peranan jadual spesifikasi ujian.docx

Upload: marylin-ana

Post on 15-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx

    1/5

    PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

    Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai peranan yang sangat penting dalam

    pembinaan soalan yang kita hasilkan sebelum membina soalan yang dijadikan kayu

    ukur kepada murid-murid.

    JSU berperanan untuk mengelakkan daripada penggubal kertas ujian atau guru

    membina ujian secara sebarangan. Dengan adanya JSU, seseorang guru akan

    menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-muridnya dengan tahap

    kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. elalui JSU, guru jua akan mengikuti

    beberapa garis panduan yang telah ditetapkan seperti objektif penilaian, isi pelajaran

    yang telah dipelajari yang perlu diniliai dan membina soalan mengikut aras !aksonomi

    "loom.JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu.

    Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-

    aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-topik yang

    telah kita ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses

    menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang

    sama kita dapat merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.

    Dengan adanya membina JSU, seseorang guru juga dapat menentukanperimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang akan diuji kepada

    murid-muridya. #ertas ujian yang dibina berdasarkan JSU dapat disusun secara

    sistematik dan terancang. #esahan dari segi persampelan sukatan pelajaran juga

    adalah terjamin.

    elalui penilaian atau memberikan ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat

    melihat tahap penguasaan mereka. $alaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian

    mengikut format yang sesuai kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari

    pelbagai segi. Untuk menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan.

    %asilnya barulah guru dapat menentukan format ujian tersebut.

    "erdasarkan JSU, guru dapat membentuk soalan samada objektif, subjektif,

    struktur ataupun esei. #uantiti soalan yang dibina bergantung kepada pentingnya satu-

    satu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. elalui bentuk yang telah ditetapkan

  • 7/23/2019 PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx

    2/5

    itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada

    soalan-soalan yang telah dija&ab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa

    guru untuk menyemak kertas-kertas ja&apan murid. 'ontohnya bagi soalan-soalan

    berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk

    memeriksa atau menyemak kertas ja&apan murid berbanding dalam bentuk struktur

    atau esei.

    JSU mengambil kira masa yang diperuntukan untuk sesuatu topik. Dalam

    Dokumen Standard #andungan elajaran, topik yang diajar kepada murid telah disusun

    mengikut keutamaan. "egitu juga bilangan masa yang ditentukan setiap topik adalah

    berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik itu. leh yang demikian

    penilaian untuk satu-satu topik itu dapat dilaksanakan secara adil.

    Selain itu juga, dengan adanya pembinaan JSU, seseorang guru dapat membuatperbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain. erbandingan ini dapat dlihat

    melalui tahap pencapaian atau penguasaan yang ditunjukkan melaui markah yang

    diperolehi oleh seseorang murid itu.

    #esimpulannya, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam

    penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi

    biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. 'ara yang baik

    untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakanrancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai

    peranan yang penting .

  • 7/23/2019 PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx

    3/5

    SKEMA PERMARKAHAN

    Skema pemarkahan merupakan dokumen yang mengandungi ja&apan dan

    panduan untuk memberi markah respons pelajar serta pembahagian skor bagi setiap

    ja&apan. emarkahan melibatkan proses penentuan markah untuk setiap respons yang

    dipersembahkan oleh pelajar. Justeru itu, adalah penting untuk menunjukkan dengan

    jelas dan terperinci aspek-aspek yang dikehendaki dalam tugasan item.

    Skema permarkahan berperanan sebagai rujukan kepada pemeriksa semasa

    menimbangkan markah yang harus diberikan kepada ja&apan pelajar. anduan dan

    contoh ja&apan akan membantu pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan tekal

  • 7/23/2019 PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx

    4/5

    untuk menjamin keadilan dalam penilaian. Skema pemarkahan mestilah menepati

    kehendak soalan dan mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang tinggi. *ni bermakna markah

    yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal atau konsisten bagi semua

    pemeriksa. Untuk menjamin keobjektifan, skema pemarkahan perlu menyatakan

    peraturan memberi markah secara terperinci.

    !erdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan

    semasa menyediakan skema permarkahan bagi rujukan mmeriksa ja&apan ialah+

    a) kandungan - mencukupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan

    b) pengelolaan - aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang.

    c) proses - aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan

    daya kreatif menja&ab.

    Secara umumnya skema permarkahan boleh disediakan dalam dua cara iaitu+a) Skema ermarkahan %oslitik

    Skema jenis ini ialh sebagai panduan untuk memberi markah kepada ja&apan

    murid. Skema ini sesuai bagi permarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya

    diberi impresi. ermarkahan hoslitik memerlukan pemeriksa membaca ja&apan secara

    keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian

    sebelum mengganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

    b) Skema ermarkahan nalitikermarkahan cara ini merujuk kepada permarkahan ja&apan berbentuk esei

    secara terperini yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci.

    isalnya penentuan pemberatan ja&apan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang

    diberikan akan dipertimbangkan untuk diberikan markah penuh. gihan markah adalah

    berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta, persembahan dan bahasa. Skema

    permarkahan analitik ini amat sesuai digunakan untuk menyemak ja&apan kertas

    ja&apan soalan subjektif matematik iaitu kertas dua.

    "agi item objektif khasnya jenis aneka pilihan, skema pemarkahan adalah

    dokumen yang mengandungi ja&apan muktamad.

  • 7/23/2019 PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.docx

    5/5