tugasan 1 (c)- yanie

10
7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 1/10 HGF 3043 D20141067771 1 KAJI IKLIM HGF 3043 TUGASAN INDIVIDU TAJUK : KERPASAN  NAMA NUR ZAYANI BINTI ROZALI  NO. MATRIK D20141067771  NO. IC 941202065000  NAMA PENSYARAH DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Upload: nurashikin-zulkifli

Post on 18-Feb-2018

280 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 1/10

HGF 3043 D20141067771

1

KAJI IKLIM

HGF 3043

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : KERPASAN

 NAMA NUR ZAYANI BINTI ROZALI

 NO. MATRIK D20141067771

 NO. IC 941202065000

 NAMA PENSYARAH DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

Page 2: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 2/10

HGF 3043 D20141067771

2

1.  Apakah maksud kerpasan?

Dalam bidang meteorologi kerpasan ialah hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik

ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi. Menurut Ishak Johari dan

 Nurhidayah. (2010) kerpasan ialah satu bentuk curahan yang terjadi dalam kitaran hidrologi

sebagai lembapan atau air yang jatuh ke bumi dari langit dalam pelbagai bentuk termasuk

hujan , hujan air batu, salji, gerimis, embun, kabus dan sebagainya. Hujan dan salji

merupakan pembekal utama kepada jumlah keseluruhan curahan. Curahan berbentuk cecair

seperti hujan bersaiz 0.5mm hingga 2.0mm manakala curahan berbentuk pepejal seperti salji

. Saiz dan bentuk curahan bergantung kepada suhu persekitaran. Kapasiti curahan dalam

 bentuk air atau pepejal yang berlaku bergantung kepada suhu persekitaran. Kapasiti curahan

dalam bentuk air atau pepejal yang berlaku bergantung kepada faktor pergerakan tiupan

angin , suhu, tekanan, dan kelembapan udara. Curahan terbentuk kerana adanya mekanisma

ketepuan dan penyejukan dalam udara. Proses penyejukan sepenuhnya menyebabkan titisan

air yang berat untuk jatuh ke bumi sebagai curahan. Selain itu, air yang dihasilkan dari garam

laut melalui proses penyejatan mengakibatkan pemeluwapan lembapan air dalam udara.

Mekanisma yang terjadi akibat penyejukan udara menyebabkan juga pemeluwapan dan

terbentuknya titisan hujan, salji atau embun.

Titisan hujan ada bermacam-macam saiznya, seperti titisan besar berbentuk lonjong seakan

lempeng, mahupun titisan kecil berbentuk bebola halus. Kerpasan yang sampai di permukaan

 bumi boleh terjadi dalam pelbagai bentuk juga, termasuk hujan, hujan sejuk beku, hujan

renyai, jejarum ais, salji, gentilan ais atau hujan beku dan hujan batu. Hujan batu terbentuk

dalam awan kumulonimbus apabila kekuatan alir naik udara menyebabkan batuannya

 berpusing berulang-alik dalam awan, sehingga menyebabkan ketulan hujan batu terbentuk

 berlapis-lapisan sehingga cukup berat untuk jatuh dari awan. Berbeza dengan titisan hujan,

emping salji terbentuk dalam pelbagai bentuk dan corak yang ditentukan oleh ciri-ciri suhu

dan kelembapan udara yang melalui oleh emping salji itu sehingga mendarat. Gentilan salji

dan ais memerlukan suhu daratan berada hampir atau di bawah takat lebur, manakala hujan

 batu boleh terjadi dalam suhu yang lebih panas kerana proses pembentukannya.

Page 3: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 3/10

HGF 3043 D20141067771

3

2.  Huraikan bagaimana kerpasan berlaku mengikut teori kerpasan dan pengaruhnya

terhadap cuaca dan iklim?

Kerpasan terdiri daripada dua teori iaitu Teori Bergeron- findeisen dan teori pelanggaran

. Menurut Donald Ahrens (2012), ais kristal (atau Bergeron ) proses pembentukan hujan

mencadangkan bahawa kedua-dua ais kristal dan titisan awan cecair yang terdapat di

dalam awan pada suhu di bawah paras beku. Proses pembentukan hujan adalah amat

 penting dalam pertengahan dan tinggi latitud , di mana awan dapat melanjutkan ke atas

ke dalam kawasan di mana suhu udara di bawah paras beku. Awan seperti awan sejuk

 panggilan. contoh awan kumulonimbus biasa yang terbentuk di dataran besar amerika

utara

Teori Bergeron-Findeison iaitu dimana atmosfera dibahagikan kepada dua kawasan iaitu

kawasan terbentuknya hujan iaitu di kawasan yang bersuhu -5oC hingga -25oC. Di

kawasan ini terdapat hablur-hablur ais seni di kawasan ini hasil proses pemejalwapan.

Berlakunya proses sejatan seterusnya membekalkan wap air ke atmosfera. Manakala wap

air yang memasuki kawasan ini akan mengalami proses pemeluwapan dan proses

 pemeluwapan akan membekalkan lembapan.

Lembapan akan dimendapkan di permukaan hablur ais dan lapisan air nipis yang

dimendapkan akan menambah saiz hablur ais. Hablur ais yang diselaputi oleh lembapan

 juga senang menggregat apabila berlanggar dan bercantum di antara satu sama lain.

Apabila hablur ais mencapai garis pusat melebihi 7mm, tarikan graviti akan menarik

hablur ais turun ke permukaan bumi. Hablur ais yang turun akan mengalami proses

 pencairan kerana berlakunya proses pemanasan secara adiabatik lalu turun sebagai hujan.

teori ini berlaku untuk awan sejuk di bawah 0 darjah celcius yang terdiri dari ais kristal

dan air sejuk yang merupakan air yang suhunya di bawah 0 darjah celcius tetapi belum

membeku berlaku perbezaan tekanan wap di sekitar titisan air dan di sekitar ais partikel

mengakibatkan partikel air mengembun di sekitar partikel-partikel ais. Partikel ini

menyebabkan ais kristal menjadi besar. jika berat titisan hujan ini telah melampaui daya

dorong ke atas, maka akan jatuh sebagai hujan. pembentukan hujan demikian sering

terjadi di kawasan tropika atau pada awan komulus yang tumbuh menjadi komulonimbus,

dengan keadaan awan berada di bawah titik beku.

Page 4: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 4/10

HGF 3043 D20141067771

4

Teori Perlanggaran merupakan pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil

melalui pelanggaran oleh titisan-titisan air yang jatuh. Menurut Donald Ahrens . (2012)

teori perlanggaran dan tautan merupakan awan panas hanya terdiri daripada titisan awan

kecil saiz seragam. titisan kurang cenderung untuk bertembung kerana mereka semua

 jatuh dengan perlahan-lahan pada kira-kira kelajuan yang sama. mereka titisan yang

 berlanggar sering kali tidak bergabung kerana ketegangan permukaan kuat yang

memegang bersama-sama setiap titisan kecil. awan yang terdiri daripada titisan yang

 berbeza saiz, titisan yang lebih besar jatuh lebih cepat daripada titisan yang lebih kecil .

Walaupun beberapa titisan kecil yang diketepikan . beberapa mengumpul di pinggir

hadapan titisan yang lebih besar , manakala yang lain ( yang ditangkap di tengah- titisan

yang lebih besar) bergabung di bahagian belakang titisan ini 

Pengaruh teori Bergeron terhadap cuaca dan iklim adalah berlakunya hujan perolakan

terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu

 pagi.Permukaan bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba

yang dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi.

Udara yang dipanaskan ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini

lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan

secara adiabatic (makin tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat embun,

udara akan terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan

kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu petang disertai kilat dan petir.

Selain itu , pengaruh kedua ialah terjadinya salji yang biasanya terbentuk apabila wap air

melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan

kemudian jatuh semula ke bumi. Salji juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh

dari permukaan yang ia dibentuk, atau partikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila

kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah.

Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang

sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian

Page 5: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 5/10

HGF 3043 D20141067771

5

3.  Berasaskan satu jenis kejadian kerpasan, nilaikan pengaruhnya terhadap cuaca dan iklim

di sesebuah negara.

Kerpasan lebih tetumpu kepada kejadian hujan dan salji . Oleh itu saya telah memilih

 Negara Malaysia yang merupakan Negara yang aktif dengan penurunan hujan

terutamanya pada musim monsun iaitu monsun barat daya , monsun timur laut dan pada

musim peralihan monsun. Pengaruh musim hujan ini terhadap cuaca dan iklim adalah

cuaca akan sentiasa mendung dan menerima penurunan titisan air yang banyak sehingga

tidak dapat di tampung oleh bentuk muka bumi dan akan terjadinya kejadian banjir .

Iklim sejuk akan berleluasa dan suhu akan mula menurun dengan cuaca yang mendung ,

awan komulunimbus akan mula menebal di ruang atmosfera sehingga cahaya matahari

terlindung dan pancaran cahaya akan berkurangan di permukaan bumi.

Menurut Shaharudin Idrus (2015), Malaysia telah mengalami antara banjir paling buruk

 pada akhir Disember 2014 hingga awal Januari 2015 yang lalu. Negeri-negeri Kelantan,

Terengganu, Pahang , Perak dan sebahagian Johor telah dianda dengan begitu drastik .

Banjir tersebut merupakan antara banjir berskala besar yang telah ditempuh penduduk

semenjak direkod seawall tahun 1886. Banjir telah dikatogerikan sebagai salah satu

 bentuk kemudahterancaman yang melanda Negara Malaysia. Tumpuan kejadain banjir

luar biasa yang berlaku memberikan pelbagai implikasi yang luar biasa Sepanjang

tempoh 130 tahun (1886-2015) hamper 100 kejadian banjir dicatat mengikut lokaliti

masing-maisng dalam pelbagai skala dan aras. Ini boleh dikatakan bahawa Negara

Malaysia sendiri tidak pernah sunyi daripada kejadian banjir. Keduanya, Kejadian banjir

yang berlaku adalah mengikut aras , magnitude dan skala yang berbeza bagi setiap tahun.

Ketiganya , kadar kematian , kecederaan , kerugianyang ditafsir juga bersifat berpelbagai

mengikut lokaliti tertentu berlakunya kejadian banjir yang berlaku dalam tempoh 130

tahun yang dibahagi kepada 4 aras dan skala yang berbeza .

Page 6: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 6/10

HGF 3043 D20141067771

6

Jadual 1 : Aras Tahap Banjir di Malaysia.

ARAS TAHAP

1 Menunjukkan risiko

2 Menunjukkan bahaya

3 Menunjukkan bencana

4 Menunjukkan malapetaka

Rajah 2 : Rekod Kejadian Banjir di Malaysia , 1886-2015

Sumber : Chan (2012), Star –  pelbagai tarikh dan tahun.

Setakat ini Malaysia belum lagi mencapai aras yang tertinggi pada skala 4. Semenjak

 Negara ini dijajah oleh British lebih 500 tahun yang lampau, pelbagai bentuk ubahsuai

kepada bentuk rupa bumi Negara Malaysia dilakukan. Semenjak awal penjajahan

British,tumpuannya adalah untuk mengeluarkan sumber asli Negara bertujuan untuk

dipunggah ke Britain untuk membantu meningkatkan dan seterusnya menggerakkan

revolusi industry yang melanda Eropah pada masa itu. Pengeluaran secara besar besaran

sumber asli Negara termasuk biji timah, emas dan getah telah menyebabkan berlakunya perubahan bentuk guna tanah Negara . Justeru, apabila hujan yang lebat melanda

Malaysia, tanah yang telah diubah guna tidak dapat menampung aliran air yang laju dan

menyebabkan berlakunya banjir besar.

Page 7: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 7/10

HGF 3043 D20141067771

7

4.  Huraikan kesan kerpasan terhadap manusia dan bagaimana manusia menghadapinya.

Kesan kerpasan terhadap manusia adalah keadaan kesihatan manusia itu sendiri . Seperti

yang kita ketahui bahawa kerpasan itu terdiri daripada pelbagai jenis iaitu hujan , hujan air

 batu, salji, gerimis, embun, kabus dan sebagainya. Hujan itu boleh dikatakan sangat sinonim

dengan kerpasan . Kejadian hujan yang terlampau lebat menyebabkan permukaan bumi itu

sendiri tidak dapat menampung air yang dicurahkan sehingga menjadikan bencana banjir

yang menyebabkan kesan terhadap manusia . Banjir lazim berlaku di rantau Asia. Malangnya

, bencana ini semakin hari semakin bertambah dan impaknya kepada manusia dan

 persekitaran turut meningkat walaupun kemampuan kita memantau dan mengkaji bencana ini

 bertambah ( White et al. 2001 ; Dutta & Herath 2005).

Pertama sekali adalah terhadap kesihatan manusia itu sendiri yang terpaksa menahan suhu

sejuk serta kehadiran hujan tanpa henti tanpa mendapat pancaran matahari yang secukupnya.

Masalah kesihatan yang sering berlaku adalah demam , batuk , selsema , dan sebagainya.

Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air.

Menurut Barudin Yatim et al. (2012) , kesan banjir yang paling ketara di johor adalah kepada

konduktiviti air dan kandungan jumlah bahan terampai.Najis atau bahan terampai akan

 bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti

taun dan malaria. Manusia perlu lah bertindak dengan awal dengan mengambil rawatan awal

ke hospital yang berdekatan supaya keadaan kesihatan tidak menjadi semakin teruk . Bukan

itu sahaja, malah manusia juga boleh mengambil alternatif lain dengan menyediakan ubat-

ubatan yang diperlukan sebelum musim tengkujuh datang menghampiri. Langkah berjaga-

 jaga boleh diambil sebelum keadaan teruk berlaku.

Selain itu, kesan kerpasan terhadap manusia adalah merosakkan harta benda awam yang

menyebabkan kerugian kerajaan. Menurut Manuta & label (2005), perubahan iklim

meningkatkan cabaran pengurusan bencana banjir. Kerugiaan yang sering berlaku adalah

kerosakan kepada harta benda seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan

mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan

memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan

kos penyelenggeraan yang tinggi.Kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan

asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan

Page 8: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 8/10

HGF 3043 D20141067771

8

sementara mangsa banjir. sekurang-kurangnya, kerajaan memerlukan belanja dalam jumlah

yang sama untuk mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan,

semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana

aktiviti perniagaan yang terhenti.Ekonomi Negara juga turut terganggu. Oleh itu, langkah

yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kerugian kerajaan ini adalah meningkatkan

kualiti dan membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungai - sungai

utama, parit- parit utama dan longkang yang sedia ada contohnya Sg. Pinang perlu dijaga

supaya keupayaan sungai ini mengambil dan menampung air dapat ditingkatkan mengikut

tahap pembangunan semasa dan mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan-

kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang,

Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang-

undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan

lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat

mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan

 pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam

sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat

dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan

hilir sungai.

Page 9: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 9/10

HGF 3043 D20141067771

9

RUJUKAN

Baharudin Yatim , Maimon Abdullah & Salmijah Surif . 2012. Banjir Besar Johor  . Universiti

Kebangsaan Malaysia : Kuala Lumpur, Malaysia.

C. Donald Ahrens. 2012. Esssential of Meteorology: An Invitation to the Atmosphere. Library of

Congress: United States of America.

Ishak Johari & Nurhidayah. 2010. Hidrologi Kejuruteraan Awam. Perpustakaan Negara

Malaysia.

Manuta, J. & Lebel, L.2005.Climate Change and the risks of flood disasters Asia: Crafting

adaptive and just institutions. Proceeding of International Workshop on Human Security

and Climate Change, Oslo.

Mingteh Chang. 2006. Forest Hodrology An Introduction to Water and Forests: Second Edition.

University Nacogdoches, Texas, USA :London, New York.

Michael Bradshaw & Ruth Weaver. 1992 . Physical Geography: An Introduction to Earth

 Enviroments. Library of Congress Cataloging in Publication data. United State of

America.

Shaharudin Idrus et al. 2015. Persidangan Geografi dan Alam Sekitar kali ke-5: Pemangkin

Tranformasi Negara . Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim , Perak.

White, G.F., Kates, R.W.&Burton, I. 2001. Knowing better and losing more: the use of

knowledge in hazards management. Enviromental Hazards, 3 :81-92.

Page 10: Tugasan 1 (c)- YANIE

7/23/2019 Tugasan 1 (c)- YANIE

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-c-yanie 10/10

HGF 3043 D20141067771

10