20150121065945_topik 3 pembuatan keputusan

Upload: siti-umminor

Post on 21-Feb-2018

938 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    1/23

    PENGENALAN

    Salah satu tugas penting bagi seorang pengurus adalah sebagai pembuatkeputusan. Pembuatan keputusan ditakrifkan sebagai satu proses mengenalpasti masalah, memberi penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian terbaik

    yang sedia ada dan melaksanakannya. Dalam erti kata lain, ia adalah satu prosesmemilih suatu penyelesaian daripada beberapa alternatif yang sedia ada.

    Dalam membincangkan pembuatan keputusan, konsep penting lain yang perludiambil kira adalah pembuatan keputusan yang rasional. Membuat keputusansecara rasional merujuk kepada pembuatan keputusan berdasarkan fakta,pendapat dan sebab-sebab munasabah. Pada amnya, keputusan yang dibuat

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti jenis-jenis persekitaran untuk pembuatan keputusan;

    2. Membincangkan proses-proses yang terlibat dalam membuatkeputusan yang rasional;

    3. Menerangkan batasan-batasan dalam membuat keputusan rasional;

    4. Menyatakan kaedah-kaedah penambahbaikan pembuatan keputusan;

    5. Mengkaji kaedah-kaedah dalam pembuatan keputusan secaraberkumpulan; dan

    6.

    Menilai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatankeputusan secara berkumpulan.

    HASIL PEMBELAJARAN

    TTooppii

    33 Pembuatan

    Keputusan

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    2/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN42

    berdasarkan fakta dan pendapat adalah merupakan keputusan yang terbaik.Namun begitu, tidak semua pembuat keputusan dapat membuat keputusanyang rasional. Ini adalah disebabkan oleh batasan-batasan yang wujud dalam

    persekitaran atau dalam diri pembuat keputusan itu sendiri.

    Dalam topik ini, perkataan pembuat keputusan dan pengurus akandigunakan secara silih berganti. Ini kerana dalam konteks sesebuah organisasi,pengurus adalah orang yang bertanggungjawab membuat keputusan. Oleh itu,sama ada istilah pengurus atau pembuat keputusan digunakan, ia merujukkepada individu yang sama iaitu orang yang membuat keputusan.

    PERSEKITARAN PEMBUATAN

    KEPUTUSAN

    Sesuatu keputusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman,kecekapan dan kemahiran pembuat keputusan tersebut tetapi juga kecukupan dan

    kesahihan maklumat yang diperoleh yang berkaitan dengan persekitaranperniagaan (Abu Mansor et al, 1999). Maklumat yang disebut di sini merujukkepada maklumat yang dapat membantu kita dalam membuat ramalan tentangkeadaan-keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh,mungkinkah kita boleh meramal dengan tepat tindakan pesaing-pesaing padamasa hadapan atau kadar faedah bagi tahun depan atau perubahan-perubahandalam undang-undang yang mungkin berlaku pada masa hadapan dansebagainya? Sekiranya kita boleh mendapat maklumat yang mencukupi, ia akanmenjadi lebih mudah bagi kita untuk meramal situasi yang mungkin berlaku padamasa hadapan. Selepas itu, proses pembuatan keputusan akan menjadikan mudah

    dan tepat.

    Secara amnya, terdapat tiga keadaan maklumat dalam proses pembuatankeputusan: sama ada maklumat yang diperoleh itu adalah lengkap, tidaklengkap atau tidak mempunyai maklumat langsung. Sehubungan dengan ini, iaakan mewujudkan tiga persekitaran atau keadaan pembuatan keputusan sepertiyang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

    3.1

    Tahukah anda faktor-faktor penentu dalam pembuatan keputusan?

    SEMAK KENDIRI 3.1

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    3/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 43

    Rajah 3.1:Persekitaran pembuatan keputusan

    3.1.1 Pembuatan Keputusan dalam KeadaanKepastian

    Dalam keadaan ini, pembuat keputusan mendapat maklumat yang lengkap

    untuk memudahkannya membuat keputusan. Beliau mampu meramalkandengan pasti situasi-situasi yang akan berlaku pada masa hadapan. Denganmengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan, keputusan yangdihasilkan oleh setiap keputusan alternatif akan dapat ditentukan atau diketahuidengan pasti. Alternatif yang menghasilkan keputusan yang terbaik akan dipilihdan dilaksanakan.

    Contoh pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian boleh dilihat dalamsituasi berikut: Katakan anda telah ditawarkan dua pelaburan alternatif Pelaburan A dan Pelaburan B. Pelaburan A memberi pulangan sebanyak lima

    peratus dalam tempoh dua tahun, manakala Pelaburan B memberi pulangansebanyak enam peratus juga dalam tempoh dua tahun. Anda mempunyaimaklumat yang mencukupi berkaitan dengan pelaburan-pelaburan ini. Andamampu untuk mengetahui jenis pelaburan, tempoh pelaburan dan kadarpulangannya. Daripada maklumat yang lengkap ini, anda dapat mengetahuipulangan hasil daripada setiap pelaburan yang dibuat. Pembuat keputusan yangrasional semestinya memilih pelaburan alternatif yang memberikan pulanganpaling tinggi, iaitu Pelaburan B.

    3.1.2 Pembuatan Keputusan dalam Keadaan

    Ketidakpastian

    Dalam situasi ini, pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang maklumatyang dapat membantu dalam pembuatan keputusannya. Oleh itu, beliau tidakdapat mengetahui dengan pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapandan juga tidak dapat meramal hasil daripada setiap keputusan alternatif yangdibuat. Dengan itu, pembuat keputusan terpaksa menggunakan segalapengalaman dan budi bicaranya dalam membuat sesuatu keputusan.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    4/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN44

    Contoh berikut menjelaskan pembuatan keputusan dalam keadaanketidakpastian: Syarikat ABC telah lama menjalankan perniagaan perabot rotan

    di kawasan Bandar Banjau. Kini, Syarikat ABC memutuskan untukmemperkenalkan satu produk baru ke pasarannya, iaitu, barang perhiasan yangdiperbuat daripada seramik. Oleh kerana perhiasan seramik ini adalah sesuatuyang baru kepada penduduk Bandar Banjau dan tiada peniaga sebelum ini yangpernah menjual produk tersebut, Syarikat ABC tidak dapat meramal sambutanpengguna terhadap produk tersebut. Ini adalah kerana tidak ada datasebelumnya yang boleh digunakan sebagai panduan. Adakah penduduk BandarBanjau akan berminat dengan produk seramik yang dipasarkan?Memandangkan reaksi pengguna tidak dapat diramal maka kesan setiapkeputusan alternatif juga tidak dapat diramal.

    Dalam kes ini, keputusan alternatif yang boleh dipertimbangkan adalahdaripada aspek menetapkan harga jualan. Adakah perhiasan seramik tersebutdijual pada harga RM10, RM7 atau RM5? Memandangkan tiada maklumat yang

    boleh digunakan sebagai panduan, maka pada kebiasaannya, keputusan yangakan diambil bergantung kepada budi bicara pembuat keputusan itu sendiri.

    3.1.3 Pembuatan Keputusan dalam Keadaan Berisiko

    Apabila membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian, pembuatkeputusan perlulah mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap risiko.Kecenderungan risiko merujuk kepada kecenderungan seseorang untukmengambil atau mengelak risiko. Individu yang mempunyai kecenderunganyang tinggi terhadap risiko akan berani mengambil risiko dalam sebarangkeputusan yang dibuat. Memandangkan tiada maklumat yang diperoleh bagimembantu pembuatan keputusan, maka adalah penting bagi pembuatkeputusan yang beroperasi dalam keadaan ini mempunyai kecenderunganyang lebih tinggi terhadap risiko.

    Jika anda seorang pengurus, apakah faktor-faktor yang membolehkananda membuat keputusan yang berisiko? Bincangkan jawapan andadengan rakan-rakan sekelas.

    AKTIVITI 3.1

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    5/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 45

    Kebanyakan pengurus atau pembuat keputusan sebenarnya beroperasi dalamkeadaan seperti ini. Mereka mempunyai maklumat, namun maklumat tersebutadalah tidak lengkap. Oleh itu, mereka tidak begitu pasti keadaan yang akan

    berlaku pada masa hadapan. Maklumat yang minimum hanya akan memberikansedikit petunjuk dalam meramalkan apa yang akan berlaku. Sama ada keadaanitu benar-benar akan berlaku atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Biasanya,sesuatu keadaan itu hanya boleh diandaikan berlaku berdasarkan maklumatyang diperoleh dan peratusan kebarangkalian yang ia akan berlaku.

    Sebagai contoh, daripada penyata jualan bulanan, didapati jumlah jualan telahmeningkat setiap bulan. Oleh itu, anda boleh mengandaikan yang syarikattersebut akan memperoleh keuntungan bersih pada tahun ini selepas mengalamikerugian pada tahun lepas. Tanpa mendapatkan maklumat lain seperti kos

    operasi, perubahan cita rasa di kalangan pengguna dan faedah pinjaman, andahanya boleh mengandaikan yang syarikat tersebut akan memperolehkeuntungan berdasarkan arah aliran jualan untuk beberapa bulan yang lalu.Maka, anda mengatakan kebarangkalian syarikat akan mendapat untung adalah60 peratus, dan kebarangkalian syarikat akan rugi adalah 40 peratus. Dengan ini,anda membuat keputusan untuk meningkatkan pelaburan. Di sini, anda telahmembuat keputusan dalam keadaan yang berisiko iaitu tidak diketahui samaada syarikat benar-benar akan untung atau sebaliknya.

    Apakah langkah-langkah yang anda rasa perlu bagi seseorang pengurusdalam membuat keputusan?

    SEMAK KENDIRI 3.2

    Bincangkan tiga persekitaran pembuatan keputusan yang berbeza yangdihadapi oleh pengurus-pengurus.

    LATIHAN 3.1

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    6/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN46

    PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANGRASIONAL

    Walaupun membuat sesuatu keputusan kelihatan mudah, namun, bagimemastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik, ia mestilah rasional. Ini

    bermakna keputusan tersebut mestilah berdasarkan fakta, pendapat dan sebab-sebab yang munasabah. Penilaian yang sistematik harus dibuat dalamkeseluruhan proses membuat keputusan. Ringkasnya, membuat keputusan yangrasional boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalammentakrifkan masalah, menilai alternatif keputusan dan memilih alternatifkeputusan terbaik yang sedia ada.

    Menurut Williams (2000), terdapat enam langkah atau proses yang perlu diikutiuntuk membuat keputusan yang rasional. Langkah-langkah ini adalah sepertiyang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 berikut.

    Rajah 3.2:Proses pembuatan keputusan yang rasional

    (a) Mentakrifkan MasalahLangkah pertama dalam pembuatan keputusan yang rasional adalahmengenal pasti masalah. Pada peringkat ini, seorang pengurus perlumengenal pasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan carauntuk menyelesaikannya.

    Sebagai contoh, pejabat anda sedang menghadapi masalah kerja yangtertangguh. Apabila diselidik, didapati masalah berpunca daripada

    kekurangan komputer di pejabat. Oleh itu, pihak pengurusan bersetujuuntuk membeli lebih banyak komputer untuk kegunaan pejabat.

    (b) Mengenal Pasti Kriteria KeputusanSetelah mengenal pasti masalah, langkah seterusnya dalam membuatkeputusan yang rasional adalah untuk mewujudkan kriteria keputusan.Kriteria keputusan merujuk kepada piawai atau ciri-ciri yang akan diambilkira semasa membuat keputusan.

    3.2

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    7/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 47

    Merujuk kepada contoh di atas, oleh kerana pihak pengurusan telahmemutuskan untuk membeli beberapa komputer baru, maka apakahkriteria-kriteria yang akan diambil kira dalam memilih komputer-

    komputer baru tersebut? Antara faktor kriteria keputusan termasuklahharga, kualiti, keserasian dan waranti.

    (c) Memperuntukkan Pemberat untuk Setiap KriteriaSelepas mengenal pasti kriteria yang perlu diambil kira dalam membuatkeputusan, langkah seterusnya adalah memperuntukkan pemberat kepadasetiap kriteria. Satu kaedah yang biasa digunakan untuk tujuan ini ialahdengan membuat perbandingan relatif. Dalam kaedah ini, setiap kriteriaakan dibandingkan secara langsung antara satu sama lain. Ini adalah untukmengenal pasti kriteria mana yang paling penting, kedua penting dan

    seterusnya yang kurang penting kepada pembuat keputusan. Oleh itu,kriteria keputusan disusun mengikut keutamaan. Keutamaan seseorangindividu mungkin berbeza daripada individu yang lain.

    Berdasarkan contoh yang diberikan tadi, anda mungkin meletakkan faktorkualiti sebagai yang paling penting, diikuti oleh faktor keserasian, faktorharga dan akhir sekali, faktor waranti.

    (d) Menjana Penyelesaian-penyelesaian AlternatifSebaik sahaja anda telah mengenal pasti dan memperuntukkan pemberatkepada keputusan kriteria, langkah seterusnya ialah untuk menghasilkanpenyelesaian-penyelesaian alternatif sebanyak yang mungkin. Semakin

    banyak alternatif yang dapat dijana, maka semakin baik prosesnya.

    Berdasarkan contoh di atas, bagi membeli sebuah komputer baru, antaraalternatif-alternatif yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah Acer,IBM, NEC, Serindit, Compaq dan sebagainya.

    (e) Menilai Alternatif-alternatifPada peringkat ini, setiap alternatif akan dibandingkan dengan setiapkriteria keputusan. Ini adalah untuk menentukan sejauh mana alternatiftersebut memenuhi kriteria keputusan yang telah ditetapkan. Biasanya,peringkat ini mengambil masa paling lama kerana terdapat banyakmaklumat yang perlu dikumpulkan terlebih dahulu sebelum perbandingan

    boleh dibuat. Ia juga melibatkan sejumlah wang yang besar.

    Ini bermakna, kesemua penyelesaian alternatif, iaitu Acer, IBM, NEC,Serindit dan Compaq, akan dinilai daripada aspek kualiti, kesesuaian,harga dan waranti (kriteria keputusan). Semakin banyak kriteria keputusandipenuhi oleh alternatif, maka semakin baik alternatif tersebut.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    8/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN48

    (f) Memilih Keputusan yang OptimumLangkah terakhir dalam proses membuat keputusan yang rasional adalahmemilih alternatif penyelesaian yang terbaik. Alternatif yang terbaik adalah

    alternatif yang memenuhi kriteria keputusan mengikut kepentingan yangtelah disusun. Walau bagaimanapun, jika tidak ada alternatif yang dapatmemenuhi kesemua kriteria keputusan mengikut susunan yang ditetapkan,maka alternatif yang paling banyak memenuhi kriteria akan dipilih.

    BATASAN-BATASAN DALAMPEMBUATAN KEPUTUSAN RASIONAL

    Secara amnya, pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik sekiranyapengurus atau pembuat keputusan mengikut semua langkah yang telahdibincangkan sebelum ini dengan teliti. Namun begitu, kadang-kadang terdapathalangan-halangan yang boleh mengelirukan pembuat keputusan tersebut.

    Sebagai contoh, kekurangan maklumat. Masalah ini boleh menyebabkankesukaran dalam mentakrifkan sesuatu masalah. Faktor kewangan juga bolehmenjadi satu lagi halangan dalam membuat keputusan yang rasional.

    Andai kata kewangan adalah terhad; mungkin tidak semua penyelesaianalternatif dapat dipertimbangkan. Selain itu, batasan masa juga merupakan satulagi faktor dalam membuat keputusan yang optimum. Ini akan menyekatpenyelesaian alternatif yang sedia ada. Kesemua batasan-batasan ini akan

    menyukarkan pengurus dalam membuat keputusan yang terbaik/optimum.

    Menurut Williams (2000), secara amnya, proses batasan dalam pembuatankeputusan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

    (a) Kesilapan umum;

    (b) Kerasionalan terbatas; dan

    (c) Persekitaran berisiko.

    3.3

    Apakah halangan-halangan yang mungkin menyukarkan pembuatankeputusan? Bandingkan jawapan anda dengan jawapan dalam

    bahagian ini.

    SEMAK KENDIRI 3.3

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    9/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 49

    Rajah 3.3 menjelaskan tiga batasan tersebut.

    Rajah 3.3:Batasan-batasan dalam pembuatan keputusan rasional

    3.3.1 Kesilapan Umum dalam Pembuatan Keputusan

    Pengurus tidak dapat membuat keputusan yang rasional kerana mereka kadangkala dipengaruhi oleh gerak hati dan kecenderungan untuk berat sebelah.

    Kebanyakan keputusan pengurusan dipengaruhi oleh gerak hati atau naluripengurus. Ini biasanya terjadi kepada pengurus yang berpengalaman. Keadaanini mungkin berlaku kerana isu yang perlu diselesaikan adalah serupa dengansituasi yang pernah berlaku sebelumnya. Pengurus-pengurus yang bergantungkepada intuisi mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan maklumat

    daripada data yang sedia ada. Akibatnya, keputusan yang dibuat tidakberdasarkan fakta dan sebab musabab.

    Kadangkala, pengurus-pengurus juga membuat keputusan yang berat sebelah.Ini terjadi apabila seseorang pengurus menganggap sesuatu isu yang akan

    berlaku pada masa hadapan adalah sama dengan perkara yang pernahdialaminya sebelum ini. Misalnya, Syarikat ABC Sdn Bhd telah mengambil Ali,seorang graduan daripada Universiti Jaya sebagai pekerja di syarikat. Walau

    bagaimanapun Ali gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Oleh itu pihakpengurusan Syarikat ABC memutuskan untuk tidak lagi mengambili graduan

    daripada Universiti Jaya bekerja di syarikat mereka. Keputusan yang dibuatadalah berat sebelah. Pengurus tidak sepatutnya menganggap semua graduandaripada Universiti Jaya adalah seperti Ali kerana beliau tidak mewakili semuagraduan dari universiti tersebut.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    10/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN50

    3.3.2 Kerasionalan Terbatas

    Kerasionalan terbatas bermakna pengurus cuba untuk mengambil pendekatan

    yang rasional dalam pembuatan keputusan tetapi dihalang oleh batasan-batasantertentu seperti sumber yang terhad, kekurangan maklumat dan keupayaanuntuk menganalisis keputusan yang terhad.

    Terdapat empat masalah yang menghalang pengurus-pengurus daripadamembuat keputusan yang rasional:

    (a) Sumber yang TerhadSumber terdiri daripada masa, wang, peralatan dan tenaga kerja. Sumber-sumber yang terhad boleh mempengaruhi pembuatan keputusan. Sebagai

    contoh, andaikan sebelum ini organisasi telah merancang untuk membukabeberapa cawangan baru tetapi pendapatannya telah berkurangan disebabkanoleh kegawatan ekonomi. Akibatnya, rancangan untuk membuka cawangan-cawangan baru telah ditangguhkan. Perhatikan, disebabkan oleh sumberkewangan yang terhad, apa yang dilakukan tidak sama dengan apa yangtelah dirancangkan pada asalnya.

    (b) Lebihan MaklumatKemajuan dalam teknologi telah menyebabkan lambakan maklumat

    berlaku. Sesetengah maklumat boleh diperoleh dengan mudah tetapi pada

    masa yang sama ia boleh mendatangkan masalah kepada pengurus. Iniadalah kerana pengurus tersebut tidak mampu untuk mengendalikan semuamaklumat yang sedia ada. Hasilnya, hanya maklumat tertentu sahaja yangdiambil kira. Oleh itu, keputusan yang dibuat mungkin bukanlah yangterbaik kerana bukan semua maklumat telah diambil kira.

    (c) Masalah IngatanMasalah ingatan boleh menyebabkan kesukaran kepada pengurus.Walaupun maklumat biasanya dicatat atau dirakam, kadang-kadangmaklumat juga boleh terlepas pandang atau tidak direkodkan.

    Untuk membuat keputusan yang rasional, semua maklumat yangdiperlukan mestilah diperoleh. Untuk mengumpul semula semua maklumatyang diperlukan, mungkin melibatkan masa dan kos yang tinggi. Mungkintidak semua maklumat dapat dikumpulkan. Dengan itu sesuatu keputusanyang optimum tidak dapat dibuat.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    11/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 51

    (d) Masalah KepakaranMasalah kepakaran menyebabkan pembuat keputusan menghadapi masalahdalam menyusun, memahami dan meringkaskan maklumat yang sedia ada.

    Ini kerana tiada individu yang pakar dalam setiap sektor. Walaupunmaklumat boleh dianalisis oleh komputer, pembuat keputusan masihmemerlukan kemahiran khusus untuk memahami keputusan yang telahdiperoleh. Akibat kekurangan kepakaran ini, maka penilaian yang dibuatmungkin bukan yang terbaik.

    3.3.3 Persekitaran Berisiko

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesetengah pengurus mungkin membuatkeputusan dalam persekitaran yang berisiko. Ini bermakna pengurus tersebut

    mempunyai maklumat untuk membantu dalam pembuatan keputusannya,walaupun maklumat yang diperoleh tidak mencukupi. Akibatnya, keputusanyang dibuat boleh jadi berjaya atau sebaliknya.

    BAGAIMANA MEMPERBAIKIPEMBUATAN KEPUTUSAN

    Kualiti sesuatu keputusan boleh diperbaiki dengan kaedah-kaedah berikut:

    (a) Menggunakan peraturan dan ujian tertentu dalam proses pembuatankeputusan; dan

    (b) Membuat keputusan secara berkumpulan.

    3.4

    Apakah batasan-batasan dalam pembuatan keputusan yang rasional? Silaelaskan.

    LATIHAN 3.2

    Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan kaedah-kaedah untukmemperbaiki sesuatu keputusan yang anda telah buat. Bincangkan

    awapan anda dengan rakan anda.

    AKTIVITI 3.2

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    12/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN52

    3.4.1 Menggunakan Peraturan dan Ujian

    Pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan menggunakan peraturan dan

    ujian tertentu.

    (a) Peraturan Pembuatan KeputusanPeraturan keputusan merujuk kepada satu set kriteria yang perludilengkapkan bagi membolehkan sesuatu penyelesaian alternatif ituditerima. Dua jenis peraturan dalam pembuatan keputusan adalah seperti

    berikut:

    (i) Peraturan KeutamaanMenurut peraturan ini, semua kriteria keputusan akan disusun

    mengikut keutamaannya. Setiap penyelesaian alternatif akan dinilaiberdasarkan kriteria-kriteria ini satu persatu. Suatu alternatif yangbaik mestilah memenuhi kriteria yang paling penting, diikuti dengankriteria yang kedua penting dan seterusnya. Alternatif yang terbaikadalah alternatif yang dapat memenuhi paling banyak kriteria-kriteriapenting.

    Sebagai contoh, Ahmad merancang untuk menyewa sebuah rumahkedai bagi menjalankan perniagaan. Kriteria yang telahdipertimbangkan dan disusun menurut keutamaan adalah seperti

    berikut: Terletak di kawasan bandar;

    Ruang yang luas;

    Sewa tidak melebihi RM500 sebulan; dan

    Mempunyai kemudahan elektrik dan air.

    Andaikan terdapat empat kedai alternatif yang boleh dipertimbangkan A, B, C dan D. Selepas penilaian, didapati bahawa alternatif A

    memenuhi kriteria (i) dan (iv), alternatif B memenuhi kriteria (i) dan(ii), alternatif C memenuhi kriteria (i), (iii) dan (iv) dan alternatif Dmemenuhi kriteria (ii) dan (iii). Walaupun alternatif C memenuhi tigadaripada empat kriteria yang disebutkan, alternatif B adalah pilihanterbaik kerana ia memenuhi dua kriteria yang paling tinggi.

    Ingin diingatkan disini, alternatif yang terbaik tidak semestinyamemenuhi kebanyakan kriteria tetapi memenuhi kriteria yang teratasatau yang paling utama menurut susunannya.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    13/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 53

    (ii) Peraturan SyaratMinimumKadangkala, pengurus mesti membuat keputusan seperti memberi

    jawapan ya atau tidak dan terima atau tolak. Dalam keadaan ini,

    pembuat keputusan perlu menetapkan syarat minimum yang perludipenuhi oleh setiap penyelesaian alternatif bagi membolehkan ianyaditerima. Mana-mana alternatif yang tidak dapat memenuhiwalaupun satu syarat akan ditolak.

    Sebagai contoh, sebelum penaja menerima atau menolak permohonanpelajar-pelajar untuk biasiswa pendidikan, mereka mungkin akanmenetapkan beberapa syarat minimum seperti (1) kursus pengurusan;(2) pendidikan ijazah pertama; dan (3) pendapatan tahunan keluargatidak melebihi RM18,000. Permohonan pelajar mesti memenuhi

    kesemua syarat-syarat ini bagi membolehkan ia diluluskan.

    (b) Pelbagai Ujian Pemboleh UbahKedua-dua kaedah pembuatan keputusan yang diterangkan sebelum inihanya mampu membuat penilaian yang berasingan terhadap setiapalternatif. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan yang memerlukanpembuat keputusan menilai kesan-kesan pelaksanaan pelbagai alternatifpada masa yang sama. Kadang kala kombinasi ini memberikan hasil yangoptimum.

    Penilaian dibuat melalui pelaksanaan beberapa ujian pemboleh ubah. Iaagak rumit dan memerlukan pembuat keputusan mempelajari kaedah-kaedah tersebut dalam mereka bentuk eksperimen termasuk cara-carauntuk mengumpul dan menganalisis data statistik yang akan dihasilkan.

    Contoh berikut menunjukkan penggunaan pelbagai jenis ujian pembolehubah dalam pembuatan keputusan: pihak pengurusan taman rekreasisedang merangka satu strategi untuk meningkatkan bilangan pengunjungke tamannya setiap hari Isnin, iaitu hari yang mempunyai bilanganpengunjung paling rendah setiap minggu. Antara strategi alternatif yangtelah dirancang (A1) tiket dua-dalam-satu, di mana seorang pengunjungyang bertiket boleh membawa masuk seorang lagi pengunjung secarapercuma; (A2) kupon makanan percuma untuk setiap pengunjung; dan(A3) tempat letak kereta percuma untuk pengunjung-pengunjung.

    Maka, pada setiap hari Isnin, eksperimen dijalankan untuk mengkajihasilnya. Pada minggu pertama, didapati tiada sebarang perubahan danpendapatan bagi minggu tersebut adalah RM1,500. Pada minggu keduaapabila strategi A1 dan A2 telah dimulakan, pendapatan bagi minggutersebut adalah RM1,000. Pada minggu ketiga, apabila strategi A2 dan A3

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    14/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN54

    strategi telah diperkenalkan, ia menjana pendapatan sebanyak RM3,800.Pada minggu keempat, apabila strategi A1 dan A3 telah digabungkan,pendapatan yang dijana adalah RM2,500. Eksperimen-eksperimen tersebut

    jelas menunjukkan bahawa strategi A2 dan A3 (kupon makanan percumadan tiket dua-dalam-satu) adalah kombinasi penyelesaian yang terbaik.

    Jadual 3.1:Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah untuk Taman Rekreasi

    Strategi Alternatif

    Ujian

    Tiket Dua-

    dalam-Satu

    A1)

    Kupon Makanan

    Percuma A2)

    Tempat Letak

    Kereta

    Percuma A3)

    Keuntungan

    RM)

    1. 1,500

    2. X X 1,000

    3. X X 3,800

    4. X X 2,500

    3.4.2 Menggunakan Kumpulan

    Kebanyakan organisasi pada masa kini menggunakan kumpulan untukmembuat keputusan. Sebagai contoh, suatu jawatankuasa akademik di sebuahuniversiti ditubuhkan untuk menilai keberkesanan sesuatu program atausekumpulan pekerja ditugaskan untuk menentukan suatu produk baru yangakan diperkenalkan kepada pengguna-pengguna. Ini terjadi kerana keputusan

    yang dibuat dalam kumpulan mempunyai lebih banyak kelebihan berbandingpembuatan keputusan secara individu.

    Pada pendapat anda, adakah keputusan secara kolektif lebih baikdaripada keputusan secara individu? Mengapa? Bandingkan jawapananda dengan jawapan rakan anda.

    AKTIVITI 3.3

    Berdasarkan perbincangan di atas, bagaimanakah pembuatan keputusanboleh diperbaiki lagi?

    LATIHAN 3.3

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    15/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 55

    KAEDAH-KAEDAH PEMBUATANKEPUTUSAN BERKUMPULAN

    Kaedah-kaedah berikut lazimnya digunakan dalam pembuatan keputusan secaraberkumpulan. Pada umumnya, terdapat tiga kaedah utama yang sesuatukumpulan gunakan untuk menjanakan hasil, seperti yang diringkaskan dalamRajah 3.4 di bawah.

    Rajah 3.4:Kaedah-kaedah pembuatan keputusan berkumpulan

    3.5.1 Sumbangsaran

    Sumbangsaran merupakan satu teknik yang menggalakkan penjanaan idea-ideasebanyak yang mungkin tanpa melibatkan sebarang kritikan. Ia adalah suatuproses pembuatan keputusan secara berkumpulan di mana maklum balas yangnegatif terhadap alternatif yang dibentangkan adalah dilarang sama sekalisehinggalah semua alternatif telah didengari (Certo, 2000). Tujuan

    sumbangsaran ialah untuk mengeluarkan idea-idea daripada setiap ahlikumpulan secara terbuka. Suatu aktivit kumpulan sumbangsaran yang berkesanbiasanya terdiri daripada lima hingga tujuh orang individu (Hoe et al., 1998).

    Secara ringkasnya, semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea-idea merekasendiri mengikut giliran. Pada peringkat awal, semua idea sama ada baik atautidak baik, sesuai atau tidak sesuai akan diterima tanpa dinilai bagi tujuanmenggalakkan semua ahli dalam kumpulan untuk menjana lebih banyak idea.Proses ini akan berterusan sehingga tiada lagi idea-idea yang dicadangkan. Setelahsemua idea telah dikumpulkan, penilaian akan dibuat dengan membincangkan

    3.5

    Apakah yang anda faham tentang sumbangsaran?

    SEMAK KENDIRI 3.4

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    16/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN56

    kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan idea-idea yang diutarakan.Kemudian, idea yang terbaik akan diterima.

    Kaedah ini adalah baik untuk menjana idea-idea. Namun demikian, ia jugamempunyai kelemahan-kelemahannya. Contohnya, ia menyekat pengeluaranidea-idea. Semasa ahli-ahli dalam kumpulan menyuarakan idea-idea merekamengikut giliran, kadang kala, idea yang telah timbul secara spontan mungkinhilang semasa ahli sedang menunggu gilirannya untuk bercakap. Pada masa-masa tertentu, ahli-ahli kumpulan mungkin merasakan yang idea-idea merekatidak cukup baik dan merasa segan atau malu untuk menyatakan idea merekakepada kumpulan.

    Kelemahan-kelemahan ini mengehadkan fungsi sebenar teknik sumbangsaran.

    Bagi mengatasi masalah-masalah ini, sumbangsaran kini boleh dibuat melaluipenggunaan komputer. Dalam kaedah ini, ahli-ahli kumpulan tidak perlumenunggu giliran mereka untuk menyatakan pendapat-pendapat mereka.Mereka boleh terus menaip ke dalam komputer dan oleh itu kehilangan ideatidak berlaku. Pada masa yang sama, identiti ahli-ahli kumpulan masih tidakdiketahui. Oleh itu, ahli-ahli tidak akan malu atau tidak selesa apabila penilaianidea-idea mereka dibuat.

    Proses 3.5:Proses sumbangsaran

    3.5.2 Teknik Kumpulan Nominal

    Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah pembuatan keputusan di manaahli-ahli kumpulan mencadangkan dan menilai idea-idea mereka secaraindividu sebelum berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:

    Langkah 1 Setiap ahli kumpulan mencatatkan idea mereka secara individubagi keputusan atau masalah yang dibincangkan.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    17/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 57

    Langkah 2 Setiap ahli akan membacakan idea-ideanya kepada semuaorang dalam kumpulannya untuk berkongsi pandangan denganmereka. Idea-idea tersebut biasanya ditulis di atas papan

    hitam/papan putih untuk dikaji semula dan rujukan olehsemua ahli kumpulan.

    Langkah 3 Satu perbincangan diadakan untuk menilai kelebihan-kelebihandan kelemahan-kelemahan setiap idea.

    Langkah 4 Ahli-ahli mengundi secara rahsia dan menulisnya di atassekeping kertas. Idea yang menerima paling banyak undianakan diterima dan dilaksanakan.

    3.5.3 Teknik Delphi

    Teknik Delphi merupakan satu kaedah pembuatan keputusan di mana panelyang terdiri daripada beberapa pakar akan menjawab soalan-soalan dan bekerja

    bersama-sama sehinggalah penyelesaian dapat dicapai bagi isu tertentu. Teknikini tidak memerlukan ahli-ahli panel untuk bersemuka. Mereka mungkin

    berinteraksi menerusi surat menyurat, e-mel dan sebagainya.

    Antara langkah-langkah yang terlibat dalam teknik ini adalah:

    (a)

    Pakar-pakar dalam sektor-sektor yang berkaitan akan dikenal pasti dandipilih oleh ahli-ahli panel.

    (b) Masalah-masalah akan diolah dalam bentuk soal selidik yang terdiridaripada soalan-soalan terbuka.

    (c) Soal selidik tersebut akan diberikan kepada ahli-ahli panel bersama denganpermintaan agar mereka mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian.

    (d) Setiap pakar akan melengkapkan borang soal selidik dan mengembalikannyakepada pengurus.

    (e) Semua jawapan akan diringkaskan dan digabung dalam bentuk laporan. Iakemudiannya dikembalikan kepada ahli-ahli panel bersama dengan borangsoal selidik yang lebih spesifik dan terperinci yang telah dikaji semula.

    (f) Ahli-ahli panel membaca laporan tersebut untuk mengetahui pendapat dancadangan-cadangan ahli yang lain berkenaan masalah tersebut. Di sampingitu, mereka juga melengkapkan borang soal selidik yang kedua.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    18/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN58

    (g) Proses ini diulang sehinggalah ahli-ahli mencapai keputusan sebulat suaratentang penyelesaian yang terbaik.

    3.5.4 Kelebihan-kelebihan Pembuatan KeputusanBerkumpulan

    Pembuatan keputusan secara berkumpulan menawarkan beberapa kelebihan-kelebihan berbanding dengan pembuatan keputusan secara individu. Padadasarnya, kumpulan-kumpulan ini dibentuk untuk menumpukan pengalaman

    dan kemahiran yang dimiliki oleh kumpulan-kumpulan individu tertentuterhadap masalah atau situasi tertentu.

    Ini bermakna kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran yanglebih berbanding dengan individu. Dengan maklumat tambahan ini, kumpulantersebut mampu untuk menangani sesuatu masalah dengan lebih baik danpunca masalah yang sebenar juga dapat diketahui. Pada masa yang sama, lebih

    banyak penyelesaian alternatif boleh dihasilkan.

    Ahli-ahli kumpulan pula datang dari pelbagai latar belakang, misalnya ada ahli-

    ahli daripada bahagian pemasaran, bahagian operasi, bahagian latihan dansebagainya. Ini membolehkan masalah dilihat daripada pelbagai perspektif yang

    berbeza.

    Penglibatan dalam kumpulan biasanya memberikan kepuasan kepada semua ahliyang terlibat. Mereka merasa puas hati kerana keputusan yang dibuat adalahyang telah dicadangkan oleh mereka. Maka, mereka akan menerima keputusanyang telah dibuat dan komited untuk menyempurnakan pelaksanaannya.

    Nyatakan kelebihan-kelebihan sumbangsaran secara elektronik berbandingdengan bertemu muka.

    LATIHAN 3.4

    Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan kelebihan-kelebihan dankelemahan-kelemahan pembuatan keputusan secara berkumpulan.

    SEMAK KENDIRI 3.5

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    19/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 59

    3.5.5 Kelemahan-kelemahan Pembuatan KeputusanBerkumpulan

    Walaupun pembuatan keputusan secara berkumpulan ada banyak kelebihannya,ia juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu. Kelemahan yangpaling ketara ialah ia biasanya mengambil masa yang lama. Ini termasuklahmasa yang sesuai untuk bermesyuarat bagi semua ahli kumpulan, masa yangdigunakan untuk perbincangan, masa yang terbazir akibat daripada masalahatau konflik yang mungkin timbul dalam kumpulan tersebut dan lain-lain.

    Di samping itu, terdapat kemungkinan perbincangan tersebut dikuasai olehindividu-individu tertentu. Ini akan membataskan penglibatan ahli-ahli lain danmemberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat.

    Kadang kala, keputusan/objektif kumpulan akan diketepikan oleh kumpulantersebut sekiranya objektif yang dicadangkan merupakan objektif peribadi.

    Pemikiran secara berkumpulan merupakan satu lagi masalah berkumpulan yangkerap berlaku semasa bekerja dalam satu kumpulan. Pemikiran merujuk kepadasituasi di mana ahli-ahli panel cuba untuk tidak mencadangkan idea-idea yang

    berbeza daripada ahli-ahli kumpulan yang lain kerana pelbagai sebab, mungkindemi mengekalkan persahabatan, untuk mengelakkan konflik, bimbangdipulaukan oleh orang lain dan sebagainya. Akhirnya, perbincangan tidak boleh

    dibuat secara rasional dan ini menjejaskan proses pembuatan keputusan.

    Semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatan keputusan berkumpulan. Pengurus perlu tahu kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan sebelum beliau boleh menentukan samaada untuk menggunakan pembuatan keputusan berkumpulan atau individu.Rajah 3.6 meringkaskan semua penerangan di atas.

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    20/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN60

    Rajah 3.6:Kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahanpembuatan keputusan berkumpulan

    KELEBIHAN-KELEBIHAN

    Berkongsi pengalaman dan kemahiran di kalangan ahli kumpulan. Lebih banyak maklumat, data dan fakta dapat dikumpulkan.

    Masalah-masalah boleh dilihat dari pelbagai perspektif.

    Meningkatkan penerimaan dan komitmen ahli-ahli terhadap keputusan yangdibuat.

    KELEMAHAN-KELEMAHAN

    Memakan masa yang lama.

    Perbincangan mungkin dikuasai oleh individu-individu tertentu.

    Ahli-ahli perlu berkompromi.

    Melibatkan kos yang tinggi sekiranya ramai ahli kumpulan perlu berjumpauntuk bermesyuarat.

    Ahli-ahli tertekan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

    Pemikiran secara berkumpulan.

    Bolehkah anda senaraikan faktor-faktor lain yang menyumbang kepadakelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatan keputusan

    berkumpulan?

    SEMAK KENDIRI 3.6

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    21/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 61

    Soalan-soalan Aneka Pilihan

    1. Manakah antara berikut BUKAN sebahagian daripada pembuatankeputusan rasional?

    A. Proses intuisiB. Mentakrifkan masalahC. Menilai alternatif-alternatifD. Memilih penyelesaian-penyelesaian yang optimum

    2. Apakah langkah pertama dalam membuat keputusan yang rasional?

    A. Mengenal pasti kriteria keputusanB. Memperuntukkan pemberat kepada kriteriaC. Mentakrifkan masalah-masalahD. Menjana alternatif-alternatif

    3. Apakah kaedah yang paling berkesan untuk menjana sebanyak ideayang mungkin?

    A. Analisis individuB. Teknik DelphiC. Sumbangsaran secara bersemukaD. Sumbangsaran secara elektronik

    4. Ia merujuk kepada suatu keadaan di mana ahli-ahli kumpulan cubamengelak daripada mencadangkan idea-idea yang berbeza daripadaahli-ahli kumpulan yang lain.

    Keterangan di atas merujuk kepada:

    A. Teknik DelphiB. SumbangsaranC. Pemikiran berkumpulanD. Teknik kumpulan nominal

    LATIHAN 3.5

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    22/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN62

    5. Manakah antara berikut BUKAN suatu keadaan untuk pembuatankeputusan?

    A. Keadaan kepastianB. Keadaan ketidakpastianC. Keadaan separa berisikoD. Keadaan berisiko

    Pernyataan BENAR B) atau PALSU P)

    1. Terdapat dua jenis persekitaran dalam pembuatan keputusan iaitukeadaan kepastian dan keadaan ketidakpastian.

    2. Kriteria keputusan adalah ciri-ciri atau unsur-unsur yang akandiambil kira semasa membuat keputusan.

    3. Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan yang rasionaladalah menjana alternatif sebanyak yang mungkin.

    4. Pemikiran berkumpulanmerupakan salah satu kelebihan pembuatankeputusan secara berkumpulan.

    5. Sumbangsaran, teknik kumpulan nominal dan teknik Delphi adalahkaedah-kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan.

    Soalan Kes: Pembuatan Keputusan

    1. Apakah yang sedang berlaku dalam senario di atas?

    2. Apakah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

  • 7/24/2019 20150121065945_Topik 3 Pembuatan Keputusan

    23/23

    TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 63

    Dalam topik ini, kita telah mempelajari bahawa pembuatan keputusan terdiridaripada tiga jenis persekitaran dalam keadaan kepastian, keadaanketidakpastian dan keadaan berisiko.

    Pembuatan keputusan dalam sesuatu situasi adalah ditentukan olehkecukupan maklumat yang diperoleh dalam proses pembuatan keputusan.

    Turut dibincangkan ialah proses-proses pembuatan keputusan rasional yangmerangkumi langkah-langkah berikut: pertama, mentakrifkan masalah;kedua, mengenal pasti kriteria keputusan; ketiga, memperuntukkanpemberat kepada setiap kriteria; keempat, menjana penyelesaian alternatif;

    kelima, menilai setiap alternatif; dan keenam, memilih keputusan yangoptimum.

    Namun demikian, pembuatan keputusan yang rasional dihadkan olehbatasan-batasan tertentu seperti kerasionalan terbatas, kesilapan umum danpembuatan keputusan dalam persekitaran yang berisiko.

    Meskipun begitu, pembuatan keputusan masih boleh diperbaiki denganbeberapa kaedah.

    Pertamanya, membuat keputusan dengan menggunakan peraturan dan ujianyang khusus seperti peraturan keutamaan, peraturan syarat minimum danmenjalankan pelbagai ujian pemboleh ubah dan kedua, membuat keputusansecara berkumpulan.

    Terdapat beberapa kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan iaitusumbangsaran, teknik kumpulan nominal dan teknik Delphi.

    Walaupun pembuatan keputusan secara berkumpulan mempunyai banyakkelebihannya, ia juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu.

    Pemikiran berkumpulan

    Peraturan syarat minimum

    Peraturan keutamaan

    Sumbangsaran

    Teknik Delphi

    Teknik kumpulan nominal