sejarah sekolah

Upload: rajeshwari-periasamy

Post on 10-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Sejarah Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Masai, terletak di Jalan Sekolah, Pekan Masai. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Tamil yang terbesar di negeri Johor. Sekolah juga merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Guru Besar sekolah ini ialah Encik Sridaran A/L Ramakrishnan. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan internet, faks serta e-mel. Seramai 1088 orang murid sedang belajar di sekolah ini manakala sejumlah 68 orang guru berkhidmat di sekolah ini. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan telah mencapai jangkau usia lebih daripada 68 tahun. Pada awalnya sekolah ini dijalankan di sebuah rumah kedai dan dinamakan sebagai Gandhi Memorial Public School ( Tamil dan Malayalam ) dengan jumlah murid 25 orang murid dan seorang guru.

Pada Tahun 1947 sebuah bangunan baharu telah dibina di Jalan Sekolah Masai, yang merupakan bangunan milik sekolah. Semenjak itu, sekolah ini didaftarkan atas nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Tamil ) Masai. Namun nama SRJK (T) Peringatan Gandhi digunakan secara tidak rasmi oleh masyarakat setempat . Pada Tahun 1984 dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah mendirikan empat buah bilik darjah. Peningkatan drastik dari segi bilangan murid menyukarkan pihak sekolah untuk menampung murid- murid dalam beberapa buah bilik darjah maka sebuah Dewan turut dibina dengan kerjasama pihak PIBG , Kerajaan Negeri dan ADUN Kawasan Pasir Gudang iaitu Dato K.S. Balakrishnan. Dewan tersebut dinamakan sempena nama beliau iaitu Dewan Dato K.S. Balakrishanan. Pada Tahun 1996, pihak Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan tiga tingkat untuk menampung keperluan murid yang kian meningkat. Bangunan tambahan baharu empat tingkat telah dibina pada 2008 bagi memenuhi kekurangan bilik darjah di sekolah. Kini dengan bilangan murid 1088 orang dan 68 orang guru, sekolah ini menuju ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK).

Projek pembinaan Makmal Komputer yang menjadi projek kerajaan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dalan bidang ICT telah dimulakan pada bulan Ogos 2001. Namun ia telah terbengkalai sebanyak dua kali. Selepas beberapa rintangan projek ini telah dibangunkan semula pada bulan Oktober tahun 2005 . Projek ini dengan jayanya telah disiapkan dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 24.01.2006. Makmal ini dilengkapi 42 buah komputer dengan server dan juga kemudahan internet beserta skrin LCD. Sebuah Kafe siber juga dibina di sekolah ini pada tahun 2007. Kafe tersebut dibuka untuk penggunaan murid dan guru guru di sekolah. Selain itu, sekolah juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 17 buah Bilik Darjah , Pejabat , Bilik Guru Besar , Bilik GPK , Bilik Guru, dan Bilik Bilik Khas seperti Pusat Sumber, Perpustakaan , Bilik Pemulihan , Bilik Pendidikan Khas , Makmal Sains dan Bilik Kemahiran Hidup. Sebuah Bilik Mini Auditorium telah dibina dan dirasmikan oleh Dato K.S. Balakrishnan pada 25 Mei 2003.

SJK ( T ) Masai telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sekolah Harapan Negara untuk kategori Luar Bandar peringkat Negeri Johor pada Tahun 2004 dan Tahun 2005. Sekolah telah muncul Naib Johan selama dua tahun berturut-turut. Sekolah menerima hadiah dan sijil penghargaan pada Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Johor Bahru pada 22 Mei 2005.Pada Tahun 1998, seorang pelajar telah mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Syarahan antara SJK (T) dan SJK (C) di Sabah. Pada tahun yang sama, para pelajar sekolah ini telah menjadi Johan Pertandingan Tarian dan juga Nyanyian yang telah diadakan di SJK(T) Batu Caves. Pada Tahun 2001 dan 2002 SJK (T) Masai telah menjadi Johan dalam Pertandingan 'Choral Speaking' . Selain daripada itu, pada Tahun 2004 pelajar sekolah ini telah menjadi Johan dalam Pertandingan Karangan Peringkat Negeri Johor. Pada Tahun 2003 sekolah meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bilik Sains yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Dearah Johor Bahru.

Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Warisan Johor telah memilih SJK(T) Masai untuk Tarian Zapin. Seramai 8 orang murid telah terpilih ke Kuala Lumpur dan membuat persembahan tarian di hadapan para jemputan yang terdiri daripada menteri-menteri kenamaan. Persembahan mereka mendapat pujian dan penghargaan yang amat baik.

Kajian yang dijalankan oleh sekolah ini untuk Program PPSMI pada Tahun 2005 telah mendapat pujian daripada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Selain itu, setiap tahun murid - murid akan mendapat hadiah dalam Pertandingan Tarian, Drama, Melukis dan juga Bercerita dalam Pertandingan Muthamil Vizha anjuran Majlis Guru Besar Negri Johor.

Dalam bidang Ko-Kurikulum juga sekolah ini telah mencatat sejarah yang tidak terhingga. Sekolah ini menjadi Johan dalam Pertandingan Permainan Bola Sepak , Badminton dan juga Hoki. Selain daripada itu, para pelajar Unit Beruniform Pengakap , Tunas Puteri dan juga Karate telah berjaya dalam Pertandingan di Peringkat Dearah Johor Bharu. Terdapat juga pelajar yang mewakili sekolah dalam acara olahraga sehingga ke Peringkat MSSJ. Selain daripada itu, seorang pelajar sekolah telah menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Program Nilam Peringkat Negeri. Tiga orang pelajar juga telah berjaya mewakili Zon Masai ke Peringkat Daerah dalam Pertandingan Syarahan Tahap 1 & 2 dan Menulis Karangan sempena Hari Kuil yang telah diadakan pada Bulan April 2006. SJK (T) Masai telah menjadi Johan dalam Pertandingan Syarahan BahasaTamil Tahap 1 dan 2. Pada tahun 2012 sekolah mencatat sejarah dengan muncul johan Pertandingan Teater Bahasa Melayu peringkat Kebangsaan serta Johan Ujian Bertulis peringkat negeri Johor serta mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Memang tidak dinafikan , prestasi sesebuah sekolah akan ditentukan dengan pencapaian UPSR. SJK (T) Masai juga tidak kurang kehebatannya dalam perkara ini. Semenjak Tahun 1997 sekolah ini telah terus menunjukkan peningkatan prestasi UPSR yang cemerlang.

Pada Tahun 2005 sekolah ini mendapat tangga ke -3 terbaik di peringkat kebangsaan dan mendapat Anugerah Piala Dato Seri Samyvellu. Pada Tahun 2007 ini juga sekolah ini telah mendapat Golden Award daripada EWRF untuk pencapaian prestasi UPSR yang terbaik selama 3 tahun berturut turut. ( 2004 -2006 ). Tahun 2007 telah menjadi sejarah bagi SJK (T) Masai yang telah menerima Anugerah Cemerlang dan pada tahun 2008 sekolah SJK ( T ) Masai menerima Anugerah Sekolah Kluster.

Pada tahun 2009 23 orang murid telah mendapat 7A dalam semua matapelajaran. Pada tahun 2010 25 orang murid telah mendapat 7A dalam semua matapelajaran. Pada tahun 2011 pula 34 orang murid mendapat 7A dalam semua mapelajaran. Sekolah telah mendapat tempat pertama di peringkat negeri dan tempat kedua di peringkat kebangsaan.

Pada tahun 2012 seramai 21 orang murid telah mendapat 7A dalam semua matapelajaran. Pada tahun 2013 seramai 21 orang murid telah mendapat 7A. Semoga tahun 2014 akan melahirkan lebih bilangan murid 7A dalam peperiksaan UPSR .Bukan sahaja dari segi akademik manakala pelajarnya berdisiplin, cergas serta berfikiran positif. Kriteria ini membantu para guru khasnya untuk mewujudkan para pelajar yang cemerlang dan terbilang dalam semua aspek.

SJK(T) Masai kini menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang Kurikulum dan juga Ko-Kurikulum. Ia dibuktikan lagi dengan segala pencapaian yang telah dicapai selama ini dan juga pada masa akan datang. Warga SJK(T) Masai akan terus dengan usaha kentalnya dan sudah tentu tidak lama lagi akan menjadi SEKOLAH GEMILANG di Malaysia.

SENARAI GURU BESAR BILNAMA GURU BESARTAHUN PERKHIDMATAN

1.En.P Letchumanan1946 - 1951

2.En. M.Sahathevan1951 1953

3.En.S.Somasunderam1953 1954

4.En.Staney Los1954 1956

5.En.K.Subramaniam1957 1958

6.En.K.Muthusamy1959 31/07/1972

7.En.M.Muthu01/08/1972 19/08/1992

8.En.R.thiagarajan20/08/1992 08/1996

9.En.P.Nagaratnan08/1996 08/2001

10.En.V.Vikramasuria08/2001 -01/12/2003

11.En.Devaraj Joseph02/12/2003 01/06/2008

12.En.R.SridaranKINI

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Kemudahan Fizikal

SJK (T) Masai merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan kemudahan fizikal yang sangat baik

Perincian kemudahan adalah seperti dalam jadual berikut:

BIL KEMUDAHAN BILANGAN

1.Bilik Darjah20

2.Pejabat1

3.Bilik Guru Besar1

4.Bilik GPK4

5.Bilik Meyuarat1

6.Bilik guru1

7.Bilik Auditorium1

8.Bilik SPBT1

9.Bilik Peperiksaan1

10.Stor P.Jasmani1

11.Bilik Stor Am1

12.Bilik Rawatan1

13.Bilik BBM1

14.Bilik Media1

15.Makmal Sains1

16.Perpustakaan1

17.Makmal Komputer1

18.Bilik K.Hidup1

19.Bilik Pemulihan1

20.Bilik Kaunseling1

21.Bilik Muzik1

22.Bilik Tarian1

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

1. Bekalan air awam1. Bekalan elektrik TNB1. Kemudahan Talipon1. Kemudahan Talipon Awam1. Kemudahan Wi Fi1. Kemudahan Fax1. Mempunyai e-mail : [email protected]

PRESTASI AKADEMIK

TahunBilangancalonBilangan7ABM (1)%BM (2)%BI%M3%SN%BT(1)%BT(2)%%LulusGPS

20112163469.478.280.199.596.395.095.468.62.11

20122252170.781.880.492.482.286.787.164.92.31

20132092178.584.282.899.594.791.485.272.32.13

2 VAIDU / 5 KAM 2 MUT / 5 VALAUDITORIUM2 VAIR / 5 THOL2 THA / 5 AGA2 PAV / 4 THOL1 THA / 4 KAM1 MUT / 4 BAR1 VAIR / 4 VALTANGGATANGGA 5 AVV5 BARTANGGASTUDIO BILIK TARI SUISTANDASMURIDLELAKIMAKMALSAINS / STOR SAINSPENDIDIKANKHASTANDAS GURUMAKMALKOMPUTER 2BILIKAKSESMAKMAL KOMPUTER 1TANDASTANDASTANDASTANDASTANGGA6 VALBILIK MUZIK PERPUSTAKAANBILIK PEPERIKSAANTANGGABILIKPROFAILMURIDBILIK CETAKSTORSTORBILIK GURUBILIK GALERIPEJABATBILIKKESIHATAN / KAUNSELINGSPBTRUANGJALAN3 BAR /4 AGA1 PAV /4 AVV1 VAIDU /6 THOL3 VAL /6 KAM3 KAM /6 BAR3 AVV /6 AVV3 AGA /6 AGABILIK KSSRPEMULIHANBILIKPJTAPAK PERHIMPUNAN

TEMPAT LETAK KERETAPONDOKPENGAWALKANTINTEMPAT MURID MENUNGGUTANGKI NAJISTAMANSAYURPERHENTIANBASXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXX XX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXTANGGABILIKKHTAMAN HERBATAMANBUNGA

TAMANBURUNGDAPURBILIKPAM