unit 9 program bersepadu sekolah sihat

Upload: zuraida-ariff

Post on 10-Feb-2018

351 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    1/29

    241Program Bersepadu Sekolah Sihat

    PROGRAM BERSEPADUSEKOLAH SIHAT

    Program Kesihatan

    Sekolah

    PBSS Dalam

    Pendidikan

    Integrasi PBSSdalam Pendidikan

    PBSS di Sekolah

    Pelaksanaan

    Pemantauan

    Penilaian

    UNIT 9

    PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Membandingkan pendekatan tradisional kepada pendidikan kesihatan melalui

    program yang dirancang.

    2. Membincangkan peranan yang dimainkan oleh pihak berkaitan bagi mengintegrasikanProgram Bersepadu Sekolah Sihat ke dalam pendidikan

    3. Mengenal pasti inisiatif yang boleh menggalakkan dan mempromosi Program

    Bersepadu Sekolah Sihat.

    PETA KONSEP TAJUK

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    2/29

    242Program Bersepadu Sekolah Sihat

    PENGENALAN

    Kesihatan yang baik dan pemakanan adalah input dan hasil penting dalam pendidikan asas.

    Kanak-kanak perlu berkeadaan sihat dalam usaha untuk menyertai sepenuhnya dan mendapat

    faedah maksimum daripada pendidikan. Program penjagaan awal kanak-kanak dan sekolah

    rendah yang meningkatkan kesihatan dan pemakanan boleh menjadi pemangkin terhadap

    hasil pembelajaran dan pendidikan mereka. Di samping itu, persekitaran sekolah yang sihat,

    selamat dan terjamin boleh membantu melindungi kanak-kanak daripada bahaya kesihatan,

    penyalahgunaan dan perlakuan yang dilarang.

    Agensi antarabangsa seperti WHO, UNICEF, UNESCO dan Bank Dunia percaya bahawa

    terdapat strategi yang efektif bagi mewujudkan sekolah sihat untuk kanak-kanak seterusnyamenyumbang kepada pembangunan sekolah mesra kanak-kanak. Agensi-agensi ini telah

    melancarkan satu pendekatan baru untuk pendidikan kesihatan dipanggil FRESH (Focusing

    Resources on Effective School Health).

    Memastikan bahawa kanak-kanak yang sihat dan dapat belajar adalah merupakan komponen

    penting dalam sistem pendidikan yang berkesan. Perkara ini amat relevan dengan usaha-

    usaha untuk mencapai matlamat pendidikan untuk semua (education for all) terutama bagi

    kanak-kanak daripada kawasan yang serba kekurangan. Ramai kanak-kanak miskin dan

    kurang bernasib baik memperoleh manfaat dan peluang mendapatkan pendidikan kesan

    daripada kesihatan yang lebih baik. Program kesihatan sekolah yang berkesan, yang

    dibangunkan melalui perkongsian komuniti merupakan landasan yang paling kos efektif

    sebagai sebahagian daripada cara mempromosikan amalan hidup sihat.

    Meningkatkan kesihatan dan pembelajaran kanak-kanak sekolah melalui kesihatan berasaskan

    sekolah dan program pemakanan bukanlah suatu konsep yang baru. Banyak negara

    mempunyai program kesihatan sekolah, dan banyak agensi yang telah sekian lama

    berpengalaman melaksanakannya. Hasil daripada pengalaman yang telah dilalui, telah

    mendorong kepada cadangan untuk tindakan bersepadu melalui perkongsian dan kerjasama

    antara agensi untuk meluaskan skop program kesihatan sekolah dan menjadikannya lebih

    berkesan.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    3/29

    243Program Bersepadu Sekolah Sihat

    ISI KANDUNGAN

    Kepentingan Promosi Kesihatan Sekolah

    Tumpuan kandungan dalam pendidikan kesihatan tradisional lazimnya melibatkanpembelajaran tentang tubuh manusia, pemakanan seimbang, kepentingan senaman, masalah

    rokok, dadah dan alkohol. Topik-topik tersebut sebenarnya merupakan perkara yang penting.

    Walau bagaimanapun, belajar 'tentang' kesihatan semata-mata adalah tidak mencukupi. Untuk

    lebih efektif, pendidikan kesihatan perlu belajar melangkaui 'tentang' kesihatan yang

    merangkumi pendekatan secara menyeluruh yang melibatkan kedua-dua kurikulum formal dan

    tersembunyi di sekolah. Atas dasar inilah WHO memberi tumpuan kepada program pendidikan

    kesihatan sekolah dengan melalui apa yang dipanggil Promosi Kesihatan Sekolah.

    Definisi Promosi Kesihatan Sekolah berbeza-beza di antara sekolah-sekolah, daerah, dan

    negara-negara mengikut keperluan tempatan dan keadaan. Walau bagaimanapun, secara

    amnya, Promosi Kesihatan Sekolah boleh disifatkan sebagai sebuah sekolah yang sentiasa

    mengukuhkan kedudukannya sebagai persekitaran yang sihat untuk hidup, belajar dan

    bekerja.

    Promosi Kesihatan Sekolah:

    memupuk kesihatan dan pembelajaran dengan / melalui semua langkah - langkahyang ada.

    melibatkan pegawai-pegawai kesihatan dan pendidikan, guru-guru, kesatuan guru,pelajar, ibu bapa, penyedia perkhidmatan kesihatan dan pemimpin masyarakat dalam

    usaha menjadikan sekolah tempat yang sihat.

    Berusaha untuk menyediakan persekitaran yang sihat, pendidikan kesihatan sekolahdan perkhidmatan kesihatan sekolah bersama-sama dengan projek-projek sekolah /

    masyarakat dan jangkauan, program-program promosi kesihatan untuk program-

    program keselamatan kakitangan, nutrisi dan makanan, pendidikan fizikal dan

    rekreasi, dan program-program untuk kaunseling, sokongan sosial dan promosi

    kesihatan mental.

    Melaksanakan dasar dan amalan yang berkenaan kesejahteraan individu,menyediakan pelbagai peluang untuk berjaya, dan mengiktiraf usaha-usaha dan niatyang baik serta pencapaian peribadi.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    4/29

    244Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Berusaha untuk meningkatkan kesihatan kaki tangan sekolah, keluarga dan ahli-ahlimasyarakat serta murid; dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat

    untuk membantu mereka memahami bagaimana masyarakat menyumbang kepada

    kesihatan dan pendidikan.

    Program Kesihatan Sekolah

    Program ataupun Rancangan Kesihatan sekolah (RKS) telah dimulakan di sekolah sejak tahun

    1967 lagi. Ia bertujuan untuk mengukur status kesihatan kanak-kanak sekolah dan mengenal

    pasti masalah kesihatan kanak-kanak, ibu bapa, guru dan komuniti. Dalam tempoh tiga tahun

    RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak

    perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit.

    Penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan

    Malaysia mendapati program - program kesihatan dapat menggalakkan pembentukan

    persekitaran sekolah yang selamat dan sihat dan juga dapat mewujudkan kerjasama di antara

    sekolah dan komuniti dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

    Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan

    Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program

    Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan

    merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sickbay), mewujudkan

    Program Sihat Tanpa AIDS untuk remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah

    dan kempen cara hidup sihat. Program-program Ad hoc - berdasarkan masalah kesihatan

    semasa seperti program anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

    Untuk menambahkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada

    peringkat pendidikan rendah terdapat beberapa program sokongan yang disediakan.Programsokongan meliputi pelbagai jenis program dan skim yang disediakan oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan taraf kesihatan, keselamatan, disiplin, dan

    kesejahteraan pelajar bagi mencapai pendidikan berkualiti.Matlamat pembangunan pendidikanprogram sokongan adalah untuk:

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    5/29

    245Program Bersepadu Sekolah Sihat

    menyediakan program dan skim yang boleh membantu menyediakan program

    berkualiti bagi membolehkan pelajar lebih bersedia ke sekolah;

    meminimumkan kadar keciciran;

    meningkatkan kecemerlangan pendidikan pelajar terutamanya daripada keluarga

    berpendapatan rendah di kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar, pedalaman,

    dan pulau;

    memastikan pelajar terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat

    peluang pendidikan yang setara dengan pelajar lain; dan

    memastikan pengurusan program sokongan lebih cekap dan berkesan. (KPM, 2001)

    Program Bersepadu Sekolah Sihat (1998) yang dahulunya dikenali sebagai Rancangan

    Kesihatan Sekolah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bertujuan

    memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental, dan kesihatan umum pelajar sekolah

    rendah dan menengah adalah baik dengan:

    menyediakan perkhidmatan untuk mengesan pelajar pada peringkat awal yang

    memerlukan rawatan perubatan termasuk pelalian, rawatan mata, dan rawatan

    pergigian; dan

    menyediakan program pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

    Antara program sokongan yang berkait secara langsung dalam topik yang dibincangkan dalam

    unit ini adalah: Program Bersepadu Sekolah Sihat - bertujuan untuk memastikan pertumbuhan fizikal,

    kesihatan mental, dan kesihatan umum murid sekolah rendah;

    Program Pemakanan Sekolah (PPS) - untuk meningkatkan taraf kesihatan murid

    melalui pemakanan yang sempurna dan amalan kesihatan yang baik; dan

    Program Susu Sekolah (PSS) - program sokongan kepada Program Pemakanan

    Sekolah yang dikhaskan kepada murid termiskin dan miskin sahaja.

    Program Pemakanan Sekolah (PPS) merangkumi dua program iaitu Rancangan Makanan

    Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS). Program ini bertujuan untuk

    meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah rendah khasnya pelajar termiskin dan miskin

    melalui pemakanan yang seimbang dan amalan pemakanan yang baik. Pada tahun 2000,

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    6/29

    246Program Bersepadu Sekolah Sihat

    seramai 494 000 (16.5%) orang pelajar sekolah rendah di seluruh negara daripada golongan

    termiskin (pendapatan isi rumah yang terdiri daripada lima orang tidak melebihi RM400.00

    sebulan) mendapat manfaat daripada RMT. Pelajar diberikan makanan tambahan selama 120

    hari persekolahan. Makanan tambahan yang disediakan adalah atas kadar 80 sen sehari bagi

    pelajar sekolah rendah di Semenanjung dan 90 sen sehari bagi pelajar di Sabah dan Sarawak

    yang melibatkan peruntukan sebanyak RM51.6 juta.

    PSS yang merupakan program sokongan kepada RMT dikhaskan kepada pelajar termiskin dan

    miskin sahaja. Pelajar termiskin diberi satu kotak susu seminggu kerana mereka sudah

    mendapat makanan tambahan sementara pelajar miskin diberikan dua kotak susu seminggu

    secara percuma. Pada tahun 2000, peruntukan sebanyak RM7.4 juta kepada PSS telah

    memanfaatkan 45 000 orang pelajar miskin di Semenanjung dan Sarawak. Pelajar di Sabah

    menerima program susu ini daripada kerajaan negeri Sabah.

    Pprogram Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diperkenalkan pada tahun 1989 di

    semua sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memperbaiki status pemakanan kanak-

    kanak dengan membekalkan makanan tambahan sebanyak 1 /4 - 1 /3 daripada jumlah

    keperluan kalori harian mereka.

    RMT telah dapat meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak, mengurangkan infeksi penyakit-

    penyakit tertentu dan meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak. Selain itu, mata

    pelajaran pendidikan kesihatan dan jasmani (PJK) telah diperkenalkan dan diwajibkan untuk

    kanak-kanak sekolah rendah. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang sihat, aktif dan

    berpengalaman dengan pemupukan kemahiran, nilai, amalan serta pengalaman asas

    kesihatan dan pergerakan fizikal melalui proses pembelajaran yang bersepadu.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    7/29

    247Program Bersepadu Sekolah Sihat

    A

    Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian

    Kesihatan memberikan manfaat kepada murid-murid di sekolah.

    Terangkan LIMA manfaat yang boleh murid peroleh daripada Perkhidmatan Kesihatan

    Sekolah.

    1. _________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________.

    2. _________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________.

    3. _________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________.

    4. _________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________.

    5. _________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________.

    Sejarah Perkembangan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

    Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian

    Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek perintis Health Promoting Schoolsdi enam

    buah negeri di Malaysia iaitu, Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

    Projek ini adalah berdasarkan konsep Health Promoting Schools yang diperkenalkan oleh

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter For Health Promotion.

    Piagam Ottawa yang ditandatangani hasil daripada siri persidangan WHO di Kanada pada

    1986, bersetuju bahawa syarat asas dan sumber untuk kesihatan termasuk;

    Keamanan

    Perlindungan

    Pendidikan

    Makanan

    Pendapatan

    Ekosistem yang stabil

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    8/29

    248Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Sumber Mampan

    Kesaksamaan Sosial dan keadilan

    Bagi memastikan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk sumber-sumber kesihatan,

    Piagam Ottawa telah menggariskan lima strategi seperti berikut:

    1. Membangunkan Dasar Kesihatan Awam

    kesihatan sebagai pertimbangan utama dalam semua dasar dan undang-undang

    (contohnya pengangkutan, alam sekitar, perumahan, pendidikan, perkhidmatan sosial)

    kerana semuanya mempengaruhi kesihatan.

    Membina kerjasama antara kerajaan dan pembuat dasar dalam semua sektor dan di

    semua peringkat untuk mempertimbangkan aspek kesihatan dalam setiap keputusan

    yang diambil dan menerima tanggung jawab mereka terhadap kesihatan.

    2. Mewujudkan Persekitaran Menyokong

    Membina tanggung jawab bagi semua negara, wilayah, masyarakat dan individu untuk

    prihatin antara terhadap satu sama lain dan persekitaran semula jadi mereka.

    Memulihara sumber asli dan melindungi persekitaran semula jadi dan binaan. Menjana hidup yang selamat, memuaskan dan menyeronokkan dan persekitaran

    pekerjaan.

    Menyokong gaya hidup sihat.

    3. Memperkukuhkan Tindakan Komuniti

    Memperkasa komuniti.

    Memperkukuh penyertaan awam dan komuniti dan kawalan ke atas ke arah perkara-

    perkara berkaitan kesihatan.

    Menyediakan akses penuh kepada maklumat, pembiayaan dan sokongan.

    4. Membangunkan Kemahiran Peribadi

    Menyokong pembangunan peribadi dan sosial.

    Menyediakan maklumat, pendidikan dan meningkatkan kemahiran hidup.

    5. Orientasi semula Perkhidmatan Kesihatan

    Memperluas peranan perkhidmatan kesihatan daripada bersifat autoritatif dan

    individualistik kepada tanggungjawab dan perkongsian untuk kesihatan, dan beralih

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    9/29

    249Program Bersepadu Sekolah Sihat

    daripada dominasi klinikal dan rawatan kepada sesuatu yang menekankan kepada

    langkah-langkah pencegahan dengan memberi tumpuan kepada komponen sosial,

    politik, ekonomi dan alam sekitar yang berkaitan dengan kesihatan.

    Hasil daripada Persidangan Health Promoting Schools yang telah diadakan pada bulan

    Disember 1996 di Melaka telah mencadangkan supaya Rancangan Kesihatan Sekolah yang

    telah dilaksanakan sejak 1967 diselaraskan dan diberi fokus baru sebagai Program

    Bersepadu Sekolah Sihat. Pelancaran PBSS telah disempurnakan dengan rasminya pada 22

    September 1997 di Negeri Terengganu Darul Iman. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar

    RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih

    komprehensif.

    PBSS diwujudkan bagi menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan

    sekolah yang mampu meningkatkan kesihatan warga sekolah. Matlamat PBSS adalah untuk

    meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara

    hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.

    Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi

    khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan

    rawatan/ kecemasan. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan

    membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.

    KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling, ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan

    seperti Garis Panduan AmalanKebersihan Sekolah 1997, Panduan Pelaksanaan PBSS, BukuPanduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan

    Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan

    Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    10/29

    250Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Keperluan PBSS Dalam Pendidikan

    Rasional PBSS

    Pewujudan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut:

    Pelarasan program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program kesihatan

    yang bersepadu.

    Pewujudan suatu program kesihatan yang lebih terbuka, fleksibel, inovatif dan kreatif

    yang menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.

    Mewujudkan program kesihatan yang berupaya melahirkan rasa bertanggungjawab

    dan komitmen di kalangan warga sekolah.

    Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalamisu kesihatan.

    Menyelaras usaha yang lebih teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan

    melalui program yang terancang dan bersepadu.

    Matlamat PBSS Dalam Pendidikan

    Matlamat PBSSMatlamat PBSS adalah untuk melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat

    dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

    Visi PBSS

    Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

    Misi PBSS Sekolah

    Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan dan model kesihatan

    Objektif PBSS Sekolah

    Objektif PBSS adalah agar setiap warga sekolah dapat;

    Memelihara, memulihara serta meningkatkan persekitaran sekolah yang lebih sihat,

    bersih, ceria, dan selamat.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    11/29

    251Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Mewujudkan suasana persekitaran sosial sekolah yang berupaya menggalakkan

    amalan cara hidup sihat.

    Mempertingkatkan pengetahuan, sikap bertanggungjawab, dan amalan murni yang

    berkaitan dengan kesihatan agar setiap warga sekolah sentiasa prihatin terhadap

    penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

    Memperkukuh kerjasama serta penglibatan komuniti sekitar sekolah di dalam program

    kesihatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

    Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:

    Menilai taraf kesihatan murid.

    Memberi khidmat rawatan dan rujukan.

    Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah

    kesihatan murid.

    Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit- penyakit di sekolah.

    Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

    Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

    Dari dahulu lagi kerajaan telah menyedari bahawa kesihatan merupakan salah satu

    unsur utama dalam pembangunan modal insan. Mengapa Rancangan Kesihatan Sekolah

    (dahulu) dan PBSS (kini) terus menjadi keutamaan dan agenda pendidikan dan dilaksanakan

    secara berterusan? Tuliskan satu atau dua ayat anda sendiri.

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    12/29

    252Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Teras Utama PBSS Sekolah

    Enam teras PBSS telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara

    warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat

    setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat.

    1. Polisi Kesihatan Sekolah

    Suatu pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan bagi mempromosikan

    kesihatan. Ia berfungsi untuk menyediakan piagam sekolah sebagai panduan

    warganya serta komuniti luar, dan merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi

    kesihatan. Antara polisi yang boleh dibentuk oleh pihak sekolah adalah seperti polisi

    keselamatan makan di kantin, polisi pertolongan cemas, polisi keselamatan sekolah

    dan sebagainya.

    Persekitaran Fizikal Sekolah

    Persekitaran yang sihat dan selamat perlulah mempunyai kemudahan asas dan fizikal

    yang bertujuan dan berfungsi untuk mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan

    selamat, bebas dari risiko penyakit berjangkit, mencukupi dan dalam keadaan yang

    bersih, ceria, selamat dan sihat.

    Persekitaran Sosial Sekolah

    Merupakan persekitaran yang menggalakkan pembentukan sikap dan amalan,

    membina sahsiah, dan dapat menghadapi cabaran mental atau fizikal. Pewujudan

    persekitaran sosial ini mampu menyediakan suatu persekitaran yang kondusif untuk

    perkembangan mental yang sihat. Di samping itu juga, persekitaran sosial yang sihat

    mampu menyokong perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)

    yang seimbang.

    Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

    merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan,

    rujukan, dan sebagainya demi mencapai matlamat kesihatan optimum untuk semua

    warga sekolah

    Kemahiran Kesihatan Diri

    Merupakan satu usaha dalam membentuk sikap positif ke arah gaya hidup sihat

    melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara formal dan tidak formal.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    13/29

    253Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Penglibatan Komuniti

    satu bentuk kerjasama antara warga sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat untuk

    meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Fungsi-fungsi penglibatan tersebut

    adalah seperti:

    penglibatan aktif dalam semua aktiviti kesihatan melibatkan diri melalui atau dalam bentuk tenaga kepakaran / bahan /

    kewangan

    memberi dorongan / sokongan moral sebagai role model amalan hidup sihat.

    Teras-teras ini perlu diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan yang

    lebih khusus supaya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga sekolah.

    PBSS memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:

    kurikulum sekolah

    keadaan fizikal dan sosial sekolah

    perkhidmatan kesihatan sekolah

    peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

    Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk pentadbir sekolah, guru, pelajar,

    pekerja dan masyarakat setempat.

    Jika kita mengimbau kembali Kempen Cara Hidup Sihat yang pertama kali dilancarkan pada

    1991, kita akan dapati bahawa ia dilaksanakan mengikut fasa dan temanya yang tersendiri.

    Misalnya, pelaksanaan kempen fasa 3 (2003 - 2007) telah menumpukan kepada 2 komponen

    utama, iaitu komponen memupuk kesedaran dan komponen mempromosi perubahan tingkah

    laku.

    Komponen memupuk kesedaran akan dijalankan secara berterusan setiap tahun menerusi

    media massa dengan matlamat meningkatkan pengetahuan dan menggalakkan masyarakat

    Malaysia untuk mengamalkan tingkah laku asas kesihatan ini (Makan Secara Sihat, Aktiviti

    Fizikal dan Senaman, Tidak Merokok, dan Menangani Stres). Promosi perubahan tingkah laku

    pula akan ditumpukan di setting-setting tertentu, seperti di sekolah, tempat kerja, kemudahan

    kesihatan dan komuniti, untuk memastikan mesej dan intervensi kempen dapat disalurkankepada penghuni setting berkenaan secara berfokus dan berkesan.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    14/29

    254Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Kempen pada tahun tersebut telah memilih setting sekolah sebagai titik permulaan Kempen

    Cara Hidup Sihat fasa 3.Ini akan diikuti dengan settingtempat kerja, kemudahan-kemudahankesihatan dan akhirnya komuniti.Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai justifikasi yangbaik dalam menetapkan sekolah sebagai tempat pertama kempen ini dimulakan. Kanak-kanak

    sekolah merupakan populasi yang besar dan penting kepada masa depan negara. Mereka

    inilah yang kelak menjadi orang dewasa dan juga pemimpin negara.

    Oleh yang demikian, di peringkat yang muda inilah nilai-nilai yang murni dan baik harus

    diterapkan, termasuk Cara Hidup Yang Sihat. Selain daripada itu, institusi sekolah memang

    telah diiktiraf sebagai satu setting yang penting untuk promosi kesihatan oleh kedua-dua

    Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Ini terbukti dengan adanya kerjasama

    melalui Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) sejak tahun 1996. Sesungguhnya kempen

    ini akan menyokong dan memperkukuhkan lagi program PBSS.

    Integrasi PBSS Dalam Pendidikan: Peranan Siapa?

    Selaras dengan matlamat PBSS untuk melahirkan warga dan persekitaran sekolah yang

    selamat, sihat dan berkualiti, maka usaha untuk merealisasikan hasrat tersebut terletak pada

    semua kelompok masyarakat. Prestasi kesihatan yang tinggi akan memastikan masyarakat

    yang lebih produktif, agresif, dan berdaya saing dalam semua bidang seterusnya mampu

    mencapai wawasan negara.

    Dalam perkara ini, setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam apa juga aktiviti

    atau program berteraskan kesihatan. Setiap peranan yang dipertanggungjawabkan perlu

    dilaksanakan dengan penuh kesedaran, kejujuran, dedikasi, dan sebagainya bagi memastikan

    apa juga aktiviti yang dijalankan mendatangkan kesan positif kepada kesihatan. Kesihatan diri

    dan keluarga amat penting kepada pembangunan masyarakat dan seterusnya negara kerana

    kesejahteraan rakyat dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang ekonomi, politik, dan

    sosial adalah dipengaruhi secara langsung oleh tahap kesihatan.

    Kesejahteraan masyarakat banyak bergantung kepada kesejahteraan individu dan keluarga

    dalam semua aspek kesihatan. Daripada individu-individu yang kemudiannya keluarga

    membentuk kelompok masyarakat yang sihat dalam aspek fizikal, mental, emosi, rohani,

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    15/29

    255Program Bersepadu Sekolah Sihat

    sosial, ekonomi, dan sebagainya. Aspek kesihatan hanya boleh dicapai melalui amalan gaya

    hidup sihat setiap anggota masyarakat dalam semua peringkat umur.

    Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh individu?

    Kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat merupakan aspek pengurusan diri yang baik

    berkaitan dengan pengetahuan dan amalan menjaga kebersihan, pemakanan, dan sebagainya

    demi kesejahteraan yang berpanjangan. Setiap individu terutamanya anak-anak memainkan

    peranan serta tanggung jawab yang besar dalam amalan gaya hidup sihat terutamanya kepada

    diri sendiri. Selain itu, individu turut berperanan dalam mempengaruhi amalan gaya hidup sihat

    kerana individu itu sendiri sebahagian daripada komuniti dalam masyarakat. Golongan remaja

    biasanya mempunyai peranan yang besar dalam amalan gaya hidup sihat, misalnya:

    Menerima dan mengatasi perubahan fizikal, mental, dan emosi semasa dengan positif Menjaga kebersihan diri dan kesihatan tubuh badan serta penampilan diri Menggunakan khidmat kaunselor, rakan, ahli keluarga, dan guru dalam mengatasi

    permasalahan secara perbincangan

    Mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam situasi yang memudaratkan sepertiketagihan arak atau dadah, dan masalah sosial

    Memastikan keadaan kesihatan terjaga dengan membuat pemeriksaan kesihatanberjadual (3 bulan sekali) dengan doktor yang bertauliah di klinik atau hospital

    Memberi penjelasan (hebahan) tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat kepadarakan, keluarga, dan masyarakat

    Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan yang berkaitan dengan amalan gayahidup sihat misalnya gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling kediaman,

    senamrobik, sukaneka peringkat kampung/taman perumahan, dan sebagainya.

    Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga?

    Institusi keluarga terbentuk hasil daripada perkahwinan antara individu lelaki dengan perempuan

    secara sah daripada sudut agama, undang-undang, serta budaya setempat sesebuah

    masyarakat. Institusi keluarga yang hidup aman sejahtera perlulah mengambil beberapa langkah

    yang sepatutnya demi menjamin kesihatan yang berpanjangan.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    16/29

    256Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Keluarga yang sihat sejahtera bukan sahaja bermaksud mempunyai kesihatan yang baik semata-

    mata, malahan juga sejahtera daripada segi ekonomi, kasih-sayang yang sejati sesama anggota,

    saling memahami dan bertolak-ansur, bertimbang rasa, berterima kasih sesama anggota, saling

    memaafkan dan yang paling utama adalah saling mempercayai antara satu sama lain. Ibu bapa

    berperanan sebagai sumber kasih sayang, perlindungan dan keselamatan, menyediakan

    makanan seimbang, pendidikan keduniaan dan kerohanian, serta nilai-nilai sosial yang baik

    kepada anak-anak dengan menjadi contoh dan teladan yang terbaik kepada anak-anak dalam

    semua segi.

    Keluarga yang harmoni merupakan asas kepada kemajuan sebuah masyarakat dan negara dalam

    bidang sosial, pendidikan, politik, dan juga ekonomi. Institusi keluarga berperanan dalam

    mencorakkan gaya hidup sihat kepada kalangan anggotanya terutama anak-anak. Bimbingan

    serta perhatian yang khusus serta berkualiti amat perlu demi menjamin keluarga yang sejahtera.

    Misalnya berekreasi bersama, melancong sekeluarga, saling membantu, dan sebagainya

    merupakan amalan yang lumrah dalam sesebuah keluarga. Meluangkan masa berkualiti

    bersama-sama keluarga bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan malah dapat

    mengelakkan masalah keruntuhan rumah tangga.

    Keluarga perlulah mampu melindungi serta mengelakkan ahli keluarga daripada terdedah kepada

    risiko terpengaruh dengan penyalahgunaan bahan terlarang dan tingkah laku yang

    memudaratkan. Masalah penagihan dadah, rokok, alkohol, pil khayal, dan sebagainya merupakan

    pola tingkah laku yang akan merosakkan keharmonian sesebuah keluarga. Misalnya, penagihan

    alkohol telah mendatangkan banyak kesan memudaratkan terutamanya kepada kesihatan dan

    keselamatan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2011;

    Dianggarkan 2.5 juta orang dengan komposisi 6.2% lelaki dan 1.1% perempuan yangmeninggal adalah berpunca daripada alkohol.

    Kira-kira 55% orang dewasa mengambil alkohol. 4% daripada keseluruhan kematian di seluruh dunia yang diakibatkan kecederaan,

    kanser, sakit jantung, dan paru-paru berpunca daripada alkohol.

    Tahun 20012005 menunjukkan bahawa purata individu serendah umur 15 tahun danke atas telah meneguk alkohol tulen dalam kadar 6.13 liter setahun.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    17/29

    257Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Seterusnya, keluarga juga menjadi sumber mendapatkan makanan yang secukupnya bagi anak-

    anak dengan mengutamakan makanan seimbang dan berzat. Adalah menjadi lumrah ketua

    keluarga menyediakan makanan secukupnya kepada ahli keluarganya untuk meneruskan aktiviti

    harian dengan bertenaga. Walau bagaimanapun, beberapa pertimbangan perlu diambil misalnya

    mengelakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan perut kembung seperti bir,

    alkohol, minuman karbonat, dan sebagainya. Makanan yang berlemak dan kandungan gula yang

    tinggi juga harus dielakkan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung, darah tinggi, kencing

    manis, serta obesiti. Makan bersama juga dapat mengeratkan ikatan atau hubungan kekeluargaan

    secara tidak langsung.

    Peranan Masyarakat

    Masyarakat turut memainkan peranan dalam memastikan gaya hidup sihat diamalkan oleh

    komuniti mereka. Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap gaya hidup sihat

    hanya akan menyebabkan wujudnya budaya yang tidak sihat misalnya menyebabkan penularan

    wabak penyakit sehingga menurunkan kualiti kesihatan penduduk. Dengan yang demikian, amat

    jelas bahawa masyarakat tidak patut meletakkan tanggungjawab menjaga kepentingan kesihatan

    di tangan individu mahupun institusi keluarga kerana gaya hidup sihat yang diwar-warkan oleh

    Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan tanggungjawab bersama.

    Kesukaran mendapatkan makanan berzat, serta tempat tinggal yang teruk, kotor dan tiada

    infrastruktur asas menjadi antara faktor timbulnya masalah malnutrisi, kebuluran, ketinggalan

    dalam pendidikan serta masalah sosial yang lain. Lazimnya, masyarakat daripada negara-negara

    miskin ataupun yang mengalami bencana atau perang saudara dikenal pasti terlibat dengan

    masalah tersebut. Justeru, peranan masyarakat dalam menghulurkan sumbangan kebajikan akan

    dapat menjamin kesejahteraan sesebuah komuniti serta pembangunan sosial negara seperti yangdimaksudkan. Masyarakat yang prihatin akan isu-isu sosial di sekitarnya merupakan masyarakat

    yang dapat menyumbang kepada budaya hidup sihat sejahtera.

    Dengan merujuk kepada negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga merupakan

    sebahagian daripada institusi masyarakat mempunyai peranan yang amat besar dalam mendidik,

    serta memberikan kesedaran kepada seluruh warga Malaysia tentang kepentingan amalan gaya

    hidup sihat. Sehubungan dengan itu, KKM telah menjalankan beberapa program khidmat

    komuniti seperti:

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    18/29

    258Program Bersepadu Sekolah Sihat

    B

    Perkhidmatan doktor bergerak atau doktor udara (di Sabah dan Sarawak) Perkhidmatan pergigian di sekolah-sekolah Perkhidmatan pendidikan melalui pameran, ceramah, serta pengedaran risalah-risalah

    berhubung kesihatan serta isu semasa melalui media massa seperti media cetak dan

    elektronik selain bergerak dari rumah ke rumah

    Perkhidmatan rawatan percuma untuk beberapa jenis penyakit seperti suntikan BCG,HPV, polio, dan sebagainya kepada bayi, kanak-kanak, serta remaja di sekolah-sekolah

    Membekalkan ubat-ubatan percuma kepada wakil yang terpilih dan terlatih bagi kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak bagi memudahkan urusan rawatan sesetengah simptom

    seperti sakit kepala, sakit perut, gatal-kudis, cedera ringan, gigitan serangga, demam

    selesema, dan sebagainya dengan pemantauan daripada pegawai yang

    dipertanggungjawabkan dari semasa ke semasa.

    Kesimpulannya, setiap individu, keluarga, dan masyarakat mempunyai peranan dan memikul

    tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan hidup yang berpanjangan melalui amalan gaya

    hidup sihat. Kesedaran dan pengalaman tentang gaya hidup sihat perlu dititikberatkan dalam

    semua peringkat dan aspek kehidupan manusia.

    Individu, keluarga, dan masyarakat harus saling bekerjasama dan menyokong usaha untuk

    meningkatkan dan mengekalkan aspek kesejahteraan hidup dalam mengharungi arus globalisasi

    yang serba mencabar. Kesedaran sosial dalam diri anggota masyarakat juga merupakan antara

    aspek penting dalam kejayaan pelaksanaan aktiviti gaya hidup sihat di negara kita. Dengan

    adanya kesedaran dan sikap saling bekerjasama, maka hasrat untuk merealisasikan pelaksanaan

    sesuatu dasar berkaitan dengan kesihatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    PBSS boleh dilaksanakan melalui pendidikan kesihatan secara formal dan tidak

    formal. Ia melibatkan pelbagai pihak yang bertanggungjawab.

    1. Berikan TIGA peranan seorang guru di dalam PBSS.2. Cadangkan TIGA peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam menjayakan

    PBSS.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    19/29

    259Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Perlaksanaan PBSS Sekolah

    Pelaksanaan PBSS pada dasarnya melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat.

    pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal dalam pelaksanaan

    PBSS ini. Untuk memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan efektif,

    usaha-usaha secara bersepadu perlu digembleng bukan sahaja oleh pengetua sebagai

    pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG,

    dan komuniti setempat. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan

    pasukan kesihatan.

    Pemantauan dan Penilaian PBSS

    Pemantauan merupakan suatu tanggung jawab pengurusan yang dilakukan secara

    berterusan selepas pelaksanaan sesuatu program PBSS. Pemantauan mempunyai

    kebaikannya dan bertujuan untuk mendokumentasikan pelaksanaan semua aktiviti program

    yang telah dirancang. Pada masa sama, ia berguna untuk mengukur sejauh mana program

    yang dirancang memenuhi keperluan peserta dan memenuhi perancangan yang dibuat

    melalui data-data mentah yang telah diproses. Seterusnya, melalui data mentah yang telah

    diproses, ia digunakan untuk menyampaikan maklumat yang diperoleh kepada pihakberkepentingan.

    Aspek yang diberi perhatian oleh pemantau melibatkan perjalanan sesuatu program yang

    sedang dilaksanakan, mengukur dan melaporkan tentang kemajuan program berkenaan.

    Secara lebih khusus, tujuan pelaksanaan pemantauan ini adalah untuk memastikan setiap

    aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan, mengenal pasti sebarang masalah dan

    keperluan program semasa supaya tindakan segera / serta merta dapat diambil secara

    sistematik semasa program sedang berjalan bagi memperbaiki sebarang kekurangan yang

    telah dikenal pasti.

    Penilaian program pula merupakan satu proses sistematik mengumpul, menganalisis dan

    mentafsir data untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan program yang telah

    dilaksanakan. Pemantauan dijalankan sepanjang pelaksanaan kursus manakala penilaian

    pula dilaksanakan setelah program tamat atau hampir selesai dilaksanakan. Pemantauan

    dan penilaian program PBSS akan dilakukan oleh secara berterusan oleh Pegawai

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    20/29

    260Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Pendidikan Daerah (PPD) dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD). Penilaian dibuat dengan

    menggunakan Borang Anugerah PBSS dan Penyeliaan ke sekolah-sekolah.

    Penganugerahan tahunan diberi berdasarkan tahap usaha dan pencapaian sekolah dalam

    menggalakkan kesihatan di sekolah masing-masing.

    Penilaian dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan manfaat program bagi menentukan

    sama ada program tersebut boleh diteruskan atau tidak. Selain itu, penilaian dilaksanakan

    untuk melihat kekuatan dan kelemahan program bagi tujuan perancangan masa depan.

    Secara lebih khusus lagi, penilaian bermatlamat untuk mengenal pasti kesesuaian program,

    faktor-faktor mempengaruhi kesesuaian program, keberkesanan program dan faktor

    mempengaruhi, dan kecekapan pelaksanaan program.

    Pemantauan dan penilaian kesihatan di sekolah adalah penting untuk memastikan

    objektif PBSS tercapai. Proses ini dijalankan berjadual dan mengikut keperluan. Borang

    penilaian perlu diisi selepas sesuatu program untuk dijadikan rekod sekolah.

    Apakah komponen yang dinilai?

    Pemantauan dan penilaian PBSS dilakukan melalui borang yang berdasarkan tahap usaha

    dan pencapaian sekolah dalam menggalakkan kesihatan di sekolah. Borang yang sama

    digunakan untuk memantau dan menilai apa-apa sahaja program kesihatan yang dijalankan.

    Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh perkara di atas, pihak yang menjalankan

    pemantauan akan membuat penilaian berdasarkan kepada 7 komponen yang terdapat

    dalam borang pemantauan / penilaian tersebut.

    1. Pengurusan PBSS2. Pelaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS kebangsaan3. Persekitaran fizikal sekolah (3K)4. Persekitaran sosial (iklim dan budaya sekolah)5. Penglibatan komuniti dalam PBSS6. Kemahiran kesihatan diri7. Kemudahan kesihatan di sekolah.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    21/29

    261Program Bersepadu Sekolah Sihat

    pengurusan PBSS

    penubuhan

    jawatankuasa

    penetapanpolisi

    kesihatansekolah

    pelaksanaanpolisi

    kesihatansekolah

    pemantauandan penilaian

    pelaksanaanaktiviti

    pelaporan

    Pengurusan PBSSJika kita perhatikan komponen-komponen tersebut, kita akan dapati bahawa

    pemantauan dan penilaian tersebut dibuat secara menyeluruh. Maksudnya,

    penilaian dijalankan demi untuk melihat pelaksanaannya berjalan sebagaimana yang

    telah dihasratkan oleh kerajaan. Justeru, komponen pertama yang dinilai adalah dari

    aspek pengurusannya. Pengurusan menjadi kritikal apabila ia melibatkan dasar-

    dasar dan polisi kesihatan yang hendak dicapai. Oleh itu, penubuhan jawatankuasa

    PBSS adalah antara langkah awal yang diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan

    setiap program kesihatan di sekolah. Keseluruhan lima elemen yang dinilai dalam

    komponen ini membawa sejumlah 26 markah. Lain-lain aspek yang dinilai dan

    dipantau bagi komponen pengurusan PBSS ini adalah seperti rajah di bawah:

    Pelaksanaan PBSS mengikut ketetapan Jawatankuasa PBSSkebangsaan

    Bagi komponen pelaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh jawatankuasa PBSS

    kebangsaan, kita dapati bahawa penilai akan melihat kepada pelaksanaan program

    yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Program-program tersebut berkait

    dengan program sokongan oleh pihak kerajaan seperti yang telah dibincangkan

    pada awal unit ini. Misalnya, program RMT dan PSS, merupakan antara aspek yang

    dinilai dari segi jawatankuasa, kriteria pemilihan murid untuk menerima bantuan,

    jadual kedatangan murid dan perlu ada pelaporannya. Kesemua enam aspek dalam

    komponen ini memperuntukkan sebanyak 26 markah.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    22/29

    262Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Pelaksanaan PBSS yang ditetapkan olehJawatankuasa PBSS kebangsaan

    rancanganmakanantambahan

    sekolah rendah

    program sususekolah rendah

    perkhidmatankesihatansekolah

    perkhidmatanpergigiansekolah

    programkeselamatan,

    kebersihan dankeindahan alamsekitar sekolah

    sekolahkawasanlaranganmerokok

    Persekitaran fizikal sekolah (3K)

    kantin tandas bilik khas bilik darjahsistem

    pelupusansisa pepejal

    Persekitaran fizikal sekolah (3K)Persekitaran fizikal yang dinilai dan dipantau adalah melibatkan kebanyakannya

    persekitaran binaan. Maksudnya, pihak penilai akan memberikan perhatian ke atas

    bangunan-bangunan atau premis di sesebuah sekolah. Antara perkara yang dilihat

    adalah dari segi kebersihan, fungsi, hiasan dalaman dan luaran, pencahayaan dan

    pengudaraan dan sebagainya. Kesemua aspek yang dipantau sebenarnya

    merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi suasana atau persekitaran yang

    kondusif untuk pembelajaran murid. Apabila persekitaran sekolah mencapai apayang dihasratkan dalam pelaksanaan PBSS ini, maka secara tak langsung ia akan

    dapat meningkatkan tahap kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan anak-anak

    murid di sekolah.

    Sebanyak 14 markah diperuntukkan dalam komponen ini dengan tandas dan kantin

    mewakili jumlah markah yang paling banyak iaitu 4 markah. Manakala bagi aspek

    yang lain, setiap satunya membawa sejumlah 2 markah.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    23/29

    263Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Persekitaran sosial (iklim dan budaya sekolah)

    tanggapan awal landskappenggunaan

    kawasan

    programbimbingan dan

    kaunseling

    Persekitaran sosial (iklim dan budaya sekolah)

    Jika anda sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan

    penilaian PBSS, apakah yang akan anda perhatikan dari aspek tanggapan awal

    terhadap persekitaran sosial sekolah?. Sudah pastinya kita akan melihat kepada

    kebersihan kawasan luar sekolah, hiasan pintu masuk ke sekolah dan suasana

    persekitarannya yang terkawal. Elemen-elemen tersebut membawa tiga markah

    daripada keseluruhan 10 markah. Antara lain, persekitaran sosial atau lebih tepat iklim

    atau budaya sekolah ini turut menyumbang atau menyokong kepada persekitaran

    fizikal sekolah. Dengan kata mudah, kedua-dua komponen ini sebenarnya saling

    berkait antara satu dengan lain. Bezanya, persekitaran fizikal lebih kepada

    penyediaan, manakala persekitaran sosial pula menekankan kepada pengisian danpenggunaannya.

    Penglibatan komuniti dalam PBSSPenglibatan lima pihak seperti rajah di bawah akan dinilai dalam menentukan

    keberkesanan pelaksanaan PBSS di sekolah. Hakikatnya, kerjasama, sumbangan

    dan penglibatan pihak-pihak tersebut yang akan menentukan kejayaan program

    kesihatan di sekolah. Kesannya bukan sahaja dapat dilihat melalui peningkatan taraf

    kesihatan pelajar malah turut memberikan pengaruh terhadap pencapaian akademik

    mereka. Kerana itu, setiap program kesihatan yang dirancang dan dilaksanakan

    mempunyai justifikasinya yang tersendiri.

    Peranan dan penglibatan pihak-pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),

    agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba, Polis dan sebagainya,

    agensi swasta, NGO mahupun individu sangat memberikan sumbangan terhadappelaksanaan PBSS di sekolah. Justeru, ia dimasukkan ke dalam penilaian program.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    24/29

    264Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Kemahiran kesihatan diri

    ceramahmengenaikemahiran

    kesihatan diri

    kelab / persatuanmenggalakkan

    kemahirankesihatan diri

    pamerankesihatan secara

    formal

    kuiz / hari /minggu / kem

    kesihatan

    Penglibatan komuniti dalam PBSS

    PIBG

    agensi

    kerajaanselain KPMdan KKM

    agensi swasta NGO / badansukarela individu

    Kemahiran kesihatan diriKomponen kemahiran kesihatan diri yang dipantau dan dinilai lebih melibatkan

    kepada bentuk kempen-kempen kesedaran tentang kesihatan diri. Misalnya, panel

    penilai akan melihat kepada jumlah ceramah mengenai kemahiran kesihatan diri

    yang dijalankan di sekolah. Sekiranya dalam satu tahun persekolahan, pihak sekolah

    telah menjalankan lebih daripada 10 ceramah, maka sekolah tersebut akan diberikan

    markah penuh (3 markah). Begitu juga dengan kelab atau persatuan yang

    menggalakkan kemahiran kesihatan diri. Markah penuh, juga 3 markah diberikan

    kepada sekolah yang mempunyai jumlah melebihi 10 buah kelab atau persatuan.

    Menyedari tentang kepentingan memupuk kesedaran kepada semua warga sekolah,

    maka pameran kesihatan secara formal yang diadakan di sekolah turut dimasukkan

    ke dalam aspek penilaian. Begitu juga dengan program-program seperti kuiz

    kesihatan, minggu atau kem kesihatan yang diletakkan kepentingannya dalam

    keberkesanan program kesihatan di sekolah. Program sebegini dilihat sebagai

    usaha berterusan oleh setiap warga sekolah amnya untuk mencapai matlamat

    kesihatan yang optima dan menyeluruh dalam kalangan warganya.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    25/29

    265Program Bersepadu Sekolah Sihat

    Kemudahan kesihatan di sekolah

    bilik / ruang sakit peti pertolongan cemas

    bilik pemeriksaan

    kesihatan / pergigian

    Kemudahan kesihatan di sekolahKemudahan kesihatan yang dipantau dan dinilai adalah bilik / ruang sakit (sick bay),

    peti pertolongan cemas dan bilik-bilik kesihatan iaitu bilik pemeriksaan kesihatan dan

    pergigian. Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah adalah dari

    segi penyediaan kemudahan dan kelengkapan tersebut. Justeru, dengan adanya

    fasiliti sedemikian, maka penjagaan kesihatan pelajar sekolah akan lebih terjamin.

    Antara aspek yang dititikberatkan dalam penilaian kemudahan bilik atau bilik

    kesihatan adalah dari sudut kebersihannya. Penyediaan kelengkapan lain seperti katil,

    kipas, dan peralatan lain juga merupakan perkara yang akan diperhatikan oleh panel

    penilai program kesihatan. Aspek penyelenggaraan juga turut dimasukkan ke dalam

    kriteria pemarkahan. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa penilaian dan pemantauan

    yang dilakukan ke atas komponen ini adalah bertujuan sebagai sokongan untuk

    pelajar mendapatkan rawatan awal jika di timpa penyakit. Samalah halnya dengan

    bilik-bilik kesihatan yang dinilai perlu memiliki kriteria apabila bilik khas / kesihatan

    disediakan apabila perlu.

    Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa PBSS merupakan

    suatu program yang bersifat bersepadu dan menyeluruh. Bagi memastikan pelaksanaan yang

    efektif, perlu ada mekanisme untuk memantau dan menilainya. Matlamat dan objektif PBSS

    ini seharusnya dihayati dengan mendalam agar kita semua warga sekolah amnya beroleh

    manfaat yang bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri, bahkan dapat

    mewujudkan masyarakat yang sentiasa sihat, sejahtera dan selamat.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    26/29

    266Program Bersepadu Sekolah Sihat

    RUMUSAN

    Program-Program Kesihatan sekolah yang dilaksanakan secara terancang dan tersusun akan

    memberi impak yang efektif dan berkesan terutamanya kepada murid-murid dan sekolah

    secara amnya. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria pasti akan

    mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta menyeronokkan.

    Penekanan Program Pendidikan Kesihatan Sekolah yang bukan sahaja ditujukan kepada

    murid-murid, malah secara keseluruhannya kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, staf

    sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah sudah

    pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Pihak sekolah

    juga boleh memohon bantuan dan pertolongan daripada komuniti luar seperti daripada

    golongan ibu bapa yang mempunyai latar yang berkaitan kesihatan. Sudah pastinya mereka

    sudi membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan kesihatan yang

    dilaksanakan di sekolah. Di samping itu, peranan agensi-agensi luar sama ada swasta atau

    kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu

    amalan dan budaya.

    Program Pendidikan Kesihatan Sekolah bukan setakat memberikan kefahaman danpengetahuan tentang pentingnya amalan kesihatan yang betul malahan perlaksanaannya

    yang merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup

    yang baik berupaya mendatangkan impak besar dalam melahirkan generasi dan masyarakat

    baru Malaysia yang lebih sihat, cergas, berilmu dan kreatif, inovatif serta produktif.

    KATA KUNCI

    Kemahiran Kesihatan Diri

    Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

    Persekitaran Fizikal Sekolah

    Persekitaran Sosial Sekolah

    Polisi Kesihatan Sekolah

    Program Kesihatan Sekolah

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    27/29

    267Program Bersepadu Sekolah Sihat

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Mengapakah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan?2. Apakah objektif PBSS?3. PBSS bermatlamat untuk?

    RUJUKAN

    Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian KesihatanMalaysia

    Dzulkifli et.al. (2007). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan [Sekolah Kebangsaan]Tahun 6, KBSR. DBP: Kuala Lumpur

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/6858-hfmdpenyakit-jangkitan-virus.html

    http://www.omnimedicalsearch.com/im_BCG+vaccine+picture.html?&start=3

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0312&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

    http://www.sarawak.health.gov.my

    www.moh.gov.my

    www.myhealth.gov.my

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    28/29

    268Program Bersepadu Sekolah Sihat

    A

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

    1. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan dengan kerjasama KementerianKesihatan memberikan manfaat kepada murid-murid di sekolah.

    TIGA manfaat yang boleh murid peroleh daripada Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

    i. Membina kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan optimumdan amalan cara hidup sihat.

    ii. Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program sususekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.

    iii. Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah.iv. Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan

    perhatian serta tindakan lanjut.

    v. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit

    2. PBSS boleh dilaksanakan melalui pendidikan kesihatan secara formal dan tidakformal. Ia melibatkan pelbagai pihak yang bertanggungjawab.

    a. TIGA peranan seseorang guru di dalam PBSS.i. Memahami teras-teras utama PBSS yang terdiri daripada Polisi Kesihatan

    Sekolah, Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah,

    Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri, dan Perkhidmatan Kesihatan

    Sekolah.ii. Menyokong, melaksana, dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang

    dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.

    iii. Bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti-aktiviti PBSS dapatdilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.

    iv. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.v. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.

  • 7/22/2019 Unit 9 Program Bersepadu Sekolah Sihat

    29/29

    269Program Bersepadu Sekolah Sihat

    B

    b. TIGA peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dan masyarakat dalammenjayakan PBSS.

    i. Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang olehsekolah.

    ii. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatanserta kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

    PBSS.

    iii. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS.iv. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.v. Memberi cadangan aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan oleh

    sekolah.