini

    mengasingkan antara urusan agama dan dunia. Menjadikan hukum-hukum agama hanya

    berlegar di sekitar aqidah dan spiritual sahaja. Ideologi ini mengeluarkan nilai sosial, politik,

    14 i b id

    15 Talbis Iblis, m.s 114

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    35/67

    35 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    halal haram, perundangan dari pensyariatan umat. Ia juga melupuskan kewajiban berjihad dan

    dakwah dengan alasan bahawa agama adalah urusan peribadi. Ini adalah bidah yang paling

    besar buat masa ini. Menjadikan hukum untuk bangsa, bukan untuk Allah S.W.T16

    Inilah minda Ulama Rabbani yang mahir berbicara berpaksikan kefahaman

    terhadap prioriti semasa. Perlu diteladani cara beliau mengolah sesuatu isu. Sepatutnya

    bagi mereka yang betul-betul berani membahaskan berkenaan bidah, tentanglah habis-

    habisan ideologi sekular yang tiada khilaf akan kesesatannya.

    Perhatikanlah senario hari ini, kita dapati fahaman sekular telah meresapi ke

    dalam pemikiran umat Islam. Mengasingkan urusan dunia dengan akhirat. Tidak

    mempercayai kemampuan Islam dalam menyelesaikan masalah dunia.

    Dari sudut yang lain pula, jika ingin berbahas berkenaan aqidah, pilihlah topik

    aqidah yang jelas kesesatannya secara qathi. Usahlah dicanang perkara yang

    mempunyai khilaf kerana ia tidak akan berakhir.

    Antara syirik yang terbesar yang bersembunyi di kebanyakan manusia adalah

    mengambil selain Allah S.W.T sebagai penentu perundangan atau mengharap selain Allah

    S.W.T sebagai pemutus hukum. Dengan kata lainnya, sesetengah golongan memberikan

    kepercayaan kepada seseorang atau kumpulan akan hak pensyariatan secara mutlak ke atas

    mereka. Maka golongan-golongan inilah yang akan menghalalkan dan mengharamkan sesuatu

    mengikut kehendak mereka. Bahkan mereka menggubal undang-undang atau meletakkan

    prosedur dan ideologi dengan apa yang tidak diizinkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna

    perbuatan tersebut telah melawan perundangan Allah S.W.T17

    16Syeikh Mutawalli al-Syarawi, Itbau Wala Tabtadiu, m.s 28-29

    17Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Haqiqah al-Tauhid, m.s 46-47

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    36/67

    36 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Inilah penyelewengan besar dan jelas aqidah umat Islam yang diserap halus oleh

    penjajah. Tidak sepatutnya dibiarkan ia bermaharajalela, sebaliknya tentanglah habis-

    habisan kerana ia adalah perkara usulaqidah yang tiada khilaf akan kesesatannya.

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi turut membahaskan perkara tersebut di dalam tajuk

    wajar mengkafirkan mereka yang telah layak digelar kafir. Kenyataan ini ditujukan

    kepada pendukung-pendukung sekular yang berusaha memisahkan urusan

    pemerintahan dan agama18.

    Imam Baijuri telah menegaskan bahawa bagi aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

    adalah wajib bagi pemerintah agar menjalankan Syariat Islam, bukan dengan hukum

    yang hanya berpandukan akal sepertimana yang dipegang oleh sesetengah golongan

    Mutazilah. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W para sahabat mendahulukan urusan

    pengganti Rasulullah S.A.W sebagai ketua mereka. Hal ini terbukti dengan catitan

    Rasulullah S.A.W wafat pada hari Isnin, dan Baginda S.A.W dikebumikan pada hari

    Rabu19.

    Maka barangsiapa yang menolak Hukum Syari maka perbuatan itu seperti

    mendustakan perkara tersebut. Menolak dan mendustakan kedua-duanya adalah kufur paling

    besar yang membatalkan iman. Maksud menolak Hukum Syari adalah tidak menerima dan

    menegah dari pelaksanaannya yang merupakan suatu bentuk urusan agama menghambakan diri

    kepada Allah S.W.T20

    18 LihatDr. Yusuf al-Qaradhawi, Haqiqah al-Tauhid, m.s 46-47

    19 Lihatketerangan Imam Baijuri,Jauharah al-Tauhidm.s 325-326

    20Dr. Solah Sawi, al-Thawabit Wa al-Mutaghayyiratm.s 112

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    37/67

    37 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menerangkan fenomena pertembungan antara

    golongan yang zalim menolak Syariat Allah S.W.T dan golongan yang mendukung

    kewajiban tersebut.

    Apabila diseru supaya mengikut hukum yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T dan

    RasulNya, mereka mengabaikan seruan serta menghalang pengamalan tersebut. Malah golongan

    seperti ini melancarkan serangan yang paling dahsyat ke atas pendakwah yang menyeru supaya

    kembali kapada pensyariatan Allah S.W.T21.

    Walaupun kenyataan tersebut dianggap keras oleh sesetengah golongan yang

    jauh dengan Islam, tetapi itulah hakikat pemahaman aqidah yang sebenar. Masyarakat

    Islam pada zaman sekarang terlalu memandang sinis dan sangsi terhadap sesetengah

    perkara yang perlu diperbaiki pemahamannya. Apa yang telah berlaku membuktikan

    betapa jauhnya pemahaman mereka terhadap agama mereka sendiri.

    Terkadang kita hanya membahaskan perkara yang berbentuk teori falsafah

    sehinggakan melupakan praktikal. Maka jadilah kita orang yang hanya pandai beretorik

    tanpa menghiraukan masalah membarah di hadapan mata yang menyanggahi ilmu kita.

    Tujuan mempelajari ilmu aqidah adalah untuk mengenali serta membenarkan segala

    apa yang datang dari Allah S.W.T seterusnya menyeru umat sedunia agar berpegang

    dengan keyakinan tersebut. Namun kini apa yang berlaku kebanyakan dari ahli agama

    terlalu asyik berbahas, lupa di hadapan mata terdapat golongan yang menyanggahi

    matlamat tersebut.

    Masyarakat Islam kini banyak keciciran perkara-perkara usul yang menjadi

    prinsip Islam. Selaku orang yang diamanahkan ilmu, setiap pendakwah perlu bijak

    memilih serta menghidangkan kepada mereka penerangan jalan penyelesaian perkara

    21Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Zahirah al-Ghuluw Fi al-Takfirm.s 25

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    38/67

    38 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    usul. Hal ini demi memastikan masalah mereka terhadap agama dapat di atasi. Amat

    tidak bijak bagi mereka yang mendahulukan perkara furu sebagai topik utama yang

    akan menyebabkan masyarakat awam sakit perut berupa perpecahan serta salah

    faham terhadap prinsip Islam.

    6.0 ANTARA MADU DAN ADUW

    Persepsi dan pemahaman yang jelas terhadap pengertian madudan aduw juga

    mempengaruhi kelangsungan kesatuan umat Islam dalam menghadapi permasalahan

    khilaf. Madu ( ) bermaksud orang yang diseru dengan panggilan dakwah.

    Golongan seperti ini perlu dipandang dengan pandangan kasih sayang, toleran serta

    bijaksana agar tanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka berjaya. Allah

    S.W.T telah berfirman;

    Serul ah manusia k epada jal an Tuhanmu dengan hi kmah dan pelaj aran y ang bai kal-

    Nahl 125

    Kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa hikmah yang dimaksudkan di

    dalam ayat ini adalah dakwah dengan dalil atau hujah22 yang mampu menundukkan

    kejahilan serta merungkai kekeliruan orang. Bijaksana menggunakan sebarang

    pendekatan yang dikira efektif. Ini adalah satu bentuk usaha kita selaku pendakwah

    22 Lihatpenerangan tersebut di dalam kitab-kitab tafsir, antaranya Tafsir Jami- al-Bayankarangan

    Imam Thabari jilid 6 m.s 5072, Tafsir Ibnu Kathirjilid 4 m.s 349, Tafsir Abi al-Suudjilid 4 m.s 104,

    Tafsir Mafatih al-Ghaibkarangan Imam Fakhrurrazi jilid 7 m.s 116

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    39/67

    39 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    untuk menjiwai hati mereka agar dengan pendekatan tersebut dapat membuatkan

    mereka menerima dakwah kita dengan rela hati.

    Aduw ( ) pula bermaksud musuh. Pendirian Islam terhadap musuh adalah

    jelas. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menerangkan layanan yang sepatutnya diberikan

    kepada mereka yang digelar aduw;

    ..

    D an siapkanl ah unt uk menghadapi mereka k ekuat an apa sahaja semampu k amu dan

    dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, (dengan persiapan itu) kamu

    menggent ark an musuh Al l ah S.W.Tal-Anfal 60

    M aka barangsi apa menyerang kamu, maka seranglah mereka set impal dengan

    t indak an mereka ke at as kamual-Baqarah 194

    Di dalam ayat yang telah disebutkan, Allah S.W.T memberi penjelasan

    berkenaan pendirian kita terhadap musuh-musuh Islam. Menggentar serta melawan

    mereka dengan segala kemampuan yang ada dengan bentuk serangan yang setimpal.

    7.0 KELIRU ANTARA MASALAH DAN QADHIYYAH

    Usah jadikan sesuatu masalah () sebagai qadhiyyah (). Dua perkara ini

    mempunyai perspektif yang sangat berbeza.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    40/67

    40 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Masalah bermakna perkara-perkara yang telah selesai diperbahaskan serta

    disimpulkan oleh para ulama mujtahidin terdahulu.

    Manakala qadiyyah bermakna isu-isu kemusykilan terbaru yang belumdiperbincangkan secara lumat oleh para mujtahidin sehingga kini. Maka ia perlu

    diperbahaskan bagi memperolehi kesimpulan jawapan yang jelas.

    Kadang-kadang berlaku kekeliruan terhadap agamawan apabila ghairah

    menimbulkan isu sehingga berlaku perdebatan semata-mata dalam perkara yang

    berstatus masalah. Walhal perkara tersebut telah disimpulkan oleh para ulama

    mujtahidin di masa lalu.

    8.0 ELEMEN MANUSIA

    Masyarakat bergelumang dengan pelbagai unsur. Mereka tidak hanya

    mengharapkan pengamalan yang bertepatan dengan hukum, bahkan mereka

    mengharapkan kesejahteraan dalam aspek-aspek yang lain.

    Sesungguhnya Rasulullah S.A.W sebagai rasul terakhir telah menerangkan sebab

    dan matlamat perutusannya dengan sabda;

    Sesungguhnya ak u di utuskan unt uk menyempurnakan kebaik an akhl ak23

    23Musnad Ahmad hadith no 8932, Mustadrak al-Hakim.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    41/67

    41 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Rasulullah S.A.W tidak diutuskan hanya untuk mengkhabarkan perihal hukum-

    hakam secara mentah, malah peranan Baginda S.A.W lebih dari itu. Mengelokkan

    kualiti kehidupan agar tunduk dengan hukum. Pada masa yang sama mencari

    kesempatan yang ada untuk memperbaiki dan mencantikkan gaya kehidupan manusiasejagat. Inisiatif tersebut demi memastikan kualiti hidup manusia sentiasa meningkat.

    Dari yang haram kepada yang halal. Dari yang halal kepada yang lebih baik. Dari yang

    lebih baik kepada yang terbaik. Peranan murni ini tidak terhenti setelah kewafatan

    Baginda S.A.W, malah ia tetap diteruskan oleh para ulama pemikir Islam yang

    memikul amanah warisan.

    9.0 ISLAM MEMBENTUK MASYARAKAT

    Tidak wajar apabila disoal tentang sesuatu perkara, hanya menjawab

    berdasarkan hukum semata-mata tanpa timbangan tiga unsur penting di dalam

    kehidupan iaitu moral, sosial dan politik.

    Hakikat ini perlu diakui memandangkan Islam adalah agama yang sangat

    menitik beratkan kebahagiaan dan kesejahteraan umatnya. Untung rugi ketiga-tiga

    unsur tersebut perlu diletakkan di tempat kedua selepas meneliti sesuatu perkara

    berdasarkan neraca hukum. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, apabila diajukan

    sebarang soalan atau berhadapan dengan sesuatu situasi, kita perlu memantau dua

    tapisan berikut:

    Menimbang perkara tersebut dengan neraca hukum. Jika perkara tersebut jelas

    hukumnya adalah haram, itu sudah nyata dan tiada pilihan lain melainkan

    menegah dengan kemampuan kita. Namun apabila perkara tersebut melepasi

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    42/67

    42 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    timbangan hukum, dengan kata lain ia adalah halal, maka kita perlu

    menimbang dengan timbangan seterusnya.

    Apabila mendapati perkara tersebut halal hukumnya, perlu diteruskan kajiandengan melihat tambah tolak dari unsur moral, sosial dan politik. Bukan

    semua perkara yang halal wajar diamalkan, malah di sana terdapat timbangan-

    timbangan lain yang meneliti aspek kesejahteraan umat secara amnya.

    Tidak hairanlah antara syarat bagi seorang mujtahid, perlu mengetahui keadaan

    sekeliling dan suasana semasa. Kenyataan ini bermaksud, seorang mujtahid perlu

    memahami serta mengkaji keadaan semasa agar ijtihadnya selari dengan kesempurnaan

    maqasid syaraserta kehendak masyarakat.

    Pemerhatian tersebut termasuklah dari unsur politik, ekonomi dan sosial24serta

    sebarang unsur-unsur lain yang mempengaruhi keadaan semasa. Pemerhatian tersebut

    menjamin terbitnya ijtihad yang memberi kemudahan serta toleransi. Sememangnya

    itulah konsep keistimewaan ijtihaddi dalam Islam.

    Penekanan ini tidak terhad kepada mujtahid sahaja, malah perlu diamati oleh

    sesiapa sahaja yang menjadi tempat rujukan agama di sisi masyarakat, tidak kira ustaz,

    tuan guru dan sebagainya. Kesedaran tersebut mampu memberi jawapan dan tindakan

    yang selari dengan kehendak serta maslahatmasyarakat umum.

    9.1 Penjelasan

    )) ((

    24Ahmad Muhammad Umar al-Ansari, Athar Ikhtilaf al-Fuqaha Fi al-Syariahm.s 63- Diambil dari

    kata Imam Syathibi di dalam al-Muwafaqat.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    43/67

    43 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Meninggalkan perluasan praktikal dalam perkara harus25

    Kadang-kadang sesetengah orang meninggalkan sesuatu perkara yang secara zahirnya ia adalah

    harus bagi selain mereka. Apabila difikirkan bakal menimbulkan masalah dan kesamaran,walaupun ia tetap halal, maka perkara tersebut tetap dituntut untuk ditinggalkan tanpa khilaf26

    Kaedah ini dilaksanakan untuk mendidik manusia. Menjauhkan mereka dari

    bersangka-sangka dan bermudah-mudah dalam maqasid taklif.27

    Hakikatnya masyarakat bukan sekadar mengharapkan jawapan berdasarkan

    status hukum sahaja, malah mereka mengharapkan jawapan yang paling relevan dan

    anjuran yang paling ideal di dalam kehidupan mereka. Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi

    telah menegaskan;

    ::

    . :

    Seorang mufti atau hakim tidak akan mampu mengeluarkan fatwa atau hukum

    melai nk an dengan dua jeni s kefahaman. Pert ama: Kefahaman t erhadap suasana dan

    intipati feqh yang ada padanya. Dan mengistinbat dengan ilmu yang sebenar

    25Dr. Muhammad Umar SimaI, Nazariyyah al-Ihtiyath al-Feqhim.s 168

    26Imam Syathibi, al-Muwafaqatm.s 69

    27 Op.cit

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    44/67

    44 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    berdasarkan qari nah-qarinah, tanda-t anda sert a al amat yang t el ah t erj adi. Prosedur

    ini berj alan berdasarkan pantauan il mu. Kedua: Iai t u sat u perkar a yang w aji b apabil a

    berhadapan dengan suasana, memahami hukum A ll ah y ang tel ah t ermak tub di dalam

    Ki t abNy a at aupun dengan l i san Rasulul lah S.A.W pada suasana t ersebut 28

    Golongan yang diamanahkan ilmu bertanggungjawab terhadap hajat

    masyarakat. Meningkatkan kualiti hidup mereka, di samping mengelakkan sebarang

    anasir buruk yang mendatang dalam kehidupan mereka. Usah terlalu rigit dengan

    jawapan hukum semata-mata, kerana di sana ada timbangan kedua yang telah

    diperuntukkan oleh Islam.

    9.2 Teliti Kelayakan Pendengar

    Menjadi satu kekeliruan bagi sesetengah golongan yang kurang bijak meneliti

    kelayakan pendengar. Bukan semua ilmu perlu disampaikan kepada masyarakat

    umum. Setiap ilmu mempunyai tahap-tahap tertentu untuk difahami dengan betul.

    Allah S.W.T telah berfirman;

    ...

    Beri kanl ah peri ngat an seki ranya peri ngatan t ersebut mendat angkan manfaat Surah

    al-Ala 9

    Imam Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya menyatakan bahawa kewajaran terhadap

    suatu peringatan atau penyampaian ilmu bergantung kepada manfaat yang bakal

    diperolehi29.

    28Imam Ibnu Qayyim, Ilam al-Muwaqqiinjilid 1 m.s 70

    29Imam Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, jilid 8 m.s 239

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    45/67

    45 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Al-Qadhi Abu Suud pula menegaskan apabila terus menyampaikan sesuatu

    kepada mereka yang belum layak menerimanya, akan menimbulkan implikasi buruk.

    Perbuatan tersebut hanya akan menambahkan kekufuran dan kedegilan di kalanganmereka. Justeru, Rasulullah S.A.W telah memerintahkan agar membuat tapisan yang

    teliti terhadap kemampuan pendengar agar penyampaian yang bakal diberikan dapat

    dimanfaatkan oleh mereka. Usaha ini bagi memastikan pendengar tidak keliru dan lari

    dari dakwah yang disampaikan30.

    Bagi orang awam, jangan didedahkan dengan perkara yang tidak sampai ke

    tahap kemampuan akal mereka. Saidina Ali telah berpesan;

    Hendaklah kamu bercakap kepada manusia dengan barang yang mereka faham.

    Apak ah kamu suka apabil a Al l ah S.W.T dan RasulN ya di dustak an orang?31

    Ibnu Abbas juga meriwayatkan pesanan supaya berjaga-jaga memberikan ilmu

    agar ia tidak menjadi fitnah kelak;

    Ti ada engkau berkat a-k ata di hadapan satu kaum dengan i lmu yang belum dapat

    difahami oleh mereka, kecuali perkara itu akan menjadi fitnah bagi sebahagian

    mereka32

    30Imam Abi Suud, Tafsir Abi Suud, jilid 6 m.s 415

    31 Sahih Bukhari, permulaan Bab Pengkhususan ilmu bagi sesetengah golongan, bukan bagi

    golongan selebihnya kerana bimbang mereka tidak memahaminya

    32Kanzul Ummal hadith 29011

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    46/67

    46 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Janganlah disalah-ertikan peringatan ini. Ia bukanlah seruan untuk

    menyembunyikan ilmu, jauh sekali mengajar umat supaya beku pemikiran. Sebaliknya

    peringatan tersebut demi menjaga keharmonian dan disiplin ilmu Islam. Imam Syathibi

    turut menegaskan;

    , : .

    .

    Bukanlah set iap perkara yang diket ahui di tuntut agar di sebarkan w alaupun i a dari

    il mu syara y ang memberi info hukum. Dari it u, dibahagik an: Ada yang dit untut agar

    disebarkan i ait u i lmu syara yang dianggap biasa. Dan ada yang t idak dit untut untuk

    disebarkan secara t otal atau k erana berdasarkan keadaan, w akt u atau i ndi vi du

    t ert ent u. Jik a i lmu sedemi ki an di sebarkan k epada kumpul an yang masih bel um l ayak

    menerimanya, past i akan memberi impak berupa fi t nah sepert i mana yang t elah

    dit erangkan. Penyebaran i lmu sepert i i ni dil arang sama-sekal i33

    Kehinaan orang yang menyampaikan ilmu pada bukan ahlinya telah ditegaskan

    oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya;

    " , "!33Imam Syathibi, al-Muwafaqatm.s 834

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    47/67

    47 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Jangan mel et akk an permat a pada khi nzir , sesungguhnya i lmu l ebih mul ia dari batu

    permat a, barangsiapa yang ti dak menunaik an haknya (dengan memberi kan il mu bukan

    pada ahliny a), maka dia l ebih keji dari k hinzi r!34

    Imam Ibnu Aqil dengan tegas mengingatkan bahawa haram bagi seorang yang

    mempunyai ilmu menyampaikan ilmu yang tinggi terhadap mereka yang lemah. Ilmu

    yang tinggi tidak akan mampu ditanggung atau difahami oleh orang awam melainkan

    ia hanya akan merosakkan mereka35.

    Barangkali jika dihidangkan perbahasan rumit tersebut, mereka akan memahami

    dengan tanggapan yang silap.36

    10.0 JAUHI KONTROVERSI

    Satu perkara yang perlu diamati, iaitu menjauhkan diri daripada permasalahan yang

    akan menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat Islam. Pendirian ini sangat berkait

    rapat dengan konsep;

    )) ((

    M enghindarkan diri dari k hil af adalah sunat

    34Imam Mawardi,Adab al-Dunia Wa al-Dinm.s 79

    35 LihatImam Ibnu Muflih, al-Adab al-Syariyyahjilid 2 m.s 108

    36Abdul Rahman Zaidiy, al-Ijtihad Bitahqiq al-Manath Wa Sulthanihim.s 373

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    48/67

    48 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Dialah yang menurunkan al-Kitab kepadamu. Di antara isinya adalah ayat-ayat

    muhkamat. Itulah ibu kepada al-Kitab dan yang lain adalah mutasyabihat. Maka

    adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka

    mengikuti apa yang mengelirukan untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari

    tawilnya. Sedangkan tiada siapa yang tahu tawilnya melainkan Allah. Dan golongan

    yang mendalam ilmunya berkata Kami beriman dengan segala apa yang telah

    diturunkan oleh Tuhan kami. Dan ia tidak dapat dijadikan pengajaran melainkan

    golongan-golongan ulul-albab Ali Imran 7

    Menjadi satu penyakit umat apabila gemar menimbulkan perkara-perkara

    kontroversi yang boleh jadi sebagai batu loncatan untuk menarik perhatian. Allah S.W.T

    telah mengingatkan kita agar tidak ghairah menumpukan soal cabang dan kontroversi.

    Antara modus operandi musuh adalah dengan menyibukkan umat Islam

    tentang perkara-perkara cabang supaya tenggelam dalam konflik mazhab. Akhirnya

    membuka ruang yang selesa kepada musuh untuk menjajah negara dan minda umat

    Islam yang sedang leka bermain isu-isu picisan.

    11.0 PENUTUP

    Semoga dengan penerangan ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan

    berkenaan Feqh al-Ikhtilaf. Sejajar dengan itu adalah diharapkan kita dapat fokus

    terhadap isu-isu besar umat dan tidak terperangkap dengan jerangkap musuh yang

    cuba mengeksploit isu-isu berorientasikan masalah-masalah cabang.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    49/67

    49 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Feqhu Waqi

    Perkara Asas dalam memahami

    Pelaksanaan ADDIN dalam konteks

    waktu semasa dan tempat.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    50/67

    50 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Feqhu Waqi : Perkara Asas dalam memahami Pelaksanaan

    ADDIN dalam konteks waktu semasa dan Tempat.

    1.0 Muqaddimah

    Fiqh Al Waqi disebut sebut sebagai satu ilmu Islam yang diperlukan dalam suasana

    semasa untuk mengeluarkan istinbat Hukum atau panduan Dinniyyah (agama) yang

    bertepatan dengan suasana semasa dan tempat. Maka, mereka yang terlibat dalamlapangan agama terutamanya yang terlibat secara langsung dalam Siyasah Syariiah

    perlu melengkapkan diri masing masing dengan fiqh Al Waqi.Namun di sebalik

    perkembangan ISLAM dan suasana semasa, apakah Fiqh Al Waqi ini difahami dalam

    keadaan yang sebenar-benarnya dan sebetul-betulnya?

    2.0 Fiqh ().

    Sebelum pergi lebih jauh terhadap Istilah Fiqh Al Waqi, perlu kita memahami apa

    sebenarnya asas kepada memahami FIQH itu sendiri. Setiap Kitab yang membicarakan

    Fiqh dalam ISLAM, tidak terlepas membahas makna FIQH dari sudut bahasa dan

    istilahnya. Secara asas bahasa, makna Fiqh adalah faham. Manakala secara istilahnya,

    Satu kefahaman yang dibentuk setelah memahami dalil dalil dan Nas yang menjadi

    sumber ISLAM itu sendiri. Maka apabila perkataan Feqh digabung kepada Fiqh Al

    Waqi, secara langsung kita perlu faham bahawa realiti masa dan tempat yang kita

    berinteraksi semestinya perlu diikat dengan Nas dan Dalil yang menjadi sumber ISLAM

    iaitu Quran dan hadis.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    51/67

    51 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    3.0 Pra Syarat Dalam Memahami Fiqh Al Waqi

    Perkara paling penting dalam memahami Fiqh Al Waqi ialah memahami

    kesempurnaan ISLAM itu sendiri yang sudah disempurnakan Oleh ALLAH sejaklengkapnya wahyu Al Quran kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Fiqh yang

    kita kenal hari ini tidak disebut di awal ISLAM. Namun perlu difahami bahawa dengan

    sumber-sumber ISLAM yang sempurna inilah, generasi terdahulu yang terdiri daripada

    para sahabat, tabiin dan Ulama bertindak dengan betul mengikut keadaan zaman

    mereka.

    Para sahabat dan generasi terdahulu ISLAM memahami seluruh Quran dan isinya

    dengan sempurna, lantas mereka laksanakan ISLAM dengan sempurna. Apabila tiba

    zaman kemudian, generasi terkemudian yang jauh dari zaman generasi Al Quran Awal,

    kefahaman menyeluruh itu tidak dapat ditangkap akal kerana tidak merasai suasana

    wahyu dan Nubuwwah itu dengan sendiri. Generasi terkemudian bergantung penuh

    kepada periwayatan yang sampai kepadanya. Maka daripada perbezaan masa inilah,

    timbulnya ilmu feqah bagi mengganti suasana yang tidak dirasai oleh zaman sahabat

    dan tabiin terdahulu. Timbulnya Fiqh mutaakhir ini untuk menampung kekurangan

    kefahaman generasi terkemudian dalam meniti kehidupan bersyariat.

    4.0 Petanda ISLAM sudah Memenuhi Waqi.

    Banyak sekali Nas dan petunjuk hadis yang menunjukkan keperluan memahami

    suasana semasa, tempat dan masyarakat. Antaranya kita boleh lihat keterangan ALLAH

    dalam membicarakan kesesatan,

    Mafhum: Yang demikian itu kami jelaskan tanda tanda persekitaran satu persatu supaya jelas

    jalan orang orang yang berdosa. Surah Al Anam 55

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    52/67

    52 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Mafhum: Serukanlah kepada Jalan Tuhanmu dengan hikmah(ilmu) dan Peringatan yang baik

    dan bercakaplah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. ( An Nahl 125)

    Dari riwayat Bukhari yang disebut oleh saidina Ali,

    " "

    Mafhum: Beritahulah manusia dengan apa yang kamu ketahui, Adakah Kamu Suka untuk kamu

    mendustai ALLAH dan Rasulnya?

    Dalam atsar yang cukup terkenal disebut,

    Mafhum: Bercakaplah dengan manusia atas kadar aqal mereka.

    5.0 Sumber Sumber Dalam Memahami Fiqh Al Waqi.

    Apabila setiap pejuang ISLAM yang mahu berjuang dan memahami waqi, adalah

    sangat perlu memahami daripada sumber Fiqh Al Waqi diambil. Maka untuk itu, di

    sini diringkaskan sumber sumber yang perlu dihadam dalam memahami realiti semasa

    dalam mengaplikasi fiqh Al Waqi.

    1. Al Quran.

    2. Sunnah.

    3. Sirah Nabi Dan Para Sahabat Salafus Soleh.

    4. Kitab Aqidah

    5. Kajian Sejarah dan Fiqh hadis

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    53/67

    53 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    6. Sumber dari Kitab Siyasah Syariah

    7. Sumber Pemberitaan tentang realiti semasa.

    Memahami sumber Quran adalah penting kerana Quran yang disampaikan

    kepada Nabi Muhammad SAW mengikut realiti dan masa yang ditempuh olehNabi SAW. Cabaran yang dihadapi oleh Nabi dan Sahabat banyak direkod oleh

    Al Quran melalui ilmu ilmu yang berkait dengan Quran. Memahami Dakwah

    Nabi tatkala Jemaah ISLAM lemah boleh dilihat kepada panduan di Mekah.

    Memahami Dakwah dan Jihad ketika Umat ISLAM mendirikan Madinah. Nabi

    dan para sahabat juga menghadapi ancaman dalaman dan luaran seperti yang

    disebut al Quran berkenaan yahudi, munafik dan musyrikin.

    Sunnah dan hadis pula menjadi pelengkap kepada memahami Quran melalui

    tambahan riwayat bagi memahami realiti dakwah dan perjuangan Nabi

    Muhammad SAW. Kehidupan Sahabat yang berbagai bagai dan terdiri dari

    banyak kabilah dan kaum menjadi realiti kehidupan perjuangan Nabi dan para

    sahabat.

    Dengan mengenali Sirah sahabat dan Salafus Soleh kita dapat melihat

    bagaimana interaksi generasi terdahulu berhadapan dengan cabara masa dan

    tempat berlakunya perjuangan mereka. Maka daripada situ kita mampu belajar

    mengambil ibrah dan pengajian daripada mereka yang lebih dahulu beramal

    dengan Islam. Dengan Sejarah terdahulu juga, kita dapat menimbang nimbang

    pilihan yang ada untuk dijadikan tauladan untuk kita di zaman mutaakhir ini.

    Tidak ketinggalan dalam suasana semasa, kita mesti merujuk kepada kitab kita

    Aqidah semasa yang membentangkan cabaran semasa seperti perang pemikiran

    dan ideologi. Kegagalan memahami cabaran semasa juga, menyebabkan

    tindakan pada waktu semasa tidak tepat. Maka di sinilah, Kitab-kitab Aqidah

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    54/67

    54 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    dan Siyasah Syariiah yang datang terkemudian perlu difahami dan dipelajari

    untuk memenuhi kefahaman kepada realiti semasa.

    Akhir sekali, tidak dapat tidak, hal ehwal semasa perlu diketahui sebagai subjeksemasa yang perlu dibandingkan dengan sumber sumber panduan yang ada.

    Cuma dalam perkembangan pemberitaan semasa inilah, kaedah mengkaji,

    tabayyun dan mengesahkan perlu dilakukan dengan teliti supaya kesimpulan

    yang dibuat tidak menyimpang dari kebenaran.

    6.0 Kewaspadaan dalam berinteraksi Dengan Fiqh Al Waqi

    Seterusnya dalam berinteraksi dengan realiti semasa, kita perlu mengakui

    kelemahan yang ada kepada akal dan capaian manusia sebagai mahkluk

    ALLAH yang lemah. Dalam mengkaji realiti dan menyusun strategi semasa bagi

    berhadapan dengan keadaan semasa. Manusia tidak luput dari melakukan

    kesalahan. Maka dalam keadaan begini perlu ada sikap berhati hati dalam

    bermuamalat dengan fiqh Al Waqi. Untuk mengelak itu terjadi perlu mengikut

    beberapa langkah yang disaran oleh kebanyakan ulama,

    1. Beriltizam dengan usul Syariat yang berhubung dengan pemikiran

    pemikiran yang meletakkan cabaran cabaran masa dan rancangan rancangan

    yang berbentuk unjuran masa hadapan.

    2. Mendapatkan Keyakinan atau berita yang benar apabila mengulas sesuatu

    perkara supaya tidak berlaku ketidak seimbangan dalam penelitian.

    3. Mengadili sumber sumber maklumat dan membanding bandingkan sumber

    sumber yang ada berdasarkan syariat dan disiplin Islam yang sempurna.

    4. Bertindak dengan sebaik baik akhlak dan menjauhi dari pandangan

    pandangan buruk yang tidak bersandarkan kepada disiplin Islam.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    55/67

    55 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    5. Tidak menyandarkan kemestian kepada apa yang akan berlaku di masa

    hadapan dan bersedia untuk menerima perubahan dalam realiti semasa.

    6. Berwaspada daripada takjub dengan pendapat pendapat kufur dan Pemutar

    belit yang datang dari Barat dan anak-anak murid Barat.

    7.0 ISU Semasa: Fiqh Al Waqi Vs Fiqh Tawaqqu

    Berhadapan dengan perkembangan semasa, terdapat pula kesengajaan seseorang

    mempopularkan sesuatu istilah baru yang cuba disamakan dengan fiqh Al Waqi.

    Walaupun ada sebilangan membincangkan isu ini, saya memilih untuk kita tidak

    memilih menambah kekeliruan dengan banjir istilah yang akhirnya sebahagian kita

    bermudah-mudah dengan asas agama yang lain. Fiqh Tawaqqu ialah fiqh yang

    membincangkan kesan dan faktor yang boleh mempengaruhi apa yang akan terjadi

    pada masa hadapan. Ia ada disebut asasnya oleh Imam As Syatibi dengan

    mengetengahkan Maalat Afaal ( kesan perbuatan) yang dijangka untuk meramal

    tindakan pada masa hadapan.Namun, membicarakan masa hadapan yang ghaib yang

    hanya diketahui oleh Allah adalah perkara yang sangat jauh dari realiti yang ada.

    Dalam ISLAM yang mudah ini, perlu difahami bahawa tujuan kita mengenal sesuatu

    adalah untuk lebih dekat kepada ALLAH. Bukan mengenal sesuatu sehingga

    menambah keliru kepada aplikasi syariat dalam kehidupan seharian. Fenomena yang

    mendekatkan kepada kekeliruan faham hanya akan menambahkan sebab untuk

    sebahagian lain bermudah mudah dengan agama dan mereka akan mengolah

    kefahaman mengikut hawa nafsu sendiri tanpa merujuk kepada asas yang utama iaitu

    Quran dan Sunnah.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    56/67

    56 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    FEQH TRANSFORMASI

    Catatan & Olahan

    Mohd Adlan Mokhtaruddin

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    57/67

    57 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    FEQH TRANSFORMASI

    -Feqhut Taghyir-

    Catatan & Olahan

    Mohd Adlan Mokhtaruddin

    1.0 PENDAHULUAN

    Di antara ciri-ciri keistimewaan manhaj Islam, ia bersifat mengubah ( .) Islam

    menolak penempelan dan penerapan nilai-nilai islam tanpa meleksanakan Syariat dan

    hukum Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri mengambil pendekatan taghyir di dalam

    menghadapi jahiliah sehinggan turunnya Surah All-Kaafirun.

    Gerakan Islam seantero Dunia bersetuju bahawa untuk mengislah umat dan

    masyarakat suatu transformasi mesti dibuat. Termasuklah Parti Islam Semalaysia PAS

    juga tidak dapat lari daripada membuat perubahan. Sejak 1948, PAS yang bermula

    dengan Hizbul Muslimin kemudian diubah kepada Parti Islam Semalaya/Semalaysia

    pada tahun 1951 turut melalui beberapa fasa perubahan.

    Perubahan yang berlaku dalam PAS sekaligus menjadi kayu ukur pemikiran

    masyarakat kerana kematangan yang ada pada PAS memimpin perubahan. Untuk

    melakukan sesuatu perubahan mestilah berasaskan kepada satu asas yang ampuh

    supaya ia bukan bersifat sementara apatah lagi perubahan yang tidak berpijak dibumi

    nyata. Sebab itulah PAS membuat perubahan dengan mempertahankan temakepimpinan Ulamak bukan semata Dewan biasa bahkan diterajui oleh Majlis Syura

    Ulama` sebagai Pengawal dan pentafsir dasar PAS.

    Golongan Ulama merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat

    menentang penjajah. Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    58/67

    58 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    mengembangkan PAS di seluruh tanah air. Kekentalan Pas dengan doktrin agama dan politik

    yang tidak boleh dipisahkan telah mempengaruhi dan meresapi kuat ke dalam pemikiran parti

    Islam melalui wadah politik. (Zulkifli Muhammad, 1954: 13)

    2.0 MENGAPAKAH PERUBAHAN ISLAM ?

    Perubahan Islam adalah suatu perkara yang menjadi tuntutan yang difardukan

    oleh syara ( )dan menjadi keperluan penting kepada manusia ) ( .

    Perubahan Islam merupakan kefardhuan syara ( ) kerana berlakunya

    penangguhan hakimiyyahAllah SWT di muka bumi ini disebabkan oleh sistem-sistem dan

    perundangan wadhaiyyah ( yang dicipta manusia ) menguasai masyarakat manusia.

    Keadaan ini menuntut seseorang muslim untuk melakukan perubahan berdasarkan firman

    Allah SWT :

    Maksudnya Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman

    sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di

    antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari

    apa yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan

    sepenuhnya. Surah An-Nisa ayat 65

    Di dalam melakukan perubahan terhadap sifat-sifat jahiliah ini, seseorang muslim dituntut

    berinteraksi dengan beberapa asas :

    Hendaklah melihat sistem jahiliah ini adalah sistem yang memerangi dan

    memusuhi Islam

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    59/67

    59 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    Sistem jahiliah ini menolak tentang syariat Allah SWT

    Tidak memberi wala kepada sistem jahiliah itu

    Oleh kerana itu menjadi suatu kewajipan bagi menjatuhkan sistem jahiliah.Perkara ini jelas apabila kita mengkaji tulisan para ulama mutakhir ini. Perubahan Islam

    menjadi keperluan penting kepada manusia ) ( dalam beberapa perkara :

    Antaranya untuk menyelamatkan manusia daripada putus asa dan kehancuran

    yang ditinggalkan oleh hadharah barat dan waqi serta situasi yang melanda umat Islam

    seluruh dunia menjadikan perubahan Islam adalah perubahan ppenting kepada umat

    Islam masa kini.

    Al Ustaz As Syahid mengkategorikan marhalah taghyirkepada empat yang dapat

    disimpulkan dengan empat perkataan :

    ( )

    Dakwah, Ujian, Sabar & Kemenangan

    Firman Allah ta`ala :

    11. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa

    yang ada pada diri mereka sendiri.

    Ayat ini dijadikan sandaran kukuh mendokong usaha membuat perubahan oleh

    kebanyakan Gerakan Islam dan Tokoh Tajdid pada kurun ini. Termasuklah Syeikh

    Rashid Redha, Syeikh Hasan Al Banna, Syeikh Abdul Hamid Badiis di Algeria (Jazair),

    Syeikh Badiuzzaman An Nursi di Turki dan Syeikh Abu A`la Al Maududi di India. Ben

    Badiis menjadikan ayat ini sebagai syiar bagi Persatuan Ulamak Algeria begitu juga

    menjadi syiar Multaqa-multaqa Fikri Islami yang dibuat selepas Algeria beroleh

    kemerdekaan mereka.

  • 7/24/2019 Seminar Feqh 7 - Jilid 1- Cetakan D. SYakir

    60/67

    60 Seminar Feqh 7, 07 Mac 2015, KUIZM

    3.0 TRANSFORMASI ZAMAN NABI SAW

    3.1 M