aa210- pengurusan dalam islam-libre

Upload: akhtar-yusuf

Post on 16-Feb-2018

329 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    1/91

    PENGURUSAN DALAM ISLAM

    Asmahan Mokhtar

    Nurshahiza Mohamad Isa

    Norni Abd Wahab

    Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

    Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

    Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    2/91

    Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

    Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

    Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

    All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any

    retrieval system or transmitted in any form or by any mean electronics, mechanical,

    photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :

    Curriculum Development and Assessment Section,

    Curriculum Development and Career Training Division

    Department of Polytechnic Education, MOHE

    Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

    Perpustakaan Negara Cataloguing in-Publication Data

    Pengurusan Dalam Islam Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa, Norni AbdWahab

    ISBN

    1. Islam2. Pengurusan Islam

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    3/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    Editorial

    Editor

    Pn. Yusma bt. Yusof

    Ketua Penolong Pengarah

    Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

    Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

    Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

    En. Yusni b. MohamadYusak

    Penolong Pengarah KananSeksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

    Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

    Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

    Pn. Suzianah bt. Sahar

    Penolong Pengarah

    Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

    Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan KerjayaJabatan Pengajian Politeknik, KPT

    Penulis

    Pn. Asmahan bt. Mokhtar

    Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

    Pn. Nurshahiza bt. Mohamad Isa

    Politeknik Seberang Perai (PSP)

    Norni bt. Abd Wahab

    Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    4/91

    Bab - 1Konsep Pengurusan Islam

    Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)

    Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)

    Norni bt. Abd Wahab (PKK)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    5/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    5

    BAB 1

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:

    Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

    1. Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)

    1.1 Memahami konsep pengurusan Islam

    Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan

    sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

    Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan

    yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi

    yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT

    dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

    1.1.1 Pengertian pengurusan dan pentadbiran

    1.1.1.1 Pengurusan

    KONSEP PENGURUSAN ISLAM

    Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan

    perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan

    dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi

    hinggalah kepada pengurusan sebuah negara

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    6/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    6

    Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi

    melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik,

    teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan

    pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti

    mencakupi 3 elemen utama iaitu :

    i. Pengurus

    ii. Organisasi

    iii. Tatacara atau garis panduan pengurusan.

    Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa sebab

    pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi. Antara keperluan pengurusan

    termasuklah :

    Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi tidak mungkin dapat beroperasi

    dengan lancar dan bersistematik.

    Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan

    cekap dan pantas.

    Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang

    dikehendaki.

    Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.

    Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    7/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    7

    Proses Pengurusan

    Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenalpasti

    fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini

    merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan.

    Ramalan dan

    Perancan an

    Pengurus melihat masa depan dan

    membuat keputusan berhubung

    atau berdasarkan tindakan yang

    akan diambil.

    Pengelolaan

    Pengurus mengumpul kerja-kerja

    yang berkaitan dalam kelompoktersendiri, kemudian menyusun

    ahli-ahli dan seterusnya

    menetapkan tugas ahli-ahli

    Arahan

    Pengurus memberi arahan dan

    panduan untuk memastikan kerja

    dapat dibuat dengan cekap dan

    sempurna.

    Penyelarasan

    Pengurus menyatukan segala usaha

    dan aktiviti yang dikira penting

    serta memastikan segala aktiviti

    berjalan sesuai dengan rancangan

    yang telah ditetapkan.

    Kawalan

    Pengurus membuat pemeriksaan

    dan penyeliaan yang berterusantentang pelaksanaan rancangan dan

    memastikan tindakan yang diambil

    tepat.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    8/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    8

    1.1.1.2 Pentadbiran

    Asas sesebuah pentadbiran adalah untuk mencapai matlamat organisasi melalui

    kakitangannya yang cekap, amanah, setia, dedikasi dan berkesan. Dalam

    melaksanakan tugasnya, manusia memerlukan keseluruhannya pengurusan,

    kepimpinan, pengambilan keputusan, perhubungan manusia dan kelengkapan

    kerja membentuk satu sistem pentadbiran.

    Definisi Pentadbiran

    Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan

    urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-

    lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk

    mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi

    pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau

    konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa

    pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan

    pekerjaan atau sesuatu organisasi denganbetul dan cekap.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    9/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    9

    Dr. S.P Siagian mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada tujuh peringkat

    kegiatan iaitu:

    Penentuan tujuan yang hendak dicapai, dimana sifat, skop dan bentuk tujuan itu

    akan menentukan kegiatan yang seterusnya

    Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, dimana mencakupi tujuan akhir,

    strate i erlaksanaan dan taktik an hendak di unakan.

    Perumusan polisi, dimana pimpinan organisasi bertanggungjawab untuk

    merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan

    Pengambilan keputusan, di mana ia merupakan satu proses yang penting dalam

    pentadbiran.

    Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan selanjutnya

    dilaksanakan, atau dengan kata lain dipanggil fungsi pengurusan seperti

    perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.

    Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem), membolehkan pengukuran dan

    perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau

    standard yang telah ditetapkan sebelumnya

    Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas, di mana

    merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan

    membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali

    perjalanan organisasi, perumusan polisi baru, perancangan semula, memperbaiki

    sistem pengurusan dan sebagainya.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    10/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    10

    1.1.2Menjelaskan peranan tauhid sebagai asas pengurusan

    Pengenalan

    Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka dengan itu, ianya tidak dapat

    dipisahkan dengan paksi )slam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui roh tauhid

    inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh

    kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada

    satu ketika dahulu.

    Konsep Tauhid

    Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam

    semestinya berteraskan kepada konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati

    ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan

    sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya. Konsep

    tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan

    Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan

    doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia

    adalah makhluk Allah SWT.

    Konsep ini meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang

    sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah

    manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha

    Pencipta, sementara manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah di muka

    bumi ini.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    11/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    11

    Konsep tauhid bertujuan untuk menjalinkan ikatan di antara manusia

    dengan :

    Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid ini

    dengan sebenarnya.

    Penciptanya

    (HablunMinallah)

    Manusia tidak bolehmengagung-agungkan inovasi-inovasi manusia berupaperundangan, adat-istiadat,teori-teori dan falsafah-falsafahyang bertentangan denganajaran Islam itu sendiri. (JiwaMohd.Isa (1998). "KonsepPengurusan dari Perspektif)slam.Jurnal Produktiviti,5)

    Secara idealnya pula, seseorangitu tidak harus tunduk atau

    menurut perintah ketuanyaataupun mana-mana pihaksekiranya perintah tersebutjelas berlawanan denganprinsip-prinsip Islam.

    SesamaManusia

    (H

    ablunMinannas)

    Menyeru manusia memperbaikidan mempertingkatkanhubungan kerjasama antaramereka bagi kesejahteraanhidup bermasyarakat.Hubungan di antara manusiasesama manusia hendaklahberlandaskan kepada nilai-nilaipersaudaraan, toleransi, kasihsayang, persefahaman dankeadilan. Jika nilai-nilai ini

    diabaikan, masyarakat akanmenjadi kucar-kacir, dipenuhidengan syakwasangka,permusuhan danperbalahan

    1. Tujuan Penciptaan Manusia

    Dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan

    diri kepada Aku Allah SWT. Az-Zariyat : 56)

    2. Mendapat Keredhaan Allah SWT

    Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan daripada Allah dan Rasulnya,sekiranya mereka adalah daripada orang yang beriman. At-Taubah ; 62)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    12/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    12

    Implikasi Tauhid Terhadap Pengurusan

    Sekiranya semangat tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu

    muslim dengan sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam

    kepada kehidupan sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid

    akan memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuanseseorang muslim. Ini kita hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang

    pentadbiran atau pengurusan seperti berikut :

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    13/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    13

    1. Individu muslim akan bersikapterbuka, tidak jumud dan sempitfikirannya. Dari sudut pengurusan, diaakan menjadi seorang pekerja yangberamanah, cekap dan berdisiplin. Dia

    melihat organisasi sebagai satu unitkecil daripada sistem alam semestayang tujuan akhirnya adalah untukmendapat rahmat dan keredhaanAllah SWT.

    2. Melahirkan insan yang mempunyai hargadiri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi. Dalamorganisasi , individu seperti ini akan beranimemperkatakan sesuatu yang hak danbenar,walaupun ini boleh menjejas

    kedudukannya. Walaupun demikian,sekiranya ini perlu dilakukan di hadapanseorang ketua, ia hendaklah dilakukandengan cara yang hikmah.

    3. Menjana insan yang mempunyai rasarendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikapsombong, angkuh dan bongkak walaupunmempunyai kuasa atau autoriti dalamorganisasi. Sikap pekerja atau pengurusseperti ini akan dapat membentuk budaya

    kerja yang dicirikan oleh semangat hormat-menghormati, prihatin dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

    4. Konsep tauhid akan menjadikannyamanusia itu orang yang soleh, berani danberdiri tegak dalam kebenaran. Individutersebut percaya dia tidak akan menempahkejayaan melainkan dia mengikut perintahAllah SWT. Keyakinan seperti ini sudahtentunya akan menjadikan seseorangpekarja atau pengurus itu mengamalkan

    nilai-nilai murni, amanah dalamtanggungjawab dan rajin serta cekapmenjalankan tugas.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    14/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    14

    Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan semestinya berteraskan konsep

    tauhid. Konsep tauhid ini mencerminkan pandangan dunia dan alam yang

    bersepadu. Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas

    sekalian mahluk-Nya. Oleh itu sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam

    dalam perkhidmatan awam hendaklah berteraskan kepada konsep tauhid

    tersebut.

    Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipraktikkan oleh individu Islam

    dengan sebenar-benarnya, maka sudah semestinya ianya akan menghasilkan

    implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan seharian.

    5. Tidak akan mudah putus asa apabilaberlakunya musibah ataupun kegagalan

    6. Semangat tauhid membina insan yangmempunyai tahap kesabaran, keazaman dankesungguhan yang tinggi.

    7. Mewujudkan sikap aman, redha danmenghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan irihati.

    8. Membuatkan manusia patuh kepadaperaturan-peraturan dan undang-undang yangtelah ditetapkan oleh Allah SWT.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    15/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    15

    Implikasi yang boleh dikaitkan dengan pentadbiran ialah :

    1. Individu muslim akan bersifat terbuka, tidak jumud dan sempitpemikirannya.

    2. Konsep tauhid akan melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan

    diri yang begitu tinggi.

    3. Semangat tauhid menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.

    4. Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh,

    berani bertindak dan berdiri tegak dengan kebenaran.

    5. Orang yang beriman tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.

    6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran,

    keazaman, dan kesungguhan yang tinggi.

    7. Semangat tauhid mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap

    tamak, haloba dan dengki.

    8. Konsep tauhid membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan

    Allah.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    16/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    16

    1.1.3Menerangkan konsep al-istikhlaf.

    Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang

    ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan

    memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan

    mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang

    amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia.

    Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan

    tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untukmenjadi pengurus dunia.

    Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukkan kepada

    manusia sejak awal kejadian iaitu semasa Nabi Allah Adam diciptakan.

    Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan dibandingkan dengan

    makhluk-makhluk lain iaitu untuk memikul tugas membangun dan

    memakmurkan dunia.

    Dari prinsip istikhlaf inilah berpaksinya sistem kerana bermula dari titik

    inilah manusia ditetapkan dengan tanggungjawab mengurus segala isi

    kandungannya. Ianya adalah termasuk manusia itu sendiri, segala sumber

    kekayaan alam dan segala pemberian serta kemurahan Ilahi dalam bentuk

    ilmu termasuk sains dan teknologi.

    Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : Bagi Allahlah segala yang ada

    di langit dan di bumi.Terjemahan Surah al-Maidah : 17. Oleh itu manusia

    bertanggungjawab menjaga, mengolah, mengguna dan mengagihkan harta

    yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka

    yang memerlukannya.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    17/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    17

    Secara terperincinya boleh dijelaskan seperti berikut :-

    Kedudukan ini meletakkan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T

    dalam keadaan keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang

    boleh mendatangkan kerosakan kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada

    alam sekitar, pembaziran dan pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber

    manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status

    manusia dalam konteks ini diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah S.W.T dan

    bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia

    sebagai khalifah ini, Allah berfirman yang bermaksud :

    Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah

    pengeluaran, mempertingkatkan kidmat bakti kepada masyarakat, membangun

    dan menggalakkan pertumbuhan. Tentang peranan ini, al-Quran menjelaskan

    dalam surah Huud ayat 61 yang bermaksud : Dia telah menciptakan kamu dari

    bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya. Falsafah ini jelas mengikat

    manusia dengan peranan yang positif untuk memakmurkan bumi. Dalam

    perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan menjuruskan segala aktiviti

    perekonomian di atas landasan yang sihat dan bermanfaat.

    i) Melaksanakan tanggungjawab sebagai

    khalifah.

    Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan

    sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang

    diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya Dia

    Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Surah Al-Anam ayat

    ii) Memakmurkan bumi

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    18/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    18

    1.1.4Membandingkan Pengurusan Islam dan Barat

    Berdasarkanparadigm tauhid yangmenekankankeseimbangan dankesepaduan antaratuntutan keduniaandan akhirat

    PengurusanIslam

    Tidak berteraskanprinsip agama,malahan bersifatdualism dalam banyakhal

    PengurusanBarat

    Keuntungan dantanggungjawab sosialmembawa kepadakebaikan hidupindividu,organisasi,Negara dan ummahsecara menyeluruh

    PengurusanIslam Memaksimumkankeuntungan untukkebaikandiri,organisasi sertanegara dari sudutkebendaan dankeduniaan semata-mata

    PengurusanBarat

    Sebagai hamba Allahdan juga khalifahNya dibumi ini.

    PengurusanIslam

    Mengabdikan dirikepada ketua danorganisasi

    PengurusanBarat

    Teras Pengurusan

    Matlamat

    Fungsi Individu

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    19/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    19

    Upah yang setimpaldi sampingmengambil kirapersoalan dosa danpahala yang bersifatlahiriahdankerohanian

    PengurusanIslamBersifat lahiriahkeduniaan yangbersifat jangkapendek

    PengurusanBarat

    Berlandaskan niatyang ikhlas danmenjadikan bekerjasebagai satu ibadahdengan segalaimplikasinya

    PengurusanIslam

    Bekerja untukmendapat kepuasankebendaan,untukkehidupan dankepuasan diri semata-mata.

    PengurusanBarat

    Didorong untukmendapat keredhaanAllah selain daripadauntuk memenuhituntutan majikan

    PengurusanIslam Lebih didorong oleh

    faktor kebendaan danpengiktirafan majikan

    PengurusanBarat

    Berdasarkan dimensiekonomi, kerohaniandan jugatanggungjawab sosial

    PengurusanIslam Lebih berdasarkan

    dimensi ekonomi dankebendaan

    PengurusanBarat

    Sistem Ganjaran

    Falsafah Bekerja

    Motivasi bekerja

    Ukuran Prestasi

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    20/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    20

    Wahyu iaitu al-Qurandan al-Sunnah

    PengurusanIslam

    Sentiasa berubah danamat bergantungkepada dorongansuasana dan tuntutansemasa

    PengurusanBarat

    Berasas kepada akhlakatau etika Islam yangabadi

    PengurusanIslam

    Berubah-ubahmengikut norma dannilai masyarakat yangberubah

    PengurusanBarat

    Membina peribadi danakhlak insan

    PengurusanIslam

    Menekankan ilmu dankemahiran sehinggameremehkan soalakhlak

    PengurusanBarat

    Terikat dengan hukumhakam agamaterutama dalammembuat keputusandan membentukbudaya.

    PengurusanIslam

    Tiada kaitan langsungdengan hukum hakamdalam amalanpengurusan.Ini keranaagama menurutmereka hanyalahurusan peribadi.

    PengurusanBarat

    Etika Kerja

    Penekanan

    Kaitan dengan agama

    Sumber

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    21/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    21

    1.1.5 Membincangkan contoh model pengurusan zaman

    Rasulullah s.a.w.

    Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepada

    syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah

    merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan

    satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui

    perantaraan Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadi

    contoh yang terbaik kepada manusia dalam menguruskan urusan duniawimahupun ukhrawi.

    Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin

    yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya

    kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya

    merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.

    Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu :

    i. Era Mekah

    ii. Era Madinah.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    22/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    22

    A. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN DAKWAH

    Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwah

    telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan

    Nabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai Baginda

    SAW.

    Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :-

    i. Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)

    ii. Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)

    iii. Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan di

    bawah jagaan Baginda)

    iv. Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)

    Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannya

    melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilangan

    mereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelar

    sebagai al-Sabiqun al-Awwalun.

    Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjang

    tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk

    Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahui

    dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun

    mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah

    Nabi Muhammad SAW.

    Dakwah Secara Rahsia

    ERA MEKAH

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    23/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    23

    1. Terus terang kepada Kaum Kerabat

    Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke -4 kenabian Baginda SAW. Ayat

    pertama yang turun berkenaan hal ini ilaha ayat 214 dari surah Asy-Shuara :

    Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada

    beberapa langkah :

    1. Memanggil Bani Hashim.Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin 'Abd Manaf.Sebelum Nabi SAW berucap,Abu Lahab terlebih dahulu

    memberikan ucapan denganmeremehkan Nabi SAW.

    2. Baginda memanggilmereka kali kedua. Kali ini,Abu Talib telah mengatakanbahawa sokongan akandiberikan terhadap apa yangdiucapkan oleh Nabi SAW.

    Dakwah Secara Terbuka

    Ertinya : Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu

    yang dekat.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    24/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    24

    Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit, Celaka engkau

    seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami? Kemudian

    turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.

    2. Terus terang kepada orang ramai (umum)

    Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah SAW setelah turunnya perintah Allah di

    dalam Surah al-Hjir ayat 94 :

    Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-

    pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan

    menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.

    Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy.

    Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai

    penyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pemgikut

    Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

    B. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN

    Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan

    kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah

    diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah

    dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah

    dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya.

    Ertinya : Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada

    kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan

    tentangan kaum musyrikin.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    25/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    25

    Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10

    tahun di Madinah.

    Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya

    terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan

    Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya

    apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar.

    Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-

    kanak Islam Madinah membaca dan menulis.

    Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh

    dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa

    tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.

    Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    26/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    26

    C.PERANCANGAN RASULULLAH SEBELUM BERHIJRAH

    Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan

    oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :

    i. Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang

    yang beragama Islam.

    ii. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin

    Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal

    puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah

    mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk

    member perkhabaran tentang orang Quraish.

    Rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yangpertama, iaitu pada tahun 610 M. Galakan Rasulullah SAW kepadaumat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukansekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan

    diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-hentimenyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat, di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAWsekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam beradadalam kejahilan dan buta huruf.

    Menyampaikan ilmu

    Pendidikan Islam

    Baginda menyuruh agar setiap seorang memberi pelajaran kepadakeluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalahmengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Qurandan tafsirnya, hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta

    bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara danmasalah yang baru berlaku dari satu masa ke satu masa.

    Perintahkan sahabat

    belajar

    menulis

    Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya sama-sama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernahmengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isterinya Sayyidah Hafsahmenulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkanbilangan umat Islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama adalelaki atau perempuan.

    Galakankepadakaum

    perempuan untuk

    menuntut

    ilmu

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    27/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    27

    iii. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu Amir bin

    Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka

    bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan

    mereka minum susu pada waktu malam.

    Contoh di atas membuktikan bahawa perancangan dan pengurusan adalah perkara

    yang amat penting dalam Islam.

    Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk,

    yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada

    tiga kabilah, iaitu Qainuqa, al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak

    aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di

    kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj

    dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan, sama ada antara etnik dan kabilah

    atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti

    kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.

    Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat

    pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk

    mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah SAW membuat perjanjian

    dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam

    pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

    Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut

    bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.

    Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam

    Madinah.

    ERA MADINAH

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    28/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    28

    Membinamasjid

    Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid denganharga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas parasahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimenuntuk menyatupadukan ummah, sebuah universiti bagi mengajarsoal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untukkehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dantempat di mana solat didirikan secara berjemaah.

    ProgramKeluarga

    angkat

    Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kinisebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abadyang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisiyang mempunyai kesan jangka panjang dalam menjayakansesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yangdilakukan oleh Nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antaragolongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripadaMuhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripadaAnsar.

    PerjanjiandenganYahudi

    Rasulullah SAW membuat perjanjian bertulis dengan yahudi.Dalam perjanjian tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiapgolongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasanmenjalankan syariat agamanya masing- masing dengan dasarsaling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajibmenjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota madinah sertabersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman danserangan musuh dari luar kota.Mereka akan menjadikan kotamadinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harusterpelihara kesuciannya.

    Aspek-aspek Utama Piagam Madinah

    Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah

    yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara

    penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk

    kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua

    ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka

    sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

    Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummahyang

    tidak terpengaruh dengan apa apa elemen yang tidak baik dari luar.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    29/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    29

    Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di

    dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang

    memerintah dunia selama tujuh abad.

    Hal ini menunjukkan pencapaian besar Rasulullah SAW dalam pelaksanaan

    hijrah dan mengubah landskap akidah, undang-undang dan akhlak masyarakat

    jahiliah adalah kerana kecemerlangan perancangan yang strategik. Rasulullah SAW

    menyedari walaupun Islam baru bertapak di Makkah, tetapi ia memiliki kekuatan

    untuk membina masa depan manusia selari dengan standard piawaian yang

    ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, kepimpinan Rasulullah dalam merancang

    dan menguruskan pentadbiran perlu dicontohi bagi melahirkan sistem

    pengurusan yang terancang dan sistematik.

    RUJUKAN

    Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:

    Darul Fikir. (ISBN 9830420132)

    Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.

    Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan

    bertanggungjawab mempertahankan negaradari apa -apa serangan

    musuh.

    Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing

    masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

    Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka

    mematuhi perlembagaan tersebut.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    30/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    30

    Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &

    Publications Sdn. Bhd.

    Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.

    Kedah: Universiti Utara Malaysia

    Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:

    Alam Raya Enterprise.

    Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jamiush Shaghir.

    Johor Darul Tazim: Perniagaan Jahabersa. )SBN:3-077-288-8)

    Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications

    Sdn. Bhd.

    Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:

    Attin Press Sdn. Bhd.

    Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:

    Utusan & Publications Sdn. Bhd.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    31/91

    Bab - 2Objektif Dan Prinsip Pengurusan Islam

    Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)

    Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)

    Norni bt. Abd Wahab (PKK)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    32/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    32

    BAB 2

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

    1. Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)

    Sebagai sistem pengurusan, sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau

    objektif yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat

    penting. Di antara kepentingan objektif termasuklah: (Rasid Muhamad : 2011)

    OBJEKTIF DAN PRINSIP

    PENGURUSAN ISLAM

    1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang

    melambangkan matlamat yang hendak dicapai. Ia menjadi garis

    panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi

    2. Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber

    yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kea rah pencapaian

    objektfif yang telah digariskan.

    3. Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan

    dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini,

    pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan.

    4. Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dapat

    dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang

    diperolehi. Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran serta

    pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah yang

    datan .

    Objektif Pengurusan Islam

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    33/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    33

    Dalam konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya

    tidak lari dari matlamat umum syariah )slamiah iaitu: (Rasid Muhamad : 2011)

    Menjaga keselamata agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan

    terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti

    sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks

    organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan

    hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman

    tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan

    yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan

    Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara

    jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara

    nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah:

    Bermaksud:

    a Menjaga keselamatan agama

    b. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)

    Dega sebab kisah pebuuha keja yag deikia itu, Kai tetapka atas Bai

    Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang

    membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi,

    maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga

    keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan

    hidup ausia seuaya.(al-Maidah:32)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    34/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    34

    Keterangan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap

    individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi

    keutamaan. Ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di lapangan

    perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam

    nyawa manusia hendaklah dihindarkan.

    Menjaga akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah Islam. Oleh

    itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang

    paling berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yang

    membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu

    dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara

    keseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan akal adalah

    dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkan

    perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia

    Ini berdasarkan firman Allah:

    Bermaksud:

    c. Menjaga keselamatan akal

    Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan

    berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya)

    kotor (keji) dari perbuatan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya

    kamu berjaya.

    al-Maidah:90

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    35/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    35

    Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat

    syariah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah

    dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.

    Ini sejajar dengan firman Allah :

    Bermaksud:

    Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina

    dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat

    dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan

    budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu,

    organisasi dapat dillihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang boleh

    menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan

    masyarakat.

    Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu

    perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.

    al-)sra:

    d. Menjaga keselamatan Maruah

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    36/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    36

    Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-

    syariah.Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:

    Bermaksud:

    Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yang

    dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru itu, setiap

    individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta

    dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara

    harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlaku

    pemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehi

    harta yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkannya dengan cara yang

    salah seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Segala amalan yang baik

    tersebut perlu dijadikan budaya di kalangan warga organisasi. Dengan itu,

    pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah. (Rasid Muhamad :

    2011)

    Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan

    budaya yang ingin dikembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiring

    dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasiitu sendiri.

    e. Menjaga keselamatan harta

    Da orag lelaki yag euri da orag perepua yag euri aka

    (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa

    yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah,

    dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksaa.(al-Maidah:38)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    37/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    37

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

    1. Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam (CLO 2)

    Pengurusan )slam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada kerajaan

    )slam atau pemerintahan )slam. Oleh itu, prinsip sebuah Negara )slam. Secara

    umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

    Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia

    dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang

    ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya

    kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada

    suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah

    merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad

    Ibrahim : 1991)

    a. Al-Ubudiyyah

    Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi

    utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri

    seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseoang

    individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan

    pengabdian diri kepada Allah.

    Prinsip Pengurusan Islam

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    38/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    38

    Firman Allah :

    Bermaksud :

    Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan

    muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorangpemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami

    konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim : 1991)

    2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau

    kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah)

    Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata

    kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.

    1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia

    dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-

    mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana

    sahaja sama ada di kebun, di tempat-tempat perniagaan kerana semua

    perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta

    pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri

    Jagalah kau seah dua tuha. Haya Dia Tuha yag Esa, sea itu takutlah

    kamu kepada Ku. Allah memilikki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya

    (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain

    daripada Allah

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    39/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    39

    Firman Allah Bermaksud:

    Firman Allah :

    Bermaksud:

    Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada

    manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan

    dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya

    sebagai punca rezki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Ahmad

    Ibrahim : 1991)

    Firman Allah yang bermaksud :

    Igatlah ketika Tuhau erfira kepada alaikat: sesugguhya Aku aka

    ejadika seorag khalifah di atas uka ui. Maka jawa ereka: adakah patutEngkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan

    eupahka darah sedagka kai ertasih euji da esuika Egkau?

    Allah erfira: esugguhya Aku egetahui apa yag tidak kau ketahui.

    (al-Baqarah: 30)

    Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka jawab ruh: Ya, kami bersaksi

    supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnyakami lupa terhadap hal ini.

    (al-Araf :7

    Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi sertra memakmurkan kamu di

    dalamnya. (Hud: 61)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    40/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    40

    Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan

    pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya

    organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah

    serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad : 2011)

    1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep

    pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya

    adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai

    oleh Islam.

    2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai

    matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiah

    kepada Allah . Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut

    mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan

    terhadap konsep matlamat menghalalkan cara.

    3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong

    oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud

    budaya yang bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    41/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    41

    Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati dapat memberi kesan yang positif

    kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang

    diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah:

    (Rasid Muhamad : 2011)

    1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan

    dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan

    mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan

    tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan

    bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam

    2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan

    setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah

    dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.

    Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk

    nilai dan buda a an ositif di dalam or anisasi.

    3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu

    yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini

    akan menyumbang ke arah pengurusan dan

    mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif

    seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya

    4. Agama menjadi unsur utama dalam menetukan

    tindak- tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan

    itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama

    sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan

    perkembangan organisasi

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    42/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    42

    Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana

    melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan

    sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan

    mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan

    kemajuan organisasi.

    Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:

    b. Al-Syura

    Al-Syuramerupakan prinsip pengurusan Islam yang ke dua. Kepentingannya ditegaskan

    dengan nyata di dalam al-Qura dapat dikukuhka oleh suah Rasulullah s.a.w serta

    amalan para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan

    seharian.

    1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik

    berdasarkan logik akal , keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai

    lebih baik daripada pandangan seorang.

    2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada

    perbincangan yang lebih matang dan mendalam

    3. Syurajuga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana

    ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

    4. Melalui syura,kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang

    dibuat telah diputuskan secara ramai

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    43/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    43

    .

    Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka

    yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat

    baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut: (Rasid

    Muhamad : 2011)

    .

    5. Syura akan meningkatkan komitmen pekrja kerana keputusan tersebut

    dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang

    dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

    6. Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu,

    berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang

    berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama

    apabila mereka diajak berbincang dan membuat keputusan bersama.

    1. Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.

    2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang

    yang zalim dan melakukan kejahatan.

    3. Seorang yang jujur dan bertaqwa.

    4. Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.

    5. Seorang yang adil.

    6. Seorang yang berilmu dan terpelajar.

    7. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    44/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    44

    Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks

    organisasi melibatkan perkara-perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

    Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan

    melibatkan perkara-perkara berikut:

    1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi.2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut

    syariah.

    3. Meluluskan program-program kewangan4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memkirkan bagaimanakah cara

    untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.

    5. Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkanperlu.

    6. Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar7. Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan

    pendapat demi kemaslahatan organisasi.8. Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang

    c. Al-Hurriyah

    Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini

    bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia

    miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa

    sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.. (Rasid Muhamad : 2011)

    1.Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang

    dianuti.

    2.Kebebasan berfikir.

    3.Kebebasan bersuara.

    4.Kebebasan memiliki dan mencari harta.

    5.Kebebasan untuk menuntut ilmu.

    6.Kebebasan bergerak.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    45/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    45

    Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambilkira

    beberapa perkara berikut:

    Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organisasi, kebebasan

    melambangkan penghargaan Iwslam terhadap hak yang dimiliki individu,

    selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam.

    Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti, serta keterbukaan yang

    dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kea rah kebaikan dan

    kecemrlangan organisasi.

    1. Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan

    awam. Hal ini kerana dalam Islam, apabila bertembung antara

    kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan

    umum itu hendaklah didahulukan.

    2. Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud

    kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan

    kepentingan dan kebebasan diri.

    3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip

    agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    46/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    46

    Firman Allah:

    Bermaksud:

    d. Al-Musawah

    Al-Musawahatau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam.

    Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal

    daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang

    membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan,

    tanggungjawab dan ketaqwaan.

    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari

    lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan

    perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-

    puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan

    yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang

    lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya

    (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat:13)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    47/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    47

    Pelaksanaan musawahatau persamaan di dalam organisasi melibatkan beberapa

    perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

    Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan

    kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan

    keturunan, warna kulit dan sebagainya. Tetapi ia dibina atas dasar persamaan,

    yang mana dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan yang

    sama untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukanorganisasi.

    1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari

    sudut peraturan dan undang-undang.

    2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut

    kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah,

    kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri.

    4. Pembahagian tugas hendaklah mengambilkira aspek

    kemanusiaan dan persamaan.

    3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan

    kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai

    peluang dan hak yang sama.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    48/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    48

    PRINSIP OPERASI

    2.3.1 MEMBINCANGKAN PRINSIP OPERASI

    Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan

    merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan

    seseorang pengurus. Untuk membantu kejayaan pengurus menguruskan pekerja

    dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang

    pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi

    pengurusan Islam.

    Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga

    sebahagian daripada prinsip ini juga dipraktis dalam pengurusan moden.

    Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah

    beberapa prinsip tersendiri yang membezakannya dengan pengurusan moden.

    Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan

    kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam.

    (Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif Islam Azman Che Omar)

    2.3.2 MENGHURAIKAN KETAATAN KEPADA ORGANISASI

    PENGENALAN

    Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa

    mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat

    digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua

    (imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara

    berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah

    juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup

    berorganisasi. Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri

    penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    49/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    49

    DEFINISI ORGANISASI

    KETAATAN KEPADA ORGANISASI

    Meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama

    bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu :

    Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung

    antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.

    Dalam buku Mengurus Secara )slam, Yusof )smail mengungkapkan, organisasi

    didefinasikan sebagai struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaanJackson

    dan Musselmen,,kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk

    mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.

    Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada

    pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.

    Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus

    tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi

    arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.

    1

    arahan tersebut mestilah berada dalam

    bidang tersebut.

    2

    kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam

    deskripsi kerja.

    3

    kerja tersebut boleh dilakukan mengikut

    keupayaan mental dan fizikal pekerja.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    50/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    50

    Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia

    penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang

    hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga

    melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang

    ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman

    Allah s.w.t :

    Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan

    ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang

    lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan

    arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh

    Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :

    Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah

    kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa)

    dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)

    Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada

    (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman

    kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)

    Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah

    Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti

    mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua)

    bererti ia melanggari perintahku. Riwayat Muslim)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    51/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    51

    Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang

    atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang

    bermaksud :

    Ketaatan kepada arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi

    mana ia tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah SWT

    dan rasulNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda baginda

    yang bermaksud :

    Kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya

    seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi

    ke arah kecemerlangan.

    Dengan adanya ketaatan ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar akur dan

    menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai

    ataupun tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

    Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam

    keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang

    disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu. Riwayat

    Muslim)

    Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang

    disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat.

    Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat maka tiada adalah menjadi

    kewajipan untuk didengar dan ditaati. Riwayat Muslim

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    52/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    52

    Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan

    kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.

    Kesetiaan kepada organisasi

    Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH:

    1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada

    organisasinya.

    2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian

    syarikatnya.

    3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi

    yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada

    organisasi pesaing.

    Kepatuhan kepada disiplin

    1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan

    operasi organisasi berjalan dengan lancar.

    2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh

    setiap individu yang bekerja di dalamnya.

    3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnyaakan memusnahkan organisasi akhirnya.

    4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan

    bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan

    kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    53/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    53

    CIRI-CIRI ORGANISASI

    Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang

    tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik

    seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat

    penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan

    sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat

    nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau

    nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan

    peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat

    awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza

    dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

    Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai

    hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil

    dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan

    bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar

    mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti

    itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi

    lagi.

    Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis

    pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan

    mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran.

    Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran,

    dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara

    pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

    2.3.3 PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN

    TUGAS

    Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.

    Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja.

    Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    54/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    54

    pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan

    kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti

    memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi mebolehkan

    menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah

    wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan

    autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam

    menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samada kepada pekerja

    bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada

    kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

    Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau

    pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor

    pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia

    yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk

    memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada

    gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil

    kepada pemimpin. Selanjutnya amalanpenyerahan kuas ini secara tidak langsung

    akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan

    ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diserahi

    tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.

    PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

    Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah

    diwarisi pula oleh para sahabat. Mohd Kurd Ali mengatakan :

    Cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya,

    Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan

    urusan pentadbiran tempatan, permasalahan awam dan mereka juga

    bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan

    tertutup atau dalam keadaan terbuka.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    55/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    55

    Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin,

    teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini

    sebenarnya yang dicita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih

    merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam

    statut.

    Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur

    seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan

    pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah

    organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan

    kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

    3.2.3 MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN

    Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting

    dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang

    bawahan. Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang

    melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :

    Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka

    Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan

    Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang

    lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (al-Nahl : 97)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    56/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    56

    PEMBAHAGIAN GANJARAN

    Kita harus maklum bahawa pengurus hari ini tidak berkuasa untuk memberikan

    ganjaran kewangan secara terus dan segera kepada pekerja yang cemerlang.

    Justeru, pengurus akan mencadangkan pekerja yang berprestasi cemerlang

    diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi.

    Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik

    mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini

    seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian

    dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.

    PEMBAHAGIANGANJARAN

    Ekstrinsik

    Ganjaran kewangan seperti kenaikan

    upah dan bonus

    Instrinsik

    Ganjaran penghargaan seperti surat

    pujian dan sijil pekerja cemerlang

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    57/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    57

    RUJUKAN

    Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:

    Darul Fikir. (ISBN 9830420132)

    Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti

    Malaya.

    Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &

    Publications Sdn. Bhd.

    Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.

    Kedah: Universiti Utara Malaysia

    Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:

    Alam Raya Enterprise.

    Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jamiush Shaghir.

    Johor Darul Tazim: Perniagaan Jahabersa. )SBN:3-077-288-8)

    Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications

    Sdn. Bhd.

    Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:

    Attin Press Sdn. Bhd.

    Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:

    Utusan & Publications Sdn. Bhd.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    58/91

    Bab - 3Proses Pengendalian Pengurusan Islam

    Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)

    Nurshahiza bt Mohamad Isa (PSP)

    Norni bt Abd Wahab (PKK)

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    59/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    59

    BAB 3

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

    1. Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam

    3.1 Memahami proses pengurusan

    Pengenalan

    Kebanyakan sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan

    melibatkan persoalan perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan

    dan pengawalan. Ianya merupakan rentetan pekerjaan yang perlu dilakukan oleh

    seseorang pengurus. Ianya juga dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau

    proses kerja pengurusan.

    Islam tidak melarang umatnya menggunakan sebarang teori selagi teori-

    teori tersebut tidak bertentangan dengan nas-nas yang sahih dan jelas dalam

    syariat Islam. Malahan terdapat banyak perkara dalam pengurusan konvensiaonal

    yang bersamaan dengan apa yang telah digariskan dalam pengurusan Islam. Begitu

    juga dengan perbezaan atau perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat

    Islam dan sukar disatukan antara kedua-dua bentuk pengurusan tersebut.

    Bab ini akan membincangkan amalan atau proses kerja pengurusan dalam

    Islam seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. Proses-

    proses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaannya kerana pengurus yang

    merancang kebiasaannya bukan hanya sekadar menyusuli tindakannya dengan

    menyusun, bahkan tindakan seperti merancang, menyusun dan mengawasidijalankan secara serentak.

    PROSES PENGENDALIAN

    PENGURUSAN ISLAM

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    60/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    60

    3.1.1 Menjelaskan proses pengurusan:

    Secara umumnya, elemen pengurusan dan pentadbiran melibatkan empat

    unsur utama iaitu :

    Pengenalan

    Elemen utama dalam pengurusan ialah perancangan. Perancangan merupakan

    sesuatu yang amat penting terutamanya dalam sesebuah organisasi. Tanpa

    perancangan yang rapi, sesebuah organisasi tidak akan dapat dilaksanakan

    dengan jayanya. Menurut Saidina Ali: kebenaran yang tidak tersusun akan

    dikalahkan oleh kepalsuan yang tersusun.

    Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh akan mempengaruhi keberhasilan

    dan kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan yang teliti juga melambangkan

    keunggulan sesebuah organisasi terutamanya dalam persediaan menghadapipelbagai masalah dan cabaran masa depan.

    PERANCANGAN PEORGANISASIAN KEPIMPINAN PENGAWASAN

    a. Perancangan

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    61/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    61

    Elemen perancangan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut :

    Proses perancangan:

    Perancangan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi biasanya melibatkan

    proses berikut :

    Contoh perancangan dalam Islam

    Contoh terbaik yang dapat dijadikan sebagai role model ialah perancangan

    Rasulullah ketika menyampaikan dakwah di Mekah semasa awal kedatangan Islam

    dan seterusnya mengembangkannya di Madinah.

    Menentukanobjektif yanghendak dicapaioleh organisasi(jangkapanjang danjangka pendek)

    Menganalisissuasana danstatus semasayang melibatkanpersekitarandalaman danluaranorganisasi danhubungannyadenganmatlamat yanghendak dicapaioleh organisasi

    Mengenalpastikekuatan dankelemahanorganisasi.Initermasuklahfactor ataucabaran yangboleh menjadiancamankepadaorganisasi

    Mengemukakanpelan tindakanyang bersifatjangka panjangdan pendekyangseharusnyadilaksanakanbagi mencapaimatlamatorganisasi

    Pengenalpastian sumber yang ada

    Penentuan matlamat atau objektif organisasi Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif

    Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai objektif

    Falsafah dan prinsip organisasi

    Keseluruhan kegiatan organisasi

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    62/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    62

    Pengenalan

    Perancangan yang tidak baik tidak akan mendatangkan hasil jika ianya

    tidak diorganisasikan. Pengorganisasian merupakan kesinambungan

    daripada perancangan. Ia mempengaruhi keberhasilan perancangan yang

    dilaksanakan.

    Maksud pengorganisasian

    Pengorganisasian ataupun juga penyusunan merujuk kepada proses

    penentuan tenaga, terutama tenaga manusia supaya ianya diurus dan

    disusun dengan rapi agar matlamat organisasi tercapai.

    Peringkat pertama

    Pada peringkat awal, dakwah yang dilaksanakan adalahbersifat tertutup dan sulit. Hal ini kerana mengambilkira kekuatan dalaman umat Islam ketika itu serta

    ancaman yang bakal diterima daripada golongan

    musyrikin Mekah ketika itu.

    Peringkat kedua

    Setelah umat Islam telah mencapai sedikit kekuatan,dakwah dilaksanakan secara terbuka dan terang-terangan.

    Peringkat ketiga

    Setelah ancaman terhadap umat Islam semakin kuat, baginda merancanguntuk meneruskan dakwah di Madinah. Rentetan daripada itu, penghijrahan

    pun dilaksanakan dengan penuh teliti dan ianya berjaya dilaksanakan. DiMadinah, rasulullah telah membuat beberapa perancangan strategik sepertimendirikan masjid, mempersaudarakan orang ansar dan Muhajirin,menggubal perlembagaan Madinah, mendirikan pasar, mengukuhkanMadinah sebagai sebuah Negara, menjalankan hukum dan peraturan Islamdan membina masyarakat dan negara yang berdaulat, kuat dan dihormati.

    b. Pengorganisasian

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    63/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    63

    Penyusunan sebagaimana yang dibahaskan oleh sarjana pengurusan biasanya

    melibatkan perkara-perkara berikut :

    Kepentingan Penyusunan

    Penyusunan merupakan proses yang penting. Di antara kepentingan penyusunan

    adalah seperti berikut :

    Menentukan tenaga kerja yang tertentu bagi satu tugas yang tertentu

    Mengenalpasti tenaga yang terlibat

    Menentukan kesesuaian bakat, potensi serta kemampuan seseorang

    pekerja

    Tenaga dan sumber organisasi yang terhad dapat dimanfaatkan secara

    optimum. Warga organisasi akan disusun dan diberikan tugas secara tepat dan

    sesuai dengan kepakaran,pengalaman,kecenderungan, kemampuan serta

    potensi

    Memanfaatkan bakat dan potensi yang ada untuk keberhasilan matlamat

    organisasi.

    Dapat mengelakkan pembaziran.

    Mewujudkan penyelarasan.

    Dapat melakukan penambahbaikan.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    64/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    64

    Proses Penyusunan

    Contoh penyusunan :

    Senaraikan kerja

    yang hendak

    dilaksanakan

    Membahagikan tugas

    mengikut kesesuaian Mewujudkan unit

    Mewujudkan

    penyelarasan

    Mengawasi

    perlaksanaan,

    melakukan

    penyesuaian dan

    penambahbaikan

    Proses penyusunan melibatkan

    proses-proses berikut :

    Peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh

    penyusunan yang sangat baik. Dalam peristiwa hijrah, baginda melaksanakan

    konsep di mana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya :

    Saidina Abu Bakar sebagai teman ketika berhijrah.

    Asma bt Abu Bakar yang masih kanak-kanak membekalkan makanan

    semasa baginda bersembunyi di Thur.

    Ali bin Abu Talib tidur di tempat tidur baginda di malam penghijrahan.

    Amir bin Furaihah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda,

    Abu Bakar dan Asma melalui binatang ternakannya.

    Abdullah bin Urai at menun uk alan an alin selamat ke Madinah.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    65/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    65

    Pengenalan

    Untuk melaksanakan perancangan dan perorganisasian, ianya memerlukan

    pengarahan. Pengarahan ini berkaitan dengan fungsi kepimpinan dalam

    organisasi. Salah satu aspek penting disiplin dalam pengarahan ialah kepatuhan

    terhadap arahan yang diberikan. Ini selaras dengan Firman Allah SWT (an-Nisa:

    59)

    :

    Maksudnya:

    c. Kepimpinan

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

    kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri orang-orang yang

    berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah

    (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

    mengendalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya

    jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian

    adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    66/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    66

    Pengarahan merupakan penggunaan kuasa dan mandat yang ada pada

    seseorang pemimpin. Ianya perlu digunakan secara berkesan. Kuasa

    merupakan unsur penting kepada pemimpin. Seperti yang dihuraikan oleh

    Abdul Aziz Yusof (2000), kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin

    seperti :

    .

    Membolehkan pemimpin mengarahkan pekerjanya untuk

    melakukan tugas dan perubahan sebagaimana yang dikehendaki

    Membolehkan pemimpin membuat keputusan terutamanya

    dalam menentukan siapakah yang layak untuk melakukan

    perubahan, apakah yang perlu diubah dan bagaimanakah

    Membolehkan pemimpin mengagihkan tugas dalammelaksanakan perubahan

    Kuasa merupakan satu sImbol atau penghormatan.Oleh

    itu,cadangan perubahan yang dilakukan akan lebih mudah

    diterima, dihormati dan disokong

    Membolehkan pemimpin memberi idea baru dan meyakinkan

    pihak lain untuk menerima idea yang dikemukakan

    Membolehkan pemimpin membuat justifikasi ke atas setiap

    perubahan yang dicadangkan

    Membolehkan pemimpin mempengaruhi individu tertentu atau

    kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakancadangan atau ingin melakukan perubahan

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    67/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    67

    Contoh kepimpinan :

    Pengenalan

    Untuk memastikan perancangan, pengorganisasian dan pengarahan dilaksanakan

    dengan baik, ia memerlukan pengawasan. Azman Che Omar (2003), mentakrifkan

    pengawasan dalam konteks organisasi sebagai :

    Jaafar Muhammad (2003:53) mendefinisikan pengawasan sebagai :

    Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan

    seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian

    dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan. Di antara kepentingan

    pengawasan menurutnya termasuklah :

    satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau

    terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan

    yang sedia ada

    Satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi kearah

    kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

    d. Pengawasan

    Dalam sejarah Islam ketika berlakunya penghijrahan, Rasulullah telah

    menunjukkan proses kepimpinan yang baik. Rasulullah telah mengarahkanAli bin Abi Talib agar tidur di tempat baginda pada malam hijrah. Saidina Ali

    akur pada arahan tersebut walaupun menyedari akan risiko yang perlu

    ditempuhinya. Ini menunjukkan kepimpinan amat perlu bagi memastikan

    arahan dapat diterima dengan baik. Ianya melambangkan realisasi yang

    unggul dari konsep kepimpinan yang digariskan dalam Islam.

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    68/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    68

    Proses kawalan biasanya melibatkan beberapa kegiatan. Jaafar Muhammad (2003)

    menghuraikan pengawalan tersebut biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

    Menetapkan piawaian atau ukuran yang hendak dicapaiberkaitan dengan matlamat organisasi

    Mengukur pencapaian yang dicapai berbanding denganmatlamat yang disasarkan

    Mengenalpasti masalah dan penyelewengan jika ada

    Mengambil tindakan atau melakukan pembetulanterhadap masalah yang dihadapi

    1Memastikan perjalanan organisasi sejajar dengan matlamat yang ditetapkan

    2Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam perlaksanaankegiatan organisasi

    3

    Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalamorganisasi

    4

    Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskinikanperjalanan organisasi

    5

    Memastikan keutuhan organisasi, kerana proses kawalan melibatkandalaman dan luaran

  • 7/23/2019 AA210- Pengurusan Dalam Islam-libre

    69/91

    AA204Pengurusan Dalam Islam

    69

    Dalam tradisi Islam, pengawalan ini amat diutamakan. Namun jika diteliti, Islam

    menekankan kawalan yang melibatkan pengawasan dan pengawalan dalaman

    yang bersifat kemanusiaan. Hal ini penting kerana unsur utama dalam organisasi

    ialah manusia. Pengawasan ini perlu dilakukan dengan melibatkan semua warga

    organisasi sama ada dari kumpulan pemimpin, mahupun mereka yang dipimpin.

    Kawalan pertama dalam tradisi Islam bersifat dalaman yang merujuk kepada

    kawalan bersifat peribadi. Ia juga berkaitan dengan sifat intergriti yang ada di

    dalam diri seseorang. Syed Omar Syed Agil (1994), menghuraikan kawalan

    peribadi ini melibatkan perkara-perkara berikut :

    Kawalan kepimpinan atau organisasi pula berkait dengan fungsi pemimpin

    ter