tugasan kursus sains sukan

Upload: shahrudin-van-dzulkarnain

Post on 08-Feb-2018

2.597 views

Category:

Documents


174 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    1/8

    TUGASAN KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1

    SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

    (SPKK)

    Nama : AWANGKU SYAHRUDIN B AWANG DZULKARNAIN

    KPT : 800105-13-5223

    Kod Kursus :1(13)11 Kursus Sains Sukan Tahap 1.

    Alamat : SK Pekan Tamparuli, Peti Surat 26, 89027 Tamparuli, Sabah.

    No. Tel : 019-2087004Sukan Spesifik : HOKI

    Soalan Tugasan Pilihan :

    SOALAN 1

    a. Huraikan apa itu Latihan Kelenturan ( Fleksibiliti ).

    b. Senaraikan tiga jenis Latihan kelenturan dan satu contoh aktiviti /latihan daripada setiap jenis. ( Fleksibiliti )

    c. Rancangkan satu sesi Latihan Kelenturan bagi sukan yang anda ceburi.

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    2/8

    A. Huraikan apa itu Latihan Kelenturan ( Fleksibiliti ).Latihan fleksibiliti merupakan salah satu komponen kecegasan fizikal berdasarkan

    kesihatan. Latihan fleksibiliti ini membenarkan otot atau sendi-sendi badan atlet

    bergerak dengan rintangan yang minimum.

    Latihan fleksibiliti merujuk kepada latihan pergerakan yang merangkumi julat yang

    maksimum atau jarak yang sejauh mungkin tanpa mengalami kesakitan pada otot badan

    atlet. Anggota badan menjadi lebih lentur apabila seseorang atlet menjalani sesi

    memanaskan badan dan melakukan senaman regangan dengan secukupnya. Latihan

    fleksibiliti membolehkan atlet bergerak dengan pantas tanpa merasa kurang selesa atau

    meregang otot-otot. Ia juga membenarkan pergerakan yang lebih luas pada sendi-sendi.

    Terdapat tiga bentuk latihan kelenturan :

    1. Latihan kelenturan statik

    2. Latihan kelenturan Balistik

    3. Latihan kelenturan PNF( Proprioceptive Neuromuscular Facilitation )

    Gambar rajah aktiviti-aktiviti latihan fleksibiliti

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    3/8

    B. Senaraikan tiga jenis Latihan kelenturan dan satu contoh aktiviti /latihan daripada setiap jenis. ( Fleksibiliti )

    1. Latihan kelenturan statik.

    Jenis latihan ini sangat berkesan untuk memperbaiki kelenturan.

    Ia harus dilakukan sebelum memulakan apa-apa jenis aktiviti. Kaedah ini

    melibatkan peregangan otot ke satu titik regangan yang ringan dan

    kemudian menahannya dalam posisi meregang untuk satu tempoh masa

    tertentu iaitu antara 1020 saat. Teknik ini melibatkan pengekalan satu

    kedudukan iaitu regangan kepada kedudukan yang terjauh dan

    mengekalkan regangan.

    Kelenturan pinggang adalah salah satu bentuk kelenturan statik.

    Kelenturan statik adalah merupakan cara regangan yang paling selamat.

    Teknik ini memerlukan tenaga yang sedikit.

    1.1Gambar rajah latihan kelenturan statik jenis kelenturan pinggang.

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    4/8

    2. Kelenturan Balistik.

    Teknik latihan ini membabitkan turun naik, lantunan balas dan

    jenis teknik pergerakan berulang dengan perlakuan yang sama. Teknik

    ini tidak digalakkan kerana merupakan teknik yang paling banyak

    menyebabkan kecederaan atau kesakitan.

    Sesetengah sukan menggunakan latihan balistik untuk memberi

    fleksibiliti yang dinamik ( pergerakan berdasarkan momentum ) yang

    diperlukan untuk sukan seperti tenis atau silat olahraga. Di bawah

    adalah contoh latihan kelenturan sisi dimana latihan ini adalah

    kelenturan balistik yang boleh dipraktikkan oleh atlet.

    1.2 Gambar latihan kelenturan balistik (regangan sisi)

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    5/8

    3.Kelenturan PNF.

    Teknik ini dikenali sebagai PNF( Proprioceptive Neuromuscular Facilitation

    ).Latihan kelenturan PNF memerlukan orang yang berpengetahuan dan

    pasangan yang terlatih kerana terdapat risiko kecederaan yang tinggi jika tidak

    dilakukan dengan betul.

    Ini adalah cara meregang yang lebih maju. Ia melibatkan tiga peringkat asas :

    A. Pengecutan otot yang akan diregangkan ( selama 10 minit )B. Merehatkan otot itu.C. Pengecutan otot yang bertentangan atau menggunakan pertolongan

    pasangan.

    Teknik ini berkesan kerana pengecutan otot di peringkat permulaan

    membenarkan otot-otot meregang dengan lebih baik. Di bawah adalah latihan

    kelenturan hamstring berpasangan dimana aktiviti kelenturan PNF ini boleh

    dilakukan oleh atlet .

    1.3 Gambar rajah latihan kelenturan PNF (hamstring)

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    6/8

    Rancangkan satu sesi Latihan Kelenturan bagi sukan yang anda ceburi.

    Permainan : Hoki

    Tunjang : Kecergasan

    Aktiviti : Kelenturan

    Sub Kemahiran : Membongkok badan ke hadapan

    Tarikh : 4 Mei 2007

    Masa : 7.40 pagi8.40 pagi

    Bil. Atlet : 18 Orang

    Pengalaman dan Pengetahuan lepas/Sedia ada

    : Atlet pernah melakukan aktiviti kelenturan tubuh badan semasa di rumah dan sekolah.

    Hasil Latihan

    Pada akhir sesi latihan,atlet dapat:

    a.Psikomotor

    : 1. Melakukan aktiviti membongkokkan badan ke hadapan sebanyak 3 daripada 5 percubaan.

    2. Melakukan aktiviti secara individu dan berpasangan.

    b.Kognitif

    : 1. Mengenal pasti anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti kelenturan

    2. Memberikan 2 contoh aktiviti yang melibatkan komponen kelenturan.

    c.Afektif

    : 1. Menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi kata-kata semangat atlit yangBerjaya melakukan aktiviti kelenturan yang betul.

    2. Menunjukkan kegembiraan sesama atlet setelah menjuarai permainan kecil.

    Penerapan Nilai: Patuh pada arahan

    Kemahiran Befikir: Membezakan jenis-jenis tubuh manusia

    Kesepaduan: Sains (Otot)

    Permainan/Sukan Permainan Hoki.Bilangan Atlet 10 orang

    Purata umur 15 tahun keatas

    Kemahiran yang telah diajar Larian Dribble (mengelecek) membawa bola dan

    tackle (merebut) bola.

    Kemahiran untuk latihan ini a. Kemahiran membawa bola (mengelecek)- larian membawa bola dan pergerakan

    pantas ke kawasan pihak lawan.

    - Kemahiran tackle1 lawan 1.menggunakan pergerakkan kelenturantangan dan badan.

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    7/8

    Objektif Pada akhirsesi latihan, pemain boleh membawa

    bola dan mengelecek(dribble)dan merebut bola

    (tackle).Pergerakkan kelenturan melibatkan 2

    kemahiran asas kelenturan.

    Alatan 20 biji bola hoki, wisel,8 skital

    Semua pemain mempunyai kayu hoki sendiri

    AKTIVITI BUTIR-BUTIR LATIHAN DAN

    ORGANISASI.

    1. Memanaskan badan2. Berjoging dari garisan 25 meter ke

    garisan 50 meter secara ulang alik.

    3. Seperti di atas dan menggunakankelajuan yang sama, tetapi bergerak

    mengikut arahan :

    - Lari skiplari sisijoginglari kebelakang ( ulang )

    a.Berdiri di didalam bentuk ladam kuda

    mengelilingi jurulatih.

    1. Kalistheniks untuk melonggarkan ototdan sendi :

    - Memutar lengan- Mengilaskan badan- Memutar pinggan- Bongkok badan dan luruskan- Memutarkan pergelangan kaki- Melonggarkan otot quadriceps,

    hamstrings

    Pemerhatian oleh Jurulatih

    2. Mengajar dan berlatih kemahiranb. Kemahiran mengelecek(dribble)bola

    secara individu didalam kedudukan

    postur badan yang betul semasa

    melakukan pergerakkan.

    - Cara kemasan memegang kayu hoki danmengelecek bola (Indian dribble)

    -3. Berlatih dalam pasangan- Latihan berpasangan-Kemahiran

    pergerakkan tangan kekiri dan kekanan

    menggunakan kayu semasa membawa

    bola dan merampas bola(kelenturan otot

    tangan pinggang dan lutut).

    - Kemahiran menggunakan kelenturantangan dan tubuh badan semasa

    Aktiviti Latihan

    ( dalam pasangan )

    - Ulang pergerakan untuk posisi bersedia,menahan/menampan dan meluncur

    untuk merebut bola dari pasangan.

    - Menahan bola yang datang terus.- Menahan bola yang datang dari arah

    kanan atau kiri.

  • 7/22/2019 Tugasan Kursus Sains Sukan

    8/8

    merampas bola dari lawan semasa

    latihan.(latihan berpasangan)

    4. Permainan kecil.- Mempraktikkan kemahiran yang diajar :- Dalam dua pasukan7 sebelah pemain- Tujuannya : melihat ansur maju yang

    dilakukan oleh pemain selepas latihan

    kemahiran dan mempraktikkan didalam

    perlawanan singkat.(menganalisis

    samada pemain mengunakan

    sepenuhnya teknik kelenturan pelbagai

    didalam pergerakkan 2 kemahiran yg

    telah dipelajari).

    -

    Pemerhatian kemahiran oleh jurulatih

    5. Menyejukkan badan (colling down)a. Berjoging dari garisan gol ke garisan golb. Kalistheniks untuk otot-otot besar, sendi

    bahu, tulang belakang dan pinggang.

    Sesi latihan tamat