topik 8 adab menuntut ilmu.pdf

22
  PENGENALAN  Struktur pembentukan kandungan dalam komponen Adab dan Akhlak Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berteraskan empat aspek hubungan iaitu hubungan dengan: (a) Diri sendiri; (b) Individu lain; (c ) Al am se ki ta r dan negara ; dan (d) Ra sul dan Pencipta. Daripada teras ini, maka sebanyak enam bidang pembelajaran telah digariskan iaitu: (a) Adab dala m kehi dupan sehari an; (b) Adab dala m kehidupan bersosial; (c ) Ad ab dal am menunai ka n ibad ah; (d) Adab t er hada p ibu ba pa dan kel uarga; T T o o p p i i k k  8 8   Adab Menuntut Ilmu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan tuntutan menuntut ilmu dalam Islam; 2. Menerangkan kelebihan orang yang menuntut ilmu; 3. Mengenal pasti adab menuntut ilmu; 4. Menghuraikan adab dengan guru; 5. Mencadangkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk topik adab menuntut ilmu.

Upload: zaradi-lestari

Post on 12-Apr-2018

351 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 1/22

 

PENGENALAN 

Struktur pembentukan kandungan dalam komponen Adab dan Akhlak IslamKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berteraskan empat aspekhubungan iaitu hubungan dengan:

(a) Diri sendiri;

(b) Individu lain;

(c) Alam sekitar dan negara; dan

(d) Rasul dan Pencipta.

Daripada teras ini, maka sebanyak enam bidang pembelajaran telah digariskaniaitu:

(a) Adab dalam kehidupan seharian;

(b) Adab dalam kehidupan bersosial;

(c) Adab dalam menunaikan ibadah;

(d) Adab terhadap ibu bapa dan keluarga;

TTooppiik k  

88 

Adab MenuntutIlmu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan tuntutan menuntut ilmu dalam Islam;2. Menerangkan kelebihan orang yang menuntut ilmu;

3. Mengenal pasti adab menuntut ilmu;

4. Menghuraikan adab dengan guru;

5. Mencadangkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaranuntuk topik adab menuntut ilmu.

Page 2: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 2/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   157

(e) Adab menuntut ilmu; dan

(f) Adab terhadap Allah dan Rasul.

Topik ini akan mengulas berkenaan adab dalam kehidupan bersosial fokuskepada adab menuntut ilmu. 

TUNTUTAN MENUNTUT ILMU 

Ilmu merupakan simbol kemajuan dan kejayaan suatu bangsa. Kebiasaannyasesuatu bangsa menjadi maju apabila menyanjung tinggi terhadap ilmu.

Islam adalah agama yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Wahyupertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah seruan untukmembaca. Ia adalah proses awal untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Islamadalah agama yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan.

Al-Quran menyatakan kemuliaan dan darjat yang tinggi bagi orang yang berilmu:

                                                                                      

                                                                  

                                                                  

Maksudnya:

„Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberilapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlahseboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untukkamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supayaAllah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orangyang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu)

 beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannyatentang apa yang kamu lakukan.‰

(Surah al-Mujadalah, 58: 11)

8.1

Page 3: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 3/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU158

Al-Hasan berkata, ‰Andai kata tidak ada orang yang berilmu, tentu manusiatidak berbeza dengan binatang.‰ Begitulah gambaran buruk bagi orang yangtidak berilmu.

Dalam Islam, ada dua kategori ilmu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Dua Kategori Ilmu

Ilmu Fardu Ain  Ilmu Fardu Kifayah 

Ilmu fardu ain a d alah ilmuyang wajib dipelajari dandiamalkan oleh setiap individuMuslim. Ia merupakantanggungjawab individu

Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajibdipelajari dan diamalkan oleh setiap individuMuslim dengan tujuan untuk menegakkanagama Islam seperti menuntut ilmu alQuran,hadis dan sebagainya

Fardu ain meliputi ilmu:

(i) Tauhid

(ii) Fikah

(iii) Tasawuf atau akhlak

Kesemua perkara ini mestidipelajari dan diamalkan olehsetiap individu Islam

Contoh fardu kifayah adalah:

(i) Perubatan

(ii) Kejuruteraan

(iii) Politik

(iv) Ekonomi 

(v) Sosial

(vi) Perundangan

Contoh fardu ain adalah:

(i) Pengetahuan agama(ii) Konsep ketauhidan

(iii) Akhlak dan adab

(iv) Ibadah

(v) Fikah

vi) Hukum-hakam yang berkaitan dengankehidupan seharian

Menurut Ibn Khaldun, manusia memerlukan kehidupan bermasyarakat di manamereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh,manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapatdihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan penggemblengantenaga kerja sesama manusia dan alat yang tertentu.

Page 4: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 4/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   159

Oleh itu, memiliki kemahiran mengenai hal tersebut bagi memenuhi keperluanmasyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardu kifayah. Firman Allah s.w.t.:

                

                          

                     

                                                                                  

       

Maksudnya: 

„Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta

kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama sukaantara kamu dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya, Allah sentiasa Mengasihani kamu.‰

(Surah alNisaÊ, 4: 29)

Ayat tadi menerangkan tentang kepentingan ekonomi dan perdagangan melalui jalan yang benar supaya konsep fardu ain dan fardu kifayah dapatdiseimbangkan, selaras dengan amalan.

Al-Darami meriwayatkan bahawa Ibnu MasÊud r.a. berkata:

                        Maksudnya:

„Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atauorang yang selalu mendengar pelajaran agama dan jangan jadi orangyang keempat, nescaya dia akan binasa.‰

Maksud yang keempat adalah mereka yang tidak alim, tidak suka belajar atautidak suka mendengar ilmu.

Ungkapan Ibn MasÊud r.a. ini menunjukkan bahawa setiap individu Muslimperlu menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salahsatu daripada empat keadaan iaitu:

(a) Menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar;atau

(b) Orang yang mengikuti pengajian agama; ataupun

Page 5: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 5/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU160

(c) Sekurangkurangnya sebagai orang yang mencintai atau menghargai ilmusalah; dan

(d) Tiga golongan terdahulu yang dinyatakan.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu akan terjamin untuk mendapatkeselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara berkaitan keduniaanatau akhirat. Ini kerana dia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yangmemimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilihyang baik daripada yang buruk dan yang hak daripada yang batil.

 Jika kita teliti semula kepada wahyu pertama yang disampaikan kepada NabiMuhammad s.a.w., kita dapati bahawa seruan membaca tersebut diikuti denganperintah agar ia dilakukan di atas nama Allah s.w.t.

Ini menunjukkan bahawa proses membaca secara khusus dan menuntut ilmusecara umum mestilah dilakukan kerana Allah s.w.t. Apabila kita melakukansesuatu perkara kerana Allah, maka ia mestilah mempunyai adab dan peraturantertentu yang perlu diamalkan.

Mengapakah kita perlu memiliki adab dan akhlak yang mulia dalam menuntutilmu? Kita perlu memiliki adab dan akhlak yang mulia dalam menuntut ilmukerana tiga sebab, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Tiga Keperluan Mengamalkan Adab dan Akhlak dalam Menuntut Ilmu

Keperluan Mengamalkan

Adab dan Akhlak dalam

Menuntut Ilmu

Huraian

Ilmu yang kita perolehadalah milik Allah s.w.t.

Kita hanya mampu berusaha tetapi Allah yangmembuka pintu hati kita untuk memahami ilmu yangdipelajari. Imam Syafie telah mengingatkan kita melaluisyairnya yang bermaksud:

„Aku telah mengadu kepada WaqiÊ (guru beliau)tentang kelemahan ingatanku, maka dia mengingatkanaku supaya menjauhi maksiat kerana ilmu itu cahayadan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yangmelakukan maksiat. ‰

Menuntut ilmu adalahibadah

Setiap ibadah yang ditunaikan mestilah secara tertibdan beradab. Cuba anda bayangkan bagaimanakeadaan solat yang anda lakukan jika ia tidakditunaikan secara tertib dan beradab. Ia sudah tentutidak sah (sempurna) dan tidak akan mendapat

Page 6: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 6/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   161

ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Hal yang sama juga akan berlaku dalam proses menuntut ilmu

Penguasaan terhadap

sesuatu ilmu adalahkurniaan Allah s.w.t.kepada kita

Orang berilmu mulia di sisi-Nya kerana firman Allah

s.w.t. yang bermaksud:

‰Allah telah mengangkat orang yang beriman daripadagolongan kamu dan orang yang dikurniakan ilmupengetahuan beberapa darjat.„

(Surah alMujadalah, 58: 11)

Oleh itu, proses untuk memperoleh sesuatu yang mengangkat martabat kita disisi Tuhan perlu dilakukan secara beradab dan berakhlak.

KELEBIHAN ORANG YANG BERILMUDALAM ISLAM 

Ilmu juga menjadi kayu ukur tahap keimanan dan pengukur ketakwaanseseorang kepada Penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Seseorang Muslim dinilai dari segi yang berikut bagi mengukur sejauh manaketakwaannya kepada Allah:

(a) Ilmu;(b) Iman; dan

(c) Amalannya.

Muslim bukan dinilai dari segi:

(a) Keturunan;

(b) Kedudukan;

(c) Bangsa;

(d) Kekayaan;

(e) Rupa; dan

(f) Warna kulit.

8.2

Page 7: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 7/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU162

Allah meletakkan kedudukan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi,seperti ditegaskan Allah dalam firmannya:

              

                

                 

                              

                       

Maksudnya:

Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orangyang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu)

 beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam Pengetahuannyatentang apa yang kamu lakukan.‰

(Surah al-Mujadalah, 58: 11)

Ilmu dapat meninggi dan membezakan taraf dalam kalangan manusia. FirmanAllah s.w.t.:

                                                                                          

Maksudnya:

„Adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?Sesungguhnya, mereka yang mendapat peringatan dan petunjukhanyalah dalam kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.‰

(Surah az-Zumar, 39: 9)

Orang yang mempunyai ilmu, lebih tenang dalam hidupnya. Ini kerana denganilmu yang dimilikinya, dia dapat bertindak dan mengambil keputusan dalam

menangani sesuatu masalah dengan fikiran yang waras dan tenang. Ilmu yangdimilikinya itu akan menjaganya dan menjadi pengawalnya yang setia di manasahaja dia berada.

Page 8: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 8/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   163

Saidina Ali r.a. pernah berkata:

Maksudnya:

„Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu memeliharamu, sedang kamu(terpaksa) menjaga harta; ilmu ialah hakim, harta ialah yang dihukum keatasnya. Harta berkurang apabila digunakan dan ia disucikan dengansedekah.‰

Harta kekayaan boleh hilang daripada pemiliknya dengan pelbagai cara,

antaranya kemungkinan harta itu dicuri atau dirampas. Namun, ilmupengetahuan tidak akan hilang begitu sahaja dengan mudah.

Ilmu hanya akan hilang daripada seseorang dengan cara kematian, sebagaimanasabda Rasulullah s.a.w. yang berikut:

                                                                       

             Maksudnya:

„Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mencabut ilmu daripadamanusia yang dianugerahkan-Nya. Namun, Allah mencabut ilmudengan mengambil nyawa orang yang berilmu, hingga (suatu masa)tiada lagi orang yang berilmu, lalu manusia melantik pemimpin merekadalam kalangan orang yang jahil. Lalu mereka memberi fatwa tanpa

 berpandukan ilmu. Lalu mereka menjadi sesat lagi menyesatkan.‰

(Riwayat Bukhari & Muslim)

AKTIVITI 8.1

Himpunkan hadis-hadis yang menjelaskan kelebihan menuntut ilmuserta kisah-kisah yang berkaitan.

Page 9: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 9/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU164

  ADAB MENUNTUT ILMU 

Seperti yang kita bincangkan tadi, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiapMuslim. Pelbagai dalil telah menunjukkan tentang keutamaan amalan menuntutilmu, kemuliaan ulama yang mengajar dan juga penuntut ilmu.

Ada pelbagai adab menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kitatuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita. Ia dibincangkansecara meluas dan mendalam oleh para ulama dan ilmuwan silam.

Ada tujuh adab menuntut ilmu, seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8.3:

Jadual 8.3: Tujuh Adab Menuntut Ilmu

Adab Menuntut lmu Huraian

Ikhlas kerana Allah s.w.t. Niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untukakhirat bukan untuk mendapat gelaran dan kedudukan yangtinggi atau ingin menjadi orang yang dipandang baik. 

‰Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dipelajari hanyakerana Allah, sedang ia tidak menuntutnya kecuali untukmendapatkan harta benda dunia, maka dia tidak akan dapatmencium bau syurga pada hari kiamat nanti.„

(Riwayat Ahmad, Abu Dawud & Ibnu Majah)Berniat untukmenghapuskan kejahilandiri sendiri dan oranglain

Semua manusia dilahirkan dalam keadaan jahil tanpamengetahui sesuatu. Oleh itu, apabila menuntut ilmu, tujuankita adalah untuk menghapuskan kejahilan diri kita sendiri.

Apabila kita menjadi orang yang berilmu, maka kita harusmenyampaikannya kepada orang lain pula, agar mereka jugadapat keluar daripada kepompong kejahilan. Kita perlumengajar ilmu yang diperoleh kepada orang lain denganpelbagai cara, agar orang lain dapat mengambil faedah

daripada ilmu kita. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkanmelalui hadis Baginda yang bermaksud:

„Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat.‰

(Riwayat al-Bukhari)

Berniat untukmeningkatkan keagunganumat Islam

Sebagai Muslim, kita tidak boleh mementingkan diri sendiridalam menuntut ilmu. Agama memerintahkan agar ilmu yangdiperoleh dapat kita sebarkan demi untuk meninggikankedudukan umat Islam di mata masyarakat.

8.3

Page 10: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 10/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   165

Para hukama mengumpamakan kedudukan ilmu dalamkehidupan umat Islam dengan sebilah pedang. Ia tidak akanmemberi sebarang erti kepada umat Islam atau manusiakeseluruhannya jika tiada sesiapa yang menggunakannya. Kitatidak boleh menuntut ilmu sematamata untuk kebanggaan diritanpa memikirkan manfaatnya untuk masyarakat

Berlapang dada dalammenerima perbezaanpendapat

Apabila wujud perbezaan pendapat dalam menuntut ilmu,kita perlu menerima  perbezaan tersebut dengan lapang dada,sekiranya perbezaan itu tidak melibatkan persoalan pokok yangtetap (qatÊiy ).

Kita dapati bahawa perbezaan pendapat telah wujud sejakzaman para sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w.masih hidup pun, mereka berbeza pendapat dalam hal berbentuk ijtihad. Oleh itu, kita tidak boleh menghina ataumemandang rendah orang lain sematamata kerana mereka berbeza pendapat dengan kita

Mengamalkan ilmu yangtelah diperoleh

Perkara paling penting yang dituntut daripada orang yangmenuntut ilmu ialah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh.Praktis ialah buah atau hasil bagi ilmu  yang dimiliki. Orangyang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata seperti pedang tidak akan memberi sebarangmanfaat kecuali digunakan (diamalkan) 

Menghormati danmemuliakan guru atauulama

Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dalam menerimaperbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan ulama. Sikapmereka tidak sepatutnya sampai kepada tahap mengumpat ataumencela ulama yang berkemungkinan keliru di dalammemutuskan suatu masalah atau hukum. 

Hukum mengumpat orang biasa sudah termasuk dosa besar,apatah lagi jika orang yang diumpat itu adalah ulama

Mencari kebenarandengan sabar

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorangpenuntut ilmu ialah bersabar untuk mencari kebenarandaripada ilmu yang telah diperoleh. Kita perlu menilai dan

mencari kebenaran tentang maklumat yang sampai kepada kita,khususnya yang berkait dengan sumber hukum.

Apabila sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, maka kitaharus meneliti terlebih dahulu tentang kesahihan hadis tersebut.Apabila bukti tentang kesahihan perkara tersebut ditemui, makalangkah seterusnya ialah berusaha untuk memahami pengertiandaripada perkara tersebut.

Page 11: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 11/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU166

Dalam usaha untuk mencari kebenaran ini, kita harus banyak bersabar dan jangan tergesagesa atau cepat merasa bosan.Mencari kepastian tentang sesuatu maklumat atau ilmu yangkita peroleh adalah sangat penting kerana ada ketikanya.penyampai maklumat atau ilmu tersebut ada agendatersembunyi atau barangkali dia tidak bermaksud jahat tetapidia keliru dalam memahami perkara tersebut dengan baik

ADAB DENGAN GURU

Sebagai Muslim, kita mesti menghormati orang lain, terutamanya orang yangmempunyai kelebihan dan keutamaan seperti ibu bapa, guru, orang yang lebihtua umurnya dan orang yang ada akhlak yang baik. Sebagai pelajar, contohnya,kita mesti menghormati guru dan ajarannya selama tidak menyalahi syarak.Ilmu yang diberi oleh guru tidak dapat kita bayar dengan harga yang setimpal.Guru adalah pembimbing kita pengganti kepada ibu bapa.

Firman Allah s.w.t.:

                                 

Maksudnya:

„Sesungguhnya, orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatanhanyalah orang yang berakal sempurna.‰

(Surah az-Zumar, 39: 9)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

                 Maksudnya:

„Muliakan orang yang kamu belajar darinya.‰

(Riwayat Abu Hassan al-Mawardi)

8.4

SEMAK KENDIRI 8.1

Bincangkan perkaitan antara adab atau akhlak menuntut ilmu sepertiyang dijelaskan tadi dengan keperluan beradab dan berakhlak dalamproses menuntut ilmu.

Page 12: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 12/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   167

Seorang guru pasti akan merasakan dirinya dihargai dan akan bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam memberikan ilmu kepada kita. Ilmu yang didapatidengan keredaan guru pasti akan mendapat keberkatan dan kejayaan di dunia

dan akhirat.

Guru merupakan insan yang berperanan mendidik, memperbaiki akhlak danmengajar kita dengan ilmu yang bermanfaat. Guru juga sentiasa menasihati kitadengan nasihat yang berfaedah. Kesemua ini dilakukan atas sifat kasih sayangdan ingin melihat anak didiknya menjadi orang yang berilmu dan berguna baikkepada diri sendiri dan masyarakat. Oleh itu, hargailah guru sebagaimana kitamenghargai kedua-dua ibu bapa kita.

Berikut merupakan adab dengan guru:

(a) Apabila duduk di hadapan guru, hendaklah duduk dengan sopan dan bercakaplah dengan guru dengan nada yang sopan, lemah lembut danmenggunakan bahasa yang baik;

(b) Apabila guru sedang berbual atau memberi penerangan tentang pelajaran, janganlah kita menyampuk atau memutuskan perbualannya. Tunggusampai dia selesai bercakap atau menerangkannya barulah kita menyoalatau memberikan pendapat;

(c) Semasa guru sedang mengajar, tumpukan perhatian dan mendengar

dengan teliti. Jangan main-main atau berkhayal semasa guru sedangmengajar;

(d) Sekiranya ada perkara yang kita tidak faham, tanyakanlah kepada gurudengan cara yang sopan dan hormat dengan cara, contohnya, mengangkattangan sehingga dia memberi izin kepada kita untuk bertanya;

(e) Apabila guru menyoal sesuatu, berdirilah dan jawablah dengan jawapanyang singkat dan jelas. Jangan kita cuba mencelah atau menjawab soalanyang ditujukan kepada orang lain kerana itu menunjukkan kebiadaban;

(f) Kita hendaklah menggembirakan hati guru dengan menyempurnakankewajipan sebagai pelajar seperti yang berikut:

Hadir ke sekolah setiap hari tepat pada waktunya;

Jangan suka ponteng sekolah atau datang lambat kecuali ada halanganyang penting;

Sekiranya waktu rehat telah berakhir, bersegeralah masuk ke kelas;

Page 13: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 13/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU168

Sentiasa memerhati dan memberi fokus kepada pelajaran yang diajardengan baik;

Selalu membuat ulang kaji di rumah;

Membiasakan diri membersih, dan mengemaskan buku dan alatanpelajaran sekolah supaya tidak tertinggal semasa pergi ke sekolah.

(g) Kita mesti mematuhi perintah guru dengan rasa ikhlas, bukan kerana takutdimarahi; dan

(h) Jangan kita sakit hati atau menyimpan perasaan dendam kepada guruapabila dia memberikan nasihat. Pelajar yang tidak beradab dan rosakakhlaknya akan merasa tidak senang bila ada teguran daripada gurunyasehingga adakalanya, sampai mengadu kepada ibu bapanya.

8.4.1 Ketinggian Martabat Guru

Guru merupakan insan mulia yang berjasa mendidik diri dan membentuk mindainsan sejak dari umur yang mentah hinggalah menjadi modal insan yang berilmudan berguna. Islam sangat memandang mulia kedudukan pendidik atau guru,lantaran dia sekurang-kurangnya berperanan menyampaikan risalah ilmu yangmurni dan lebih-lebih lagi, sekiranya dia memberikan didikan ilmu agama Islamyang menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Budaya dan adat bangsa Melayu amat menyanjung tinggi peranan dan jasa guru bagi membentuk diri menjadi insan yang lurus dan mulia. Justeru, bangsaMelayu telah merakamkan ketinggian martabat guru melalui bait-bait puisi

(Rujuk Rajah 8.1).

Bagaimanakah kita menghargai guru? Kita hendaklah beradab denganadab baik ketika bersama guru. Senaraikan adab-adab kepada guru.

SEMAK KENDIRI 8.2

Page 14: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 14/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   169

 

Rajah 8.1: Sajak „Guru Oh Guru‰ oleh Usman Awang Sumber: http://penjejakmaya.blogspot.com

Dalam Islam, ada empat jenis martabat guru atau pendidik itu seperti dalam Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Empat Jenis Martabat Guru

Martabat Guru Deskripsi

Mudarris Guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja

MuÊallim Guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turutmenyampaikan ilmu lain

Mursyid Guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar

Page 15: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 15/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU170

Murabbi Guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiahkan anakdidik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramalsoleh

Biar apa pun martabat guru kita berdasarkan tingkatan yang disebutkan ini,mereka adalah golongan terhormat dan wajar mendapat sanjungan, khidmat

 bakti dan pertolongan daripada murid mereka khususnya.

ÂUbadah Ibn Samit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

„Tidak termasuk dalam golonganku sesiapa yang tidak memuliakanorang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengetahui hak orangalim.‰

(Riwayat Ahmad, al-Tabarani & al-Hakim)

8.4.2 Anas bin Malik sebagai Khadam Gurunya

Sebelum kita meneruskan perbicaraan kita mengenai adab menolong guru ini,maka elok rasanya kita mengimbau tokoh sahabat Nabi yang sangat berjasa danpaling setia berkhidmat untuk gurunya yang terulung, Rasulullah s.a.w. iaituAnas bin Malik al-Ansari al-Khazraji al-Najjari r.a. Kehebatan dan kesetiaannyayang tidak berbelah bahagi menyumbang bakti kepada Rasulullah s.a.w. hinggadijolok sebagai khadam Rasulullah s.a.w. atau murid suruhan Nabi s.a.w.

Kisah bermulanya khidmat bakti yang hebat kepada gurunya yang terulung,Baginda s.a.w. bermula tatkala Baginda berhijrah ke kota Madinah al-Munawwarah lagi. Ibunya bernama Ummu Sulaim atau Mahlah (dalam riwayatlain Rumailah) binti Malhan r.a. telah membawa Anas kepada Rasulullah s.a.w.Ketika itu, umur Anas r.a. baru menjangkau 10 tahun. Ibunya telah berkata,„Ambillah anakku ini untuk berkhidmat pada Tuan!‰

Sejak dari hari itu, bermulalah perkhidmatan seorang murid kepada gurunyaiaitu Rasulullah s.a.w. hingga ke saat kewafatan Baginda iaitu mencapai tempoh

10 tahun lamanya.

Ke mana sahaja Rasulullah s.a.w. keluar, Anas r.a. akan mengikuti Baginda s.a.w. bagi membantu menyiapkan sepatu Nabi, membawa barang Baginda hinggalahalatan seperti tombak, kain dan air bagi memudahkan Baginda membuangkanair.

Anas bin Malik r.a. merupakan antara perawi yang paling utama dan terbanyakmeriwayatkan hadis Nabi s.a.w. lantaran kedudukannya yang sangat rapat

Page 16: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 16/22

Page 17: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 17/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU172

 

Rajah 8.2: Enam adab menolong guru

Mari kita pelajari satu persatu adab ini dengan lebih lanjut.

(a) Mencium tangan guru dan menghormatinya

Berikut adalah penerangan bagi perlakuan ini:

(i) Perbuatan ini dapat mendidik kaum muda merendah diri danmenghormati orang lain yang lebih tua atau orang yang memberi

ilmu kepadanya;

(ii) Imam al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad   meriwayatkan bahawa ZariÊ, pada suatu ketika bersama ahli rombongan Abdul Qaistelah berhenti di Madinah lalu turun dari tunggangan untukmencium tangan Rasulullah s.a.w.; dan

(iii) Namun, adab ini hanya berupa penghormatan dan tidak wajarmelebihi batasan hingga mencapai tahap peribadatan seperti rukukdan sujud atau tanda penyembahan yang lain. Hal itu dilarang dalamIslam, sekali pun terhadap ibu bapa atau guru.

(b) Mengangkat barang keperluan guru

Penerangan bagi adab ini adalah seperti yang berikut:

(i) Sikap dan adab mulia yang boleh dilakukan oleh pelajar kepadagurunya adalah mengangkat keperluan gurunya berupa bahanpengajaran, beg, kitab atau buku dan sebagainya; dan

(ii) Ini akan meringankan bebanan guru dan mencepatkan kelas berlangsung dengan sebaik-baiknya. Tambahan pula, Nabi

Page 18: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 18/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   173

Muhammad s.a.w. menggolongkan perbuatan mulia ini sebagaisedekah dalam hadisnya yang berbunyi:

                                        Maksudnya:

„Dan kamu membantu seseorang lelaki untuk dia menaikitunggangan (kenderaanmu) adalah sedekah atau kamumembantu mengangkatkan barangnya adalah sedekah.‰

(Riwayat Bukhari & Muslim)

(c) Rendahkan diri dengan guru

Huraian tentang adab ini adalah seperti yang berikut:

(i) Hendaklah dia merendah diri kepada gurunya, tidak memandangnyadengan pandangan yang kurang sopan, sombong dan akurlahdengan tunjuk ajarnya tanpa sebarang bangkangan atau bantahan;

(ii) Sekalipun ada perselisihan pendapat dan pandangan, makasentiasalah berunding dengannya dalam ruh musyawarah   yangmurni; dan

(iii) Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: „Pelajarilah ilmu, dan pelajarilah ketenangan dan ketetapandalam ilmu itu, merendah dirilah kepada orang yang kamu

menuntut ilmu daripadanya.‰

(Riwayat al-Tabarani)

(d) Mengawal ketenteraman kelas atau kuliah Adab mengawal ketenteraman ini adalah:

(i) Ketenteraman dan ketenangan adalah faktor terpenting bagi

menjayakan kelas atau memastikan kuliah itu berjalan, di samping bangunan atau bilik yang kondusif lagi menyelesakan;

(ii) Dalam pada itu, perlulah difahami di sini juga bahawa adab pelajaritu juga adalah menunggu kehadiran gurunya ke dalam kelas ataukuliah, bukanlah pula guru yang terpaksa menanti kehadiran merekasetelah dia memasukinya, kemudian diikuti oleh mereka. Ini bukansahaja kurang beradab, bahkan mengganggu kelancaran kelas itusendiri dan merugikan masa; dan

Page 19: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 19/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU174

(iii) Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

„Pelajarilah ilmu dan pelajarilah ketenangan dalam ilmu itu 

serta merendah dirilah kepada orang yang kamu menuntutilmu daripadanya‰.

(Riwayat al-Tabarani)

(e) Menumpukan perhatian terhadap pengajaran

Cara untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran adalah sepertiyang berikut:

(i) Ketika di dalam bilik darjah, sewajarnya setiap orang murid memberitumpuan sepenuhnya semasa guru sedang mengajar, tidakmenyampuk atau mencelah pengajaran guru, melainkan memintaizin terlebih dahulu sebagai tanda hormat.

(ii) Percakapan yang sia-sia atau lagha   perlulah dijauhi kerana itu bukannya sifat orang yang beriman. Firman Allah s.w.t.:

                        

Maksudnya:

„Dan mereka (mukminun) itu menjauhi diri mereka daripada

perbuatan dan perkataan sia-sia.‰(Surah al-Mukminun, 23: 3)

(f) Menjaga keselamatan harta benda guru

Berikut penerangan mengenai harta benda guru:

(i) Pelajar hendaklah menjaga keselamatan harta benda gurutermasuklah kenderaan, beg tangan, buku ringkasan mengajar, faildan seumpamanya; dan

(ii) Perbuatan merosakkan harta benda atau barang-barang guru adalah

perbuatan yang keji dan tanda seseorang murid itu tidak mengenang jasa guru mereka selama ini.

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Senaraikan empat jenis martabat guru.

2. Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang murid terhadapgurunya sebagai tanda penghormatannya kepada guru tersebut?

Page 20: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 20/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   175

  CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

Rujuk Rajah 8.3 untuk aplikasi pengajaran dan pembelajaran bagi topik adabdengan guru.

Rajah 8.3: Kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi topik adab dengan guru

Mari kita pelajari tiga kaedah ini dengan lebih lanjut.

(a) Kaedah penerangan Berikut adalah mengenai kaedah ini:

(i) Guru memberi penerangan tentang jasa guru;

(ii) Pelajar disoal tentang cara untuk menghargai jasa guru berdasarkan

kepada beberapa dalil yang dipaparkan pada kad manila;(iii) Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam; dan

(iv) Guru menerangkan satu persatu adab kepada guru.

(b) Kaedah lakonan

Kaedah ini dilakukan seperti yang berikut:

(i) Empat pelajar dipilih untuk memegang watak seorang guru dan tigaorang pelajar;

(ii) Guru memberi arahan watak yang akan dilakonkan;

(iii) Pelajar menunjukkan lakonan adab semasa bercakap dengan guru;

(iv) Selepas lakonan guru menyoal rakan mereka tentang adab bercakapdengan guru dalam lakonan tersebut; dan

(v) Guru membuat rumusan.

8.5

Page 21: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 21/22

    TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU176

(c) Kaedah soal jawab

Kaedah soal jawab adalah seperti yang berikut:

(i) Guru menyoal pelajar tentang kelebihan mengamalkan adab kepada guru;

(ii) Pelajar menulis jawapan mereka pada papan hitam;

(iii) Guru meminta beberapa pelajar membaca jawapan tersebut; dan

(iv) Guru membuat rumusan.

Ilmu adalah aset terpenting bagi kita.

Menuntut ilmu adalah amalan yang mulia dalam Islam. Ia hendaklahdilakukan dengan penuh beradab.

Adab menuntut ilmu ada tujuh iaitu:

Ikhlas kerana Allah s.w.t.;

Berniat untuk menghapuskan kejahilan diri sendiri dan orang lain;

Berniat untuk meningkatkan keagungan umat Islam;

Berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat;

Mengamalkan ilmu yang telah diperoleh;

Menghormati dan memuliakan guru atau ulama; dan

Mencari kebenaran dengan sabar.

Keberkatan ilmu tidak akan diperoleh jika pelajar tidak menjaga adab dalammenuntut ilmu.

Pelajar sangat perlu menghormati gurunya. Ia adalah syarat terpentingseseorang itu mendapat ilmu dan keberkatannya.

Antara adab dengan guru adalah seperti yang berikut:

Apabila guru menyoal sesuatu, berdirilah dan jawablah dengan jawapanyang singkat dan jelas

Kita mesti mematuhi perintah guru dengan rasa ikhlas, bukan keranatakut dimarahi; dan

 Jangan kita sakit hati atau menyimpan perasaan dendam kepada guruapabila dia memberikan nasihat.

Page 22: Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

7/21/2019 Topik 8 Adab Menuntut Ilmu.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/topik-8-adab-menuntut-ilmupdf 22/22

  TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU   177

 

MuallimMudarris

Murabbi

MursyidTasawuf

Tauhid

Al-Kaysi., & Marwan Ibrahim. (1997). Adab sopan dan budi pekerti dalam Islam. 

Hussin Salamon dan Mohd. Nasir Ripin (terjemahan). Johor, Malaysia:Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Al-Mayadani., & Abd al-Rahman Habannakah. (1999). Al-akhlaq al-Ismaiyyahwa ususuha . Damsyik, Syria. Dar al-Qalam.

Darraz, Muhammad Abd Allah. (T.th.). Dustur al-akhlaq fi al-Quran . Mesir:MuÊassasah al-Risalah.

Hassan Ayub. (2002). As-suluk al-ijtimaei fi al-Islam . Kaherah, Mesir: Dar as-Salam.

Mohd Ali Hashimi. (1986). Keperibadian muslim   (terjemahan). Kuala Lumpur,

Malays: Pustaka Salam.

Muhammad Abdul Qadir. (1997). Fitrah muslim sejati (terjemahan). Johor Bahru,Malaysia: Perniagaan Jahabersa.

Mustafa ÂAbdul Rahman. (2001). Hadith 40: Terjemahan dan syarahnya . ShahAlam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.