iklim sekolah

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 04-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan BIG, iklim sekolah, fasa 5

TRANSCRIPT

3.0 Iklim SekolahIklim sekolah memainkan peranan yang penting dalam sesebuah sekolah. Iklim serta persekitaran sekolah yang baik akan menjadikan guru-guru berasa selamat, yakin, dan puas hati serta tidak terancam untuk datang mengajar di sekolah. Bersifat terbuka serta berkebolehan memberi kepimpinan di sekolah. Murid-murid akan mempunyai semangat setiakawan, selesa untuk menerima ilmu dan sentiasa ingin hadir ke sekolah.Semasa penanda aras, kami mendapati iklim Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pamol (SJKT Pamol) sangat baik dan mesra berdasarkan kepada budaya dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Guru-guru dan murid mempunyai hubungan yang sangat erat. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Salah satu iklim budaya sekolah ini boleh dijadikan contoh ialah sentiasa bekerjasama dan saling membantu. Guru besar sekolah iaitu Puan Vasanthi mempunyai sifat keterbukaan yang banyak di mana beliau mengambil semua idea yang diutarakan oleh para guru dan murid. Guru besar juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan pengajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka.Di samping itu, para guru dan murid sangat selesa ketika berada dalam perkembangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang sangat bersih dan teratur. SJKT Pamol juga telah mengadakan banyak aktiviti seperti program kebersihan, gotong royong, keceriaan kelas dan sebagainya.Selain daripada itu, SJKT Pamol juga menyediakan tempat untuk murid membaca dan berehat. Sudut membaca yang disediakan amat berkesan di mana kita dapat melihat murid mempunyai ruang yang selesa dan buku yang mencukupi. Murid dan guru di sekolah tersebut amat berbangga dengan kemudahan yang disediakan di sekolah tersebut. Kami sangat terharu dengan murid sekolah tersebut di mana mereka turut serta dalam mengekalkan kebersihan dan kekemasan sekolah.

Pelbagai program dan aktiviti bidang akademik dilaksanakan di SJKT Pamol. Perancangan pengurusan kurikulum dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan murid, penguasaan pembelajaran, hasil kerja murid, persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan penilaian teknik menyoal, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas serta amalan profesionalisme keguruan.Selain itu, terdapat juga pelbagai kelas bimbingan dijalankan untuk membantu para murid. Contohnya, kelas bimbingan untuk murid tahun 6. Kelas untuk murid UPSR juga dijalankan pada waktu sekolah. Di samping itu, bengkel Teknik Menjawab Kertas Soalan UPSR juga diadakan khas untuk murid tahun 6. Kelas pemulihan dan bimbingan juga dijalankan untuk murid-murid yang memerlukan bantuan dalam pelajaran.Terdapat banyak program yang dijalankan di SJKT Pamol untuk semua murid untuk menjadi murid cemerlang sama ada dari aspek kurikulum atau kokurikulum. Pihak pentadbiran sekolah banyak menyediakan kemudahan-kemudahan untuk murid selesa dan seronok belajar. Semua sekolah yang lain harus menjadikan SJKT Pamol sebagai contoh dan sekolah lain juga boleh menjadi sebagai sekolah kluster seperti SJKT Pamol. Lawatan penanda aras bagi program Bina Insan Guru Fasa 5 ini banyak memberikan kami pengalaman yang baik serta pendedahan yang sangat baik untuk menjalani praktikum fasa pertama.