risiko kehamilan dan ujian prenatal

Upload: syamsul-asyraf-ahmad-sukri

Post on 06-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kehamilan

TRANSCRIPT

Risiko kehamilan dan ujian prenatalPeningkatan umur ibu dikaitkan dengan peningkatan risiko kehamilan yang anak sindrom Down. Risiko ini meningkat dengan pesat selepas umur 30 tahun Pada usia 35, prevalens trisomi 21 ketika trimester kedua adalah 1/270 kehamilan, menghampiri anggaran keguguran bayi akibat amniosentesis (1/200). Oleh itu, pada umur 35 tahun ujian diagnostik ditawarkan kepada ibu mengandung untuk mengetahui risiko bayi yang dikandung itu mempunyai sindrom Down atau tidak.Di Malaysia, ujian pranatal untuk sindrom Down tidak ditawarkan secara terbuka kepada semua ibu-ibu mengandung. Ia dilakukan mengikut kes demi kes dan ditawarkan kepada ibu yang berisiko tinggi. Jika ujian ini dijalankan dan didapati positif, pasangan itu perlu dinilai serta diberi kaunseling dan nasihat mengenainya kerana pengguguran janin tidak dibenarkan di Malaysia, kecuali jika pasangan tersebut didapati berada di dalam keadaan sangat tertekan dan mengganggu fungsi kehidupan seharian setelah dinilai oleh Pakar Psikiatri dan Pakar Obstetrik bertanggungjawab.Ibu-ibu yang dikategorikan dalam kehamilan berisiko tinggi selepas dinilai oleh pakar obstetrik akan ditawarkan ujian pranatal yang terdiri daripada tiga ujian (ujian darah Alpha-fetoprotein atau AFP, human chorionic gonadotrophin atau hCG dan estriol) dan ujian ultrabunyi nuchal translucency. Jika keputusan positif di dalam ujian triple dan / atau imbasan nuchal translucency, amniosentesis akan dilakukan mengesahkan sindrom Down, mahupun lain-lain abnormaliti.Program intervensi awalTiada penawar dapat menyembuhkan sindrom Down, tetapi pelbagai usaha boleh dilakukan untuk membantu seseorang dengan sindrom Down menjalani kehidupan yang sihat, aktif dan mampu berdikari. Ini termasuklah kemahiran keibubapaan dan kehidupan berkeluarga seharian; pendidikan dan kumpulan sokongan untuk memberi maklumat dan membantu ibu bapa, rakan-rakan dan keluarga; program intervensi awal untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak dan ibu bapa serta akses kepada penjagaan kesihatan yang baik, termasuk temujanji berkala dan teratur dengan pakar kesihatan yang berkaitan.Program intervensi awal direka khusus untuk meningkatkan keupayaan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang perlahan berbanding kanak-kanak normal serta untuk mencegah atau mengurangkan jurang kelewatan perkembangan mereka. Selain itu, kebanyakan program intervensi awal turut membantu keluarga dalam menangani cabaran harian di rumah dan di dalam masyarakat dengan berkesan. Ini adalah berdasarkan kepada bukti yang menunjukkan bahawa program intervensi awal boleh memberi kesan yang positif kepada mereka.Pendekatan daripada pelbagai disiplin yang terdiri daripada pakar terapi cara kerja, pakar fisioterapi dan pakar pertuturan dan bahasa mampu menyediakan intervensi terapeutik untuk mengurangkan pelbagai ketidakupayaan yang wujud merentasi semua domain perkembangan kanak-kanak sindrom Down.Program intervensi awal melibatkan perkembangan kemahiran motor kasar dan halus, membantu dalam skil oral-motor pemakanan, memudahkan kemahiran kendiri (makan, memakai pakaian, mendandan diri, membuang air kecil/besar sendiri dan lain-lain) dan mengembangkan potensi kemahiran bermain dan bersantai. Ia boleh difokuskan kepada kanak-kanak itu sendiri mahupun melibatkan ahli keluarga yang lain.Program yang dijalankan ke atas kanak-kanak sindrom Down biasanya dijalankan di pusat atau sekolah khusus dan melibatkan penyertaan sekumpulan kanak-kanak dalam program yang direka untuk merangsang perkembangan fizikal, mental dan emosi serta menyiapkan mereka untuk memasuki alam persekolahan. Seperti di Kiwanis Down Syndrome Foundation (KDSF), bayi dan kanak-kanak prasekolah ditawarkan program sekali seminggu (bayi) atau 2-3 kali seminggu (kanak-kanak prasekolah) bagi menyediakan mereka untuk memasuki sekolah rendah ketika berusia 7 tahun.Selain daripada KDSF, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang terdapat di seluruh negara turut menawarkan program intervensi awal. Walaupun tidak khusus untuk kanak-kanak Sindrom Down sahaja, ia turut memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempempuyai ketidakupayaan lain dan bertujuan untuk pemulihan dan intervensi awal demi melatih anak-anak ini untuk berdikari dan mencapai potensi maksimum mereka dalam kehidupan.Program yang memfokuskan kepada keluarga melibatkan penyertaan keluarga di pusat-pusat tersebut ataupun melalui lawatan ke rumah mereka. Ia direkabentuk untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan dan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dilihat sebagai rakan aktif dalam program-program intervensi awal dan terlibat secara langsung dalam menetapkan matlamat dan mengenal pasti keperluan anak-anak mereka. Program rangsangan bayi yang ditawarkan oleh KDSF melibatkan ibu bapa / penjaga selama 1 jam bersama bayi mereka yang mengalami sindrom Down. Ibu bapa / penjaga diajar bagaimana untuk membantu anak-anak mereka di rumah dengan terus merangsang perkembangan mereka untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus serta kebolehan perkembangan sosial mereka.